Monthly Archives: November 2012

Diari Istanbul 23 – Sultanahmet Camii @ Blue Mosque

Assallammualaikum..

Lawatan anda ke Istanbul tidak lengkap sekiranya tidak melawat Sultanahmet Camii atau lebih masyhur dengan nama Blue Mosque.  Blue Mosque ini mendapat nama sempena dinding marmar yang menghiasi bahagian interior masjid yang gah dan terkenal ini.. Masjid ini dibina antara tahun 1609 hingga 1616 oleh Sultan Ahmed 1 (sumber wikepedia).

Masjid ini berhadapan dengan Hagia Sophia.  Rekabentuknya telah dibuat oleh arkitek dirajanya Sedefhar Mehmet A?a, yang merupakan seorang pelajar dan pembantu utama arkitek masyhur Sinan.  Kerja pembinaanBlue Mosque ini telah dijelaskan secara terperinci dalam 8 naskah buku, dan buku2 tersebut dipamerkan di perpustakaan Topkapi Palace.

Bagi saya sebagai pelancong, interior Blue Mosque ini dapat juga dilihat di masjid2 lain seperti di Yenii Camii & Tomb and Sarcophagus Of Sultan Murad III.  Namun rekaan dan hiasan dalamannya memang mengagumkan.. Sangat indah, dan terasa sangat damai di dalam Blue Mosque ini walaupun ramai pelancong..Tempat mengambik wuduk terletak di hadapan masjid..

Selain itu, perkarangannya dipenuhi pepohon rendang & bunga2 yang berwarna warni dan cantik.. Di bahagian belakang Blue Mosque ni, ada satu taman larangan.. dalam tu ada bunga2 ros yang sedang kembang mekar dan sangat cantik.. dari luar pun saya dah dapat merasa ketenangan di dalam taman tu..  Angin sangat kuat & nyaman di sini, sebab dekat dengan laut..

Owh, tiada yuran masuk dikenakan, ie. PERCUMA! Sebagai pelancong Islam, kita dibenarkan bersolat tetapi pelancong bukan Islam dihadkan kepada tempat2 tertentu sahaja.. Di belakang Blue Mosque ni, ada Arasta Bazaar yang menjual cenderamata dari seramik & marmar.. Harganya jauh lebih murah dari Grand Bazaar & ada beberapa kedai sahaja.. Seperti biasa, penjual akan menghidangkan anda dengan teh epal yang sedap.. hehe.. Kat sini pun kena tawar menawar serendah yang mungkin ye…

Di hadapan Blue Mosque ni, ada taman & juga air pancut (fountain).. Masa kami pergi tu musim panas, so ramaiiii sangat orang melepak kat taman tu.. Pastu ada jugak aktiviti jual beli barang2 seperti makanan, tudung, buku & poskad.. Tapi diorang semua ni tak ada lesen, bila polis @ majlis daerah datang, kelam kabut diorang lari.. Pengemis pun ada jugak, masa mintak sedekah tu, nampak lemah jer, tapi bila pihak berkuasa datang, dia yang lari paling laju.. heheheh..nanti saya tunjukkan gambar di bawah..

Gambar hadapan Blue Mosque
Senibinanya amat mengagumkan..
(Sumber wikepedia)

 

Pandangan Blue Mosque dari kejauhan..
Tersergam indah, lambang kegagahan Islam..

 

Penerangan tentang Sultanahmet Camii @ Blue Mosque

 

Entrance A

 

Entrance B

 

Di hadapan Blue Mosque ni, banyak kedai2 menjual tudung, sejadah, tasbih, pinggan seramik dan bermacam lagi cenderahati seperti fridge magnet dan keychain..

Harganya ok, medium.. hehe.. macam biasa, kena tawar menawar gak.. tapi barang2 cam tasbih & tudung, murah kat sini berbanding Grand Bazaar @ Spice Bazaar..

 

Bunga2 di perkarangan masjid.

 

Pepohon rendang di kawasan masjid..
Tenang & menyamankan suasana..

 

Kami bertiga di hadapan Blue Mosque

 

Perkarangan laman Sultanahmet Camii Blue Mosque..

 

Pandagan sisi Blue Mosque

 

 

Ukiran di bahagian bumbung Blue Mosque

 

Bahagian berwuduk..
Waktu ni dah dekat waktu Asar..

 

Bahagian dalam Blue Mosque.

 

Interior yangs ama boleh dilihat di Yenii Camii dan Tomb of Sultan Murad III.. cuba anda lihat gambar di bawah..

 

Bahagian bumbung.. cantik..

Ini dalam Yenii Camii.. Sama kan macam Blue Mosque?

 

Bahagian bumbung dalam bangunan Tomb of  Sultan Murad III.. Lebih kurang sama kan?

Bentuk jalur merah putih ini juga boleh dilihat di masjid2 lain..
Seakan2 trademark untk masjid2 di Istanbul..

 

Carpet Muzeum

 

Di sebelah kiri Blue Mosque, ada Carpet Museum.. Sayangnya ia ditutup masa kami ke sana 🙁 What a waste..

Terowong pendek ke Arasta Bazaar

 

Dalam kawasan terowong pendek..

 

Terowong pendek ini ada di belah kanan Blue Mosque.. Ia akan membawa anda ke Forbidden Garden dan Arasta Bazaar di belah kiri anda..

NO ENTRY!!

 

Ada bebunga mawar yang cantik berkembang di dalam Forbidden Garden ini..

 

Kami ada membeli pinggan seramik yang tertulis kalimah Allah & Muhammad di sini.
Semua barang di sini handmade katanya.. Wallahualam..
Tapi penjualnya ramah & barang2 kaca tu dibalut dengan kemas & rapi, boleh hand carry ke atas kapal..

 

Di hadapan Blue Mosque ni, ada juga peniaga2 makanan & barang2 lain.. Tapi seperti yang saya kata tadi, mereka ni tak ada lesen.. So bertempiaran la bila pihak berkuasa datang.. hehe

 

Peniaga Gula2 Tarik di Blue Mosque

 

Ni macam lempeng, ada bayam & cheese dalam dia
kena makan panas2, kalau tak, rasa muak..

Nampak tak tong gas tu disangkut kat kereta tolak?? Tu semua trick utk senang melarikan diri bila pihak berkuasa datang.. hehe

Tembikai tu, sangatttttt manis!!

 

Diorang ni pun lari laju cam superman masa pihak berkuasa menyerbu! Kesian betul..

LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!

 

Ha ni penjual lempeng & tembikai tadi tu, laju woo depa lariii! hehe

Pengemis yang boleh lari laju macam Watson Nyambek walaupun bertongkat!

 

Di hadapan air pancut berdekatan Blue Mosque

 

Hagia Sofia seperti yang dilihat dari Blue Mosque.

 

YEAR END SALE – 25% ON ALL READY STOCK ITEMS!!

Assallammualaikum Semua..

Apa khabar hari ni? Ada yang happy hari ni sebab dah dapat gaji! Hehe.. Ha, apa kata anda tengok2, jamu2 mata di Lovelypresents4u

Sempena akhir tahun ni, ada discount 25% untuk semua item ready stock seperti miniature Lancome, Miss Dior dan alat solek Lancome.

Semua barang2 yang dijual sempena sale ini adalah 100% ORIGINAL, so you can buy with confidence ya!

Berikut adalah antara barang2 on sale, items adalah LIMITED, so jangan terlepas peluang memilikinya ok!

Miss Dior Collection –YEAR END SALE – 123.75 (+ RM6.00 pos laju)

Lancome Miniatures Collection – YEAR END SALE: 112.50nett (+ RM6.00 pos laju)

 

Lancome Magic Voyage Collection – YEAR END SALE – 108.75 SAHAJA! (+ RM6.00 pos laju)

Brave – Cerita Animasi Penuh Pengajaran

Assallammualaikum..

Monday blues? hehe.. Memanjang monday blues kalau ari senin kan.. kalau cuti senin, kije ari selasa pun masih kena monday blues.. haha..

Ok, apa kata malam ni gi carik citer Brave.. ni bukan citer Braveheart, tapi citer kartun.. Ehhhhhhh, jangan gelak2 dulu.. ni bukan sebarang citer kartun tau, memang saya recommend sebab citer dia light je, tapi penuh pengajaran..

 

Cerita ini mula ditayangkan pada June 22, 2012.

Cerita ini berlatarbelakangkan negeri Scotland, dan mengenai kehidupan King Fergus of Clan DunBroch, Permaisuri Elianor, Pueri Merida (watak utama dalam cerita ini) dan 3 putera kembar seiras iaitu Hamish, Hubert and Harris.

Princess Merida

 

Puteri Merida dalam cerita ini digambarkan sebagai seorang puteri yang lasak.. Pendek kata, dia bukan lemah lembut macam Cinderella @ Snow White.. dia lebih kepada Sinbad @ Jack and the Beanstalk.. boleh? hahaha.. tak la, dia macam tomboy la, dia suka menunggang kuda, panjat bukit dan memanah.. Rambut dia pun tak bersikat, makan pun tak cover2 macam puteri raja, suara pun tak lemah lembut cam Sleeping Beauty.. hehehe..

Babak di mana Puteri Merida mengalahkan semua calon2 suaminya.. hehe

Seperti dalam cerita dulu2 di mana seorang puteri akan dijodohkan dengan seorang putera, dalam cerita ini pun macam tu juga.. Ada 3 negeri yang menawarkan putera pertama mereka utk dikahwinkan dengan Puteri Merida, dengan syarat mereka mampu mengatasi puteri tersebut dalam acara memanah.. Malangnya, semua mereka tidak berjaya kerna Puteri Merida lebih handal dari mereka..

Dalam kemarahan kerana Permaisuri Elianor cuba mengatur hidupnya, Puteri Merida bertekak dengan Permaisuri, sehingga akhirnya dia telah mengoyakkan tapestry yang dikait oleh Permaisuri Elianor.. Kemudian, dia terlah menunggang kuda ke hutan sehingga bertemu dengan seorang nenek kebayan!!

 

Ini lah tapestry (sulaman) yang dikoyakkan oleh Puteri Merida dengan pedangnya..

Disebabkan masih rasa marah, dia telah meminta agar si nenek kebayan melakukan sesuatu yang boleh mengubah fikiran Permaisuri Elianor.. So nenek kebayan ni pun buatlah satu jampi serapah ke atas sebiji kek yang perlu di makan oleh Permaisuri Elianor…

Sampai jer kat istana, Puteri Merida ni pun bagilah mak dia makan.. Selepas beberapa ketika, mak dia Permaisuri Elianor tu bertukar jadi seekor BERUANG! (Adik2 dia pun akan jadi beruang sebab termakan kek tu.. hehe).. Masa ni memang lucu.. Kena tengok citer ni baru tau macam mana.. Bila mak dia dah jadi beruang, si Merida ni panik la kan.. Dia pun bawak la mak dia pegi ke hutan balik nak jumpa nenek kebayan, tapi nenek kebayan tu pulak gi pesta nenek2 kebayan daaaaa.. Tapi nenek kebayan tu ada bagi kata2 hikmat untuk break the spell – “mend the bond torn by pride..”  Kata2 hikmat tu mesti diungkaikan dalam masa 2 hari, atau Permaisuri Elianor akan jadi beruang selama2nyaaaa..

Ini la Permaisuri Elianor yang dah jadi bear 🙁

 

Ini pula adik2 dia yang dah jadi bear yang cute!

 

Sementara nak figure out apa maksud nenek kebayan, Puteri Merida & Permaisuri Elianor pun cari la makanan dalam hutan, makan ikan, makan buah, tapi sesekali Permaisuri Elianor macam dah jadi beruang sebenar la pulak..

Lepas tu, dalam masa2 mereka berdua cuba nak fikirkan apa yang perlu dilakukan, Puteri Merida teringat tentang tapestry yang dikait oleh Permaisuri Elianor.. Sebelum ni dia telah mengoyakkan tapestry tu sebab marah pada mak dia kan.. So dia ajak mak dia balik ke istana.. Masa balik ke istana, King Fergus ternampak beruang ni. so dia ingat beruang ni bahaya la.. Dia pun kejar la beruang ni sampai ke hutan.. Merida pulak, ambik tapestry yang koyak tu, dia jahit benda tu atas kuda yang ditunggang, mengejar ayah dia dan mak dia yang dah bertukar jadik beruang tu ke dalam hutan.. Tapestry tu berjaya dijahit semula, dia dah letak tapestry tu atas badan mak dia, tapi mak dia still jadi beruang.. matahari pulak dah mula terbit.. nenek kebayan tu dah pesan, kalau tak dapat ungkaikan kata2 hikmat tu pada hari kedua, mak dia akan jadi beruang selama2nya..

Ni babak masa Merida nak selamatkan mak dia dari dibunuh oleh ayah dia..
Ayah dia tak tau mak dia dah berubah jadik bear..
Merida ada try bgtau, tapi ayah dia tak nak percaya..

 

Puteri Merida ni dah sedih2 la sebab pasal dia mak dia jadi beruang.. Dia pun minta maaf & cakap i love you mom.. tengah dia teresak2 nangis tu, terasa ada tangan membelai rambut dia.. Rupanya kata2 penyesalan, kata2 maaf & ungkapan sayang dia pada mak dia tu la yang mematahkan spell tu.. Itu la maksud nenek kebayan dengan “mend the bond torn by pride..”..

Ni babak selepas mereka berdua dah berbaik2 🙂

Owh, mata saya berkaca tengok citer ni.. Nampak simple, tapi benda ni berlaku dalam kehidupan seharian kita.. Selalunya kita kurang menghargai emak, ayah @ adik2 kita.. Ibu bapa pula dalam keghairahan mencari dan memberikan yang terbaik pada anak2, kadang2 lupa kemahuan dan keperluan anak itu sendiri.. Bila berlaku konfrontasi pula, masing2 ego untuk mengakui kesilapan dan terlalu susah nak cakap Saya Minta Maaf..  jadi mualihari ni, mari kita “mend the bond torn by pride..” Buang jauh ego anda, tak kira samada anda ibu bapa @ anak2, kesilapan harus diakui dan diperbetulkan.. Ikatan kekeluargaan lebih penting dari segalanya.. Tak kan nak tunggu orang tersayang jadi beruang baru nak minta maaf kan? hehehe..

Jangan lupa tontoni citer ini, sewa la CD @ tengok kat you tube ok!

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

brave tapestry

Cuti-cuti Malaysia – Aquaria KLCC & Underwater World Langkawi

Assallammualaikum semua

Salam hari Jumaat! Esok cuti yeayyyyyyyy! Hehe.. Bila cuti sekolah ni, mula la anak2 merengek2 nak suruh bawak ke sana sini kan.. So pada anda yang tak tau lagik mana nak pergi, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk bawa anak2 ke Aquaria KLCC @ ke Underwater World Langkawi..

Saya ke Aquaria ni tahun 2010, masa tu Iemrand masih lemak berkrim, pejal2 aje dagingnya.. haha.. Underwater World Langkawi pula kami lawati pada bulan Februari tahun ini..

Ada banyak beza antara kedua2 tempat ni, walaupun tujuan mereka ialah satu – to educate the public about sea life..

Ok, antara perbezaannya boleh dilihat dari gambarajah di bawah ni:-

 

Klik untuk gambar yang lebih jelas ye

 

 

Jadi, kalau nak melawat kedua2 tempat ni, JANGAN LUPA BAWAK MYKAD & MYKID.. Banyak beza antara warganegara & pelancong asing tau!

 

 

Budak tembam bersedia nak tengok Piranha!!! hehe

Ikan Piranha

 

 

 

Arapaima

 

Ni masa nak masuk ke Oceanarium

 

 

Biru mata hitamku..

 

 

 

 

 

Ni kalau dalam laut ni, dua2 manusia ni dah jadik santapan jerung ni.. huhu

 

Jellyfish yang bertukar warna mengikut kaler lampu..
ini memang saya suka, cantik!

 

 

 

 

 

Bye-bye Aquaria, nanti kami datang lagi ye 🙂

Bangunan KLCC yang tersergam indah..

Dah habis dah sehari di Aquaria KLCC.. sekarang kita melawat Underwater World Langkawi pulak 🙂

 

 

 

Kedatangan anda disambut Arapaima besar gedabak ni.. hehe

 

 

 

Budak tembam excited tengok kura2.. hehe

 

Ikan pari ni dok tengok jer kami berdiri kat tepi cermin
bila kami duduk tepi cermin, dia pun berenang perlahan2 menghampiri kami..

 

tengok tu mata dia memerhati kami
agaknya dia pun pelik tengok manusia ramai2 kan.. hehe

 

Pandangan belakang sang pari..
Tu kalau kena ekor dia mau tersiat kulit!

 

Antara tarikan di Underwater World Langkawi – Penguins!

 

Ini namanya Rockhopper Penguins
Teringat citer Madagascar tengok diorang ni..

Satu lagi kelebihan yang ada di Underwater World Langkawi
Fur Seal ni tak ada di Aquaria KLCC

 

Salji di Underwater World Langkawi.. hehe

 

Iemrand & Penguin

 

Ini bahagian karang2 laut.. Cantik kalau dalam real live

 

 

Ok, dari pengamatan saya, kedua2 tempat ni ada kelebihan tersendiri..Aquaria misalnya, mempunyai lebih banyak ikan2 dan tarikannya adalah lebih kepada Jerung2 & Arapaima.. Di Underwaterworld pula, ada 2 kelainan besar, iaiatu penguin & Fur Seal.. Dari segi harga pula, Aquaria KLCC memang juara la, mahal RM7.00 dari Underwater World Langkawi.. hehe.. Pada saya, memang harga tiket tu agak mahal, tapi mungkin itu harga yang ditentukan selepas mengambil kira kos menjaga ikan2 dan hidupan serta menyelenggara bangunan tersebut la..

Saya sebenarnya telah melawat Aquaria KLCC sebelum ini, dalam tahun 2006.. masa tu dengan mak ayah & adik2 saya.. reception @ tukang jaga kaunter tu memang kurang ajar la, tengok pelancong tempatan ni sebelah mata jer, layan pun nak tak nak jer, sampai ada brader ni dah bengang, suruh panggil manager.. tak tau la apa diorang kowtim, saya malas nak layan orang2 bodoh sombong ni, bukan mintak duit diorang pun nak masuk dalam Aquaria tu kan, tapi diorang berlagak cam Aquaria tu bapak diorang punya.. huhu.. Tapi lawatan kali kedua nampak cam ok, maybe dah ada polisi kot utk layan pelancong baik2 😉

Ha lupa, dalam Aquaria tu, ada orang lukis2 kartun tau, tak silap saya, black & white – RM10.00, kaler RM20.00.. so buatkan la yang kaler2 utk budak tembam tu, gambar dia atas jerung.. hehe.. nanti kalau ada masa saya scan ler gambar kartun tu..

Ok, selamat berhujung minggu!

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

aquaria langkawi,underwater world langkawi,harga tiket aquaria klcc 2013,under water aquaria klcc