Monthly Archives: January 2013

Kuala Lumpur International Airport – World’s Most Beautiful Airport

Assallamualaikum..

Hari ni ntah nape tiba2 google pasal airport, and turns out be be that KLIA is one of the World’s Most Beautiful Airport! Wowwwwwww, tak sangka kan? Menurut web Travel & Living, KLIA mendapat tempat dalam senarai 15 airport tercantik di dunia! Selama ni tak ambik port pun pasal airport KLIA ni.. hehe

Bentuk kubah di balai perlepasan antarabangsa

Bentuk kubah di balai perlepasan antarabangsa

 

So saya pun buat la research sikit pasal KLIA ni.. Kredit to wikepedia 🙂

 

Fakta Menarik tentang KUala Lumpur International Airport (KLIA)

Fakta Menarik tentang KUala Lumpur International Airport (KLIA)

 

Well, indeed, KLIA ni memang cantik la, dulu masa saya tinggal kat Salak Tinggi, kadang2 bila weekend tu saja naik ERL ke KLIA dengan adik & suami, gi beli coklat & jalan2 dalam KLIA tu, tengok kapalterbang, tengok kedai2.. Ni bila dah tau fakta2 baru ni, buat saya lebih appreciate KLIA, ia bukan sekadar satu tempat persinggahan, tapi juga tempat yang mesra penumpang yang selesa & lengkap dengan segala prasarana.. Yang penting, TANDAS memang bersih & wangi, i like!!!  Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan KLIA (tiba2 bersemangat waja & patriotik pagi Isnin ni.. hihihi)

Tak lama lagik akan ada KLIA2, mungkinkag ia setara @ jauh lebih baik dari KLIA sekarang? Kita tunggu & lihat aje ye..

Gambar2 di bawah – kredit kepada google 🙂

Departure Drop - Off Area

Departure Drop – Off Area

klia4

 

klia1

 

klia3

Pelawat menemui web ini melalui carian:

klia

Sihat Sebelum Sakit..

Assallammualaikum..

Dalam keadaan badan masih tak sihat ni, terasa sangat kebenaran Ingat 5 perkara Sebelum 5 perkara tu –

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Dah sakit ni, macam2 benda tak boleh nak buat, semuanya terbatas sebab keadaan diri yang tak berapa nak kuat & fokus.. Rumah memang dah seminggu tak berkemas, baju dah seminggu tak berlipat, banyak benda yang pending bila sakit ni.. Nak karang satu surat pun makan masa setengah jam sebab macam blank, kesan ubat2 ni semua.. huhu..

Ubat Radang Tekak Xepasone

 

Antibiotik masih ada 4 biji lagik utuk dihabiskan.. Ubat radang tekak & ubat2 lain saya dah tak makan sebab dah ok kan.. Cuma ubat batuk aje la yang saya masih makan.. batuk ni bukan berterusan.. Ia datang mengganas dalam sejam dua, batuk yang kaw2 punya sampai boleh bergegar badan, meja & air dalam tumbler, pastu kena berlari2 gajah ke toilet sebab rasa nak muntah yang amat sangat, pastu jenuh la muntah sampai rasa nak terkeluar bijik mata.. Haish, letihnya badan.. Malam pun camtu.. masa dah tertidur, tiba2 dalam pukul 12 camtu akan batuk2 teruk sampai la dalam pukul 1 @ 2 pagi.. So sekarang ni memang rasa letih sangat, nak MC pun tak sampai ati sebab dah 3 hari Mc (Isnin Selasa & Rabu) pastu tanggungjawab kat opis ni pun bukan main banyak menunggu.. Pasrah aje la, buat la apa saja yang mampu.. huhu.. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan ya Allah.. Rabbi Yassir Wala Tuasir, Rabbi Tammin Bi Khair Ya Qareem.. Aminnnn

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

fungsi ubat xepasone

5 hari 5 malam

Assallammualaikum semua…..

Apa khabar pagi ni? Harap semuanya sihat walafiat ye.. Saya ni baru je baik dari demam & radang tekak.. Adoi, azab betul demam kali ni.. Banyak sangat dosa agaknya, tu yang Allah bagi demam sebagai kifarah dosa2.. Huhu.. Alhamdulillah..

Demam kali ni jadi teruk sangat sebab tekak saya dah bengkak & mengembang.  Saya demam since hari Sabtu, dah pegi klinik & makan semua antibiotik & ubat, hari Isnin & Selasa dapat MC, , tapi demam tak kebah & tekak makin sakit.. Sebab dah tak tahan sangat, saya pergi ke klinik sekali lagi pada hari Selasa dan doktor mengesahkan tekak saya dah bengkak, dah jadi radang tekak dah, ia mengembang dan berlaga dengan lidah menjadikan saya mengalami kesakitan yang amat sangat apabila menelan air liur.. So doktor bagi antibiotik & ubat radang tekak.. Syukur Alhamdulillah, dalam masa 4 jam lepas makan antibiotik & ubat radang tekak tu, terasa kurang sikit bengkak & boleh menelan air liur semula.. Sepanjang demam kali ni, memang lapar sangat, sebab tak boleh nak makan & minum dengan betul.. Tu la, sibuk sangat nak kurus, ambik ko, tak dapat makan betul2  selama 5 hari! huhu

Demam kali ni buat saya muhasabah diri betul2.. Mungkin saya ni terlalu outspoken sampai ada orang yang berkecil hati @ marah @ tersinggung dengan kata2 saya, sebab tu ler sakit tekak teruk kali ni.. Jadi di kesempatan ni, saya nak minta maaf pada semua orang kalau saya pernah berkasar & mengecilkan hati anda, saya mohon berbanyak2 kemaafan dari hujung rambut sampai hujung kaki ye.. Insya-Allah saya akan cuba menjadi insan yang lebih baik selepas ini..

Cuma saya ada satu masalah besar sekarang, saya MENGANTUKKKKKKKKKKKKKK SANGAT sebab dah makan ubat & antibiotik.. kerja pulak melambak2 atas meja.. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Rabbi yassir wa la tu assir ya karim moga Allah mudahkanlah semua urusan saya pada hari ni.. Amin..

Cuti-Cuti Malaysia – Taman Ular & Reptilia, Sungai Batu Pahat, Perlis

Assallammualaikum Semua

Apa perasaan anda kalau tengok Ular? Geli geleman? Seram? Biasa jer? Rasa nak picit2? Ha, moh ler ke Taman Ular di Sungai Batu Pahat Perlis kalau nak tengok Ular secara lintas lansung & live ye.. haha

Binatang ni, Orang Melaka panggil ULAU, orang Utara panggil Ulaq, Orang Perak panggil Ulor, orang putih panggil SNAKE.. hahahah

Teringat ada kat sekolah dulu, ada tongue twister orang melaka ada ayat ni – Ulau besau melingkau atas pagau kena kejau.. saper tahu sebut boleh kawin dengan orang melaka :p

Ok, ini dia fakta2 tentang Taman Ular & Reptilia di Sungai Batu Pahat, Perlis ini –

Fakta Tentang Taman Ular & Reptilia Perlis

Fakta Tentang Taman Ular & Reptilia Perlis

 

Selamat Datang Ke Taman Ularzzzzzzzz!

Selamat Datang Ke Taman Ularzzzzzzzz!

 

Bayaran masuk ke Taman Ular, Perlis

Bayaran masuk ke Taman Ular, Perlis

 

Snake Farm Perlis

 

Ular Sawa Bersalin Kulit

Kulit Ular Sawa

 

Ular Air yang bernama Ular Belalai Gajah

Ular Air yang bernama Ular Belalai Gajah

 

Sign Autograph jap kat Taman Ulaq.. hehe

Sign Autograph jap kat Taman Ulaq.. hehe

 

Ruangan Galeri Ular

 

Suasana Galeri di Taman Ulau

Suasana Galeri di Taman Ulau

 

Rupa Galeri Akuarium Ular di Taman Ular Perlis

 

Ular di Taman Ular Perlis 4 Ular di Taman Ular Perlis Ular di Taman Ular Perlis 2 Ular di Taman Ular Perlis 3

 

"Manja

 

Dari Jauh tau Ulau ni datang - Texas Ratsnake!

Dari Jauh tau Ulau ni datang – Texas Ratsnake!

 

Zon Pit di Taman Ular PerlisAlam Iguana & Kura2 Taman Ular Perlis

 

Ini la rupa PIT di Taman Ular ni..

Ini la rupa PIT di Taman Ular ni..

Ha, iguana ni memang seriously, saya geli geleman.. Ntah, rasa creepy jer tengok rupa dia ni.. Seram.. Tengok gambar pun rasa geli geleman ni. haiyaaaaaaaaaaaa, tolong2!!! tak leh tengok lama2..

Sumpah2 di Taman Ular Perlis Sumpah2 di Taman Ular Perlis 2

Iguana di Taman Ular Perlis

 

Solomon Island Mangrove Monitor atau dalam bahasa melayu asli - BIAWAK!

Solomon Island Mangrove Monitor atau dalam bahasa melayu asli – BIAWAK!

Kandang Ular Sawa di bahagian luar taman Ular

Kandang Ular Sawa di bahagian luar taman Ular

Ayam yang menjadi makana Ular Sawa

 

kandang Buaya Kerdil di Taman Ular Perlis Buaya Kerdil di Taman Ular Perlis Buaya di Taman Ular Perlis  Zon Beruk di Taman Ular Perlis Kandang Tedung Selar di Taman Ular Rumah Tedung di Taman Ular Perlis

Secara keseluruhan, memang puas hati dapat datang sini.. Iye la, kat sini aje dapat up close & personal dengan Cik Ulau ni kan.. hehe.. Cuba kalau terjumpa kat tepi semak ke, kompem gigil kepala lutut, tapi kat sini rileks jer la sebab tau depa dalam kurungan kan.. Jadi kalau ada kelapangan, bawaklah diri sendiri @ family melawat Taman Ular di Sg Batu Pahat, Perlis ni ye 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

taman ular perlis,waktu operasi taman ular perlis,harga tiket taman ular perlis,bayaran masuk taman ular perlis,taman ular batu pahat perlis,Harga tiket masuk taman ular Perlis 2019

Makan apa hari ni Cik Ayu?

Assallamualaikum,

Hari ni terasa nak buat posting pasal lunch pulak.. hehe..

Pada hari Jumaat yang mulia ini, lunch saya ialah 3 keping tembikai, pasta goreng cili padi (fusion gitu, kau mampu??), pencuci mulut pulak cokelat & harus ada kopi selepas itu.. Semua bawak dari rumah dalam Tupperware kesayanganku… huhu.. Jemput makannnnnnn!

p/s: pas ni hari2 le saya mengapdate apa saya makan waktu lunch.. takder kije le kekdahnya ni.. ahaksss My Lunch 11012013