Monthly Archives: January 2013

Think Green :)

Assallammualaikum Semua..

Semalam saya ke AEON Big, masa lalu kat bahagian stationery, terjumpa la note book yang sangat comel ni.. Dah la comel, harganya RM2.00 aje, siap dengan pen! Saya pun cepat2 ler rembat sebab ada satu jer notebook tu! huhu..

Think Green 2

 

Think Green

Tengok kat pen tu, tertulis made from recycled card.. Memang kertas aje tau bahagian luar pen ni.. Cute betul, Insya-Allah note book ni akan dijadikan buku nota ringkas sepanjang percutian yang saya rancangkan tahun 2013 ni, Insya-Allah 🙂

Salam Maulidur Rasul :)

Assallammualaikum Semua,

Salam Maulidur Rasul buat semua, marilah kita sama2 banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.  Saya tersentuh mendengar lagu Law Kana Bainanal Habib ni, sungguh indah liriknya, rasa rindu yang mendalam pada baginda Rasullulullah SAW.. Kredit terjemahan ini kepada blog Dr Nasrullah video dari You Tube 🙂

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa.

Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan…

Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu,

Dan kebebasan daripada api neraka-Mu,

Dan juga syurga bersama Penghulu seluruh manusia.

Kami mohon…Kami mohon pada-Mu,

Wahai Tuhanku dari sudut hati yang paling dalam…..

Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami,

Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,

Dengan haruman baginda sebelum hilangnya

Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..

Berada berhampirannya jiwa turut menjadi harum

Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan diperkenankan.

Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna.

Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,

Wahai Tuhan yang Maha Merperkenankan doa hamba.

Hidayahmu kepada alam merata luas

Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan Pemberi Hidayah.

Hadis-hadismu ibarat sungai mengalir jernih.

Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu wahai Kekasihku.
Nabi Muhammad yang mulia lagi asing
Berada berhampiranmu jiwa menjadi harum
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang,
Tuhan kepada seluruh Alam

Wahai Kekasihku Wahai MuhammadWahai pengubat hatiku Wahai yang terpuji

Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu.

 

 

Tujuh Amalam Sunnah Rasullulah

Jalan-Jalan Cari Makan – Siput Mentarang

Assallammualaikum semua!

Any seafood lovers reading this posting? Kalau ada, anda kena cuba makan mentarang! Apa? Mentarang? Apa kebenda mentarang ni? hehe.. Mentarang ni sejenis siput, jarang dijumpai.. Saya pun 1st time makan masa balik kampung suami kat Perlis..

Ini sedikit fakta mengenai mentarang:-

Fakta Tentang Mentarang

Fakta Tentang Mentarang

Ini pula gambar mentarang.. Rupanya cam pelik sikit, first time saya tengok cam ekor cicak pun ada.. hik2.. Tapi rasanya ok la..

Ni dalam 2kg lebih kurang la..

 

Close Up Siput Mentarang

Close Up Siput Mentarang

 

Macam suami saya tu, dia boleh makan banyak2 benda ni, cicah dengan air asam.. Saya pulak sekadar menjamah 3-4 ekor.. Selain direbus, boleh juga dibuat masak kunyit, dan ada reseipi2 yang saya jumpa, goreng cili padi @ masak lomak cili padi.. Nyum2..

Mentarang ni, macam saya bgtau dalam fakta tadi, banyak dijumpai di Utara.. Khabarnya di Kuala Selangor pun ada.. So kalau anda pegi ke tempat2 ni, cubalah rasa.. Jangan beli banyak, beli la sekilo-dua dulu, kalau tekak anda boleh terima dan rasanya sedap, boleh la beli lagik.. 🙂 Selamat menjamu selera!