Monthly Archives: October 2012

Diari Istanbul 18 – Grand Bazaar

Assallammualaikum,

Percutian anda ke Istanbul tidak akan lengkap tanpa mengunjungi Grand Bazaar, sekalipun hanya untuk cuci2 mata 🙂

Grand Bazaar ni adalah salah satu daripada “covered markets” atau kedai tertutup yang terbesar di dunia!  Ia mempunyai 61 lorong, dan lebih daripada 3000 kedai yang dikunjungi oleh 250,000 hingga 400,000 pelancong dalam sehari!! Boleh sesat kalau masuk sini.. hehe

Memang penuh dengan pelancong tempatan & pelancong asing kat sini.. Macam2 benda boleh jumpa kat sini, antaranya ialah carpet @ kilim, barang leather, bag, baju, tudung, kasut, barang2 kaca, barang2 porselin, lampu, shisha, alat solek, barang2 kemas dari emas & perak, jade, tshirt, kasut, towels, dan juga makanan seperti lokum & teh.. Harga pulak agak mahal berbanding Spice Bazaar, tapi kalau anda bernasib baik, jumpa juga kedai2 yang menjual barang dengan harga yang murah..

Kat dalam ni ada juga kedai2 makan.. tapi kami tak cuba sebab dah kenyang sarapan sebelum datang ke sini.. Pastu yang lawaknya kat sini, semua peniaga akan cuba ajak kita masuk kedai mereka.. Kalau mereka tahu kita dari Malaysia, terus dia cakap Mari2, murah2, Kuala Lumpur Malaysia!haha.. Suami saya pulak diorang panggil Haji! haha.. Layan aje diorang tu.. Kalau diaorang bagi try lokum ke, buah2 ke, masuk je try, kalau tak nak beli, just say thanks & keluar…

 

 

Ni map kedai2 di Grand Bazaar

 

Tips membeli barang di Grand Bazaar:-

1)  Kalau dah jumpa yang murah tu, TERUS BELI! Sebab banyak kedai kat sini, agak mustahil nak jumpa kedai yang sama kecuali anda dah hafal setiap lorong.. hehe 

2)  Kalau ada berkenan dengan apa-apa barang – TAWAR-MENAWAR dgn penjual sehingga harga yang PALING MINIMUM!

3)  Jika anda keluar dari Grand Bazaar, belok ke kiri, di kiri anda ada banyak kedai2 kecil yang menjual barang2 yang lebih kurang sama dengan barang2 di dalam, tapi harga lebih murah ye.. kebanyakkan barang di luar adalah baju2, kasut & carpet..

Saya dah suami cuma beli tudung & tshirt je kat sini..Yang lain2 tu tak beli sebab pikir pasal beg yang dah memang penuh dengan baju2 kami anak beranak aje..haha.. mana nak sumbat lagik barang2 lain tu!

 

 

 

Suami saya di hadapan pintu masuk Grand Bazaar

Tokei kedai T-shirt, muda lagi budak ni..

 

 

 

 

 

 

 

Barang2 kat belakang saya tu ialah barang kemas dari emas & perak..

 

Tempat berwuduk untuk para peniaga..

 

p/s: Bila pulak Malaysia nak buat Grand Bazaar? Apa agaknya yang akan dijual di Grand Bazaar Malaysia? Kompem mesti ada kain batik dengan songket.. hehe 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

percutian ke istanbul,cuti di istanbul,misir carsisi map,turki apa yang menarik utk dibeli

Hari Terbuka TUDM Ke 54 – 3hb June, 2012

Assallammualaikum semua..

Cerita & gambar2 ni dah agak basi, tapi saya baru terhegeh2 nak buat posting.. haha.. semalam baru godek2 PC lama, jumpa gambar2 & edit sikit2..

Hari Terbuka Tentera Udara Diraja Malaysia ni telah diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun TUDM ke-54 pada 3 Jun 2012 bertempat di Pangkalan Udara Subang bermula jam 9.00 pagi hingga 7.00 petang.  Rumah saya memang dekat dengan Pangkalan ni, so dari rumah boleh nampak dah pertunjukan udara.. Bergegar gak la rumah bila kapal tentera lalu.. bunyi jangan citer la, memang kuat sangat!  Kami bergerak ke Pangkalan lebih kurang jam 3 petang.. masa tu dah tak ramai pelawat..

Hari terbuka ni bukan saja ada pameran kapal2 tentera, malah ada jugak booth2 kerjaya.. so saper2 yang minat nak jadik tentera, boleh datang ke hari2 terbuka macam ni untuk mendapatkan info lanjut..

Memang best la pegi hari terbuka ni, iye la, bukan mudah nak masuk pangkalan tu kan.. Tabik hormat pada perwira2 kita yang berjuang dalam mempertahankan keselamatan negara.. Moga Allah merahmati kalian semua.. Amin..

Enuf said, enjoy the pics ya 🙂

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ana Rafali, comel je..

 

 

Diari Istanbul 17 – Topkapi Palace & Harem

Assallamualaikum …

Masa saya buat research sebelum datang Istanbul, semua pelancong kata Topkapi Palace & Harem ialah satu tempat yang WAJIB dilawati di Istanbul.. so saya pun letak la Topkapi Palace sebagai tempat pertama dalam list..

Topkapi Palace ini ditutup setiap hari Selasa.. Harga tiket ialah TL20 untuk melawat palace sahaja, dan tambahan TL15 untuk melawat Harem, iaitu tempat di mana pakaian & barang2 kemas Sultan dipamerkan. . Yang menyedihkan, tak boleh ambil gambar di dalam Harem, dan stroller utk baby pun tak boleh dibawa masuk.. So saya dan suami masuk berasingan sebab tak ada orang nak jaga stroller Iemrand.. huhu.. Selain itu, masa kami pegi, ada major renovation sedang dijalankan, so memang rugi la sebab banyak benda tak dapat tengok.. uhuk.. tak ada rezeki.. Selain Harem, pelacong juga DILARANG mengambil gambar2 dalam Treasury & tempat2 lawatan lain.. Pelancong cuma boleh mengambil gambar kat taman2, bahagian hadapan pintu masuk ke tempat2 tu, dan di dalam Imperial Council..

Waktu kami sampai, ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sangat orang beratur untuk beli tiket.. mujur kami dah beli Museum Pass so going in was a breeze, tak payah beratur 🙂

Jalan menuju ke Topkapi Palace

 

Topkapi Palace ni memang besar.. ye la, nama pun Palace kan.. hehe.. Saya tak nak citer banyak pasal Topkapi Palace ni sebab banyak dah web pasal sejarahnya, saya tempek sikit jer la sejarah yang saya cut & paste dari Wikepedia ye –

 

“Construction began in 1459, ordered by Sultan Mehmed II, the conqueror of Byzantine Constantinople. The palace complex consists of four main courtyards and many smaller buildings. At its peak, the palace was home to as many as 4,000 people,[2] and covered a large area with a long shoreline. The complex was expanded over the centuries, with major renovations after the 1509 earthquake and the 1665 fire. The palace contained mosques, a hospital, bakeries, and a mint.[2] The name translates as “Cannon gate Palace” from a nearby gate which has since been destroyed.”

 

Gambar Sultan Mehmed II
Gambar dari Google

 

Topkapi Palace ni sentiasa penuh dengan orang, so bersedialah untuk berasak2, berhimpit2, bertolak2 dan yang sewaktu dengannya.. Secara jujurnya, saya rasa kecewa melawat tempat ni, sebab macam tak teratur, dapat tengok barang2 pameran tu sekali imbas jer sebab orang ramai sangat.. huuhuhuh.. tapi kalau anda bersedia masuk tempat yang sama 5-6kali, mungkin anda semua puas la tengok semua barang2 tu.. saya tak sanggup nak menempuh orang ramai2 tu..

Review dari saya dalam Tripadvisor

 

Kat sini pun ada tempat2 makanan & kedai cenderamata.. Tapi saya tak masuk pun.. Nampak tak air yang ada kat luar tu, harga dia TL8 = RM16.00 huhuhu.. Rasa cam slurpee kat 7-11 je.. Tapi beli gak sebab anak saya dah merengek2 nak air merah.. haha

Kafe di Topkapi Palace

 

Ha, nampak air kat warna merah tu – RM16.00 ye adik2.. haha

 

Budak comot dengan air mahal.. haha

 

Gambar pun tak banyak, so apa yang ada jer la saya paparkan kat sini ye 🙂

The Gate of Salutation

 

 

The Tower Of Justice

The Tower of Justice Ini adalah bangunan paling tinggi di Topkapi Palace. Tempat ini dikatakan sebagai simbol bahawa Sultan bencikan ketidakadilan. Ia juga sebagai tanda bahawa Sultan akan memastikan keadilan diberikan kepada semua rakyatnya.. Bangunan ini boleh dilihat dari jauh.. Ia juga dijadikan sebagai tempat Sultan melihat & menikmati pemandangan..

 

Papan tanda di pintu masuk Harem

 

 

Bahagian dalam Harem
Gambar dari Google

 

Gambar dari Google

 

 

 

 

 

The Gate of Felicity
kat sini boleh ambil gambar ye..

 

Dipetik dari Wikepedia –

The Gate of Felicity (Bâbüssaâde or Bab-üs Saadet) is the entrance into the Inner Court (Enderûn), also known as the Third Courtyard, marking the border to the Outer Court or Birûn. The Third Courtyard comprises the private and residential areas of the palace. The gate has a dome supported by lean marble pillars. It represents the presence of the Sultan in the palace.[52] No one could pass this gate without the authority of the Sultan. Even the Grand Vizier was only granted authorisation on specified days and under specified conditions.

Bahagian bumbung Gate of Felicity

 

 

 

 

 

 

Tenunan dari EMAS, pure gold ok!

 

 

 

Tempat Menetapkan Arah Kiblat..

 

Pemandangan dari Topkapi Palace.. Tenang & damai
Angin pun sejuk sangat dari atas ni..

 

 

Kalau tak silap saya, ini adalah tinggalan kubu batu di sekitar
kawasan Istanbul..

 

 

 

Ada sebuah taman kat belakang Topkapi Palace ni
Boleh golek2 ambik angin laut.. Nyaman bah!

Untuk keterangan lanjut, anda boleh baca di sini – http://en.wikipedia.org/wiki/Topkap%C4%B1_Palace

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

sejarah topkapi palace

Kereta Kecil Warna Merah

Assallammualaikum..

Malam tadi ni tiba-tiba teringat lagu2 yang saya selalu nyanyi2 dengan mama masa kecik2 dulu..

Antara lagu2 yang peberet masa kecik dulu ialah lagu Kereta Kecil Warna Merah.. heheh.. Rasanya ramai yang ingat lagu ni kalau anda semua lahir pada tahun 80-an macam saya.. Ni lirik lagu tu..

 

Bapaku pulang dari kota

Bapaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Bolehku bawa ke sekolah

Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon Pon

Kereta kecil ku berbunyi

Marilah adik mari naik

Boleh ku bawa jumpa nenek……………….

 

Semalam nyanyi2 lagu ni dengan anak saya, terus dia tanya – Mama, nak kereta control warna merah, boleh? hadoi.. betapa bezanya mentaliti saya dengan anak saya dulu.. hahaha.. saya dulu nyanyi suka2 aje, dia pulak lepas nyanyi terus mintak keta.. sabau aje ler!