Monthly Archives: December 2012

Cuti-Cuti Malaysia – Pantai Teluk Batik, Lumut, Perak

Assallammualaikum..

Apa khabar semua? Mood cuti tak abis2 lagik ker? Sudah2 ler tu.. haha..

Tadi terdengar pulak lagu Allahyarham Sudirman & Anita Sarawak – Bercanda di Pasiran Pantai gitu.. ahakss.. teringat masa singgah kejap kat Teluk Batik di Lumut Perak.. Kami sekeluarga tak mandi manda pun, cuma singgah ambik angin pantai sebab masa tu baru balik dari wedding kawan suami..

Kami sampai dalam pukul 4 camtu.. Pantai Teluk Batik ni terletak hanya kira-kira 6.5 kilometer dari pekan Lumut. Ia juga kira-kira 10 minit perjalanan dari Bandar Seri Manjung.  Bersih pantai ni.. Pasir dia tak kotor.. Seronok tengok orang mandi manda.. Kami cuma rehat2 santai2 di kerusi malas yang boleh disewa dengan harga RM2 sebuah, sambil tu tengok orang naik banana boat pusing2 pantai.. hehe

Disebabkan datang pun sekejap, maka gambar pun tak berapa nak banyak la kan.. huhu.. So kita layan gambar yang ada yek!

 

Informasi Pantai Teluk Batik Lumut Perak

Selamat Datang Ke Teluk Batik

 

Sila baca Exclusion Clause ini ye..

Sila baca Exclusion Clause ini ye..

 

Tandas awam, tak tau bersih ke tak sebab saya tak masuk pun.. So no komen yek..

Tandas awam, tak tau bersih ke tak sebab saya tak masuk pun.. So no komen yek..

Pantai Teluk Batik 4 Pantai Teluk Batik Pantai Teluk Batik 2 Pantai Teluk Batik 3

Kami di Teluk Batik

Kerusi Untuk Di Sewa - RM2.00 setiap kerusi, jangan suka2 duduk dan tak bayar ye.. hehe

Kerusi Untuk Di Sewa – RM2.00 setiap kerusi, jangan suka2 duduk dan tak bayar ye.. hehe

 

Usai mengambil angin di Pantai Teluk Batik, kami pergi membeli belah di kedai2 di kawasan Lumut yang banyak menjual hasil2 laut, yang paling popular pastunya Ikan Bilis.. memang lain rasanya, sedap & manis 🙂  Macam2 gred ada, nak besar, nak kecil, sila la pilih.. ada satu tu namanya ikan bilis mata biru.. bilis pun pakai contact lens gitu! kau mampu? ahaks..

Hasil Laut Tarmizi & Salina

Ikan Bilis Lumut 3  Ikan Bilis Lumut Ikan Bilis Lumut 2

Selain bilis, ada keropk ikan, keropok udang, sotong, ikan kering dan macam2 lagik la.. dah lupa sebab fokus kat ikan bilis jer.. hehe

Makanan Laut Lumut

Lepas dah borong2 ikan bilis, kami singgah lak makan Mee Udang Kuala Selangor.. Memang terbaik!! Gambar takder sebab udang dah masuk dalam perut, tak dan ambik gambar sebab dah lapau sangat! ahhahah

Restoran Mee Udang Kuala Selangor

Pelawat menemui web ini melalui carian:

pantai lumut perak,tempat menarik di lumut perak

Balik Kampung ooooo Balik Kampung!

Assallammualaikum Semua..
Mood cuti sedang menyelubungi hati & jiwa saya ni.. haha.. Malam ni kami akan bertolak balik ke Perlis, ke kampung suami saya dan berada di sana hingga hari Selasa.. Dalam kepala ni dah terbayang2 Padang Besar, Wang Kelian & Pekan Rabu! Hik2.. Harap2 sempatlah menyinggah2 tempat2 ni, bukan nak membeli sangat pun, just rasa fun gi tempat2 ni..

Di kesempatan ini (skemanya.. hik2) saya nak ucapkan Selamat Hari Natal kepada semua pembaca & penganut agama Kristian 🙂 Have fun & happy holidays ya!