Monthly Archives: August 2012

Sanisah Huri – Aidil Fitri & Sejak Ku Bertemu Padamu

Sekarang ni hari2 dah dengar lagu raya kan.. kadang2 sedih, kadang2 gembira sangat dengar lagu raya tu, iye la, banyak kenangan sedih dan gembira sepanjang kita berhari raya kan..

Lagu favourite saya kalau hari raya ni ialah lagu Aidilfitri nyanyian Sanisah Huri.. Rasa tenang je dengar lagu ni – jom layan lirik dia :-

Comel la Sanisah Huri masa muda2.. simpe + sweet.. 🙂

Aidil Fitri
Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Ok, dah nyanyi2, jom kita kenal sikit pasal penyanyi lagu ni..

Biadota beliau saya dapat dari wikepedia je – Beliau mula merakam suara melalui EMI untuk album runut bunyi bagi filem A-Go-Go ’67 iaitu keluaran Shaw Brothers’ Malay Film Production Limited bagi lagu-lagu seperti “Siapa Gerangan” dan “Alam Seni” (iringan The Terwellos).

Selepas itu, beliau merakam dengan The Hooks untuk lagu-lagu seperti Si Baju Hijau dan Cuti Sekolah. Beliau dan The Hooks juga pernah muncul dalam Mat Toyol arahan Mat Sentol keluaran Cathay Keris.

 


Beliau sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Terwellos dan The Hooks. Sanisah Huri juga pernah merakamkan lagu dengan Orkes Dendang Perindu pimpinan Kassim Masdor untuk lagu Selalu pada tahun 1969.

Pada tahun 1970, beliau merakamkan lagu dengan sebuah kugiran Indonesia iaitu Clique Fantastique. Dua EP yang dirakamkan adalah Malam Minggu dan Mana Utama. Lagu “Sedih Sekelip Mata” merupakan hasil ciptaan bersama Kassim Masdor dan Yusnor Ef dan menjadi sebuah lagu hit ketika itu.

Mulai tahun 1971, Sanisah Huri mula merakam lagu secara solo sehinggalah kontraknya dengan EMI tamat pada tahun 1974. Di antara lagu-lagu hit beliau ialah “Semenjak Berjauhan”, “Permata Hatiku”, “Sejak Ku Bertemu Padamu”, “Kisah Tuah Dan Tijah”, “Indah Di Sepanjang Perkenalan”, “Tari Tualang Tiga”, “Joget Menanti Jodoh”, “Kau Penghiburku”, “Jauh Berjalan, Luas Pandangan”, “Kau Disayang”, “Kuberikan Padanya” dan “Taj Mahal”.
Beliau kemudiannya berpindah ke Senada Records, milikan Kassim Masdor. Selain menyanyi secara solo (seperti lagu “Kisah Cinta”), beliau juga sesekali merakam lagu dengan A. Ramlie (untuk dua lagu dangdut, iaitu “Rambut” dan “Hello Hello Sayang”) dan M. Ramlee (lagu “Wajah Cermin Hatimu”). Di samping itu, beliau juga pernah berpadu suara dengan kumpulan trio, Suara Perindu.

Tidak lama selepas itu, beliau sesekali muncul dalam rancangan hiburan terbitan radio dan telvisyen di Singapura, khususnya pada hari raya. Kini, beliau tidak lagi aktif dalam bidang seni. Masanya banyak dhabiskan dengan mengajar anak-anak mengaji Al-Quran di rumahnya. Beliau juga mengambil keputusan untuk menetap di Singapura.

 


Secara jujur, saya adalah peminat oldies, so saya memang layan la lagu2 dari beliau.. satu lagi lagu yang saya suka ialah Sejak Ku Bertemu Pada Mu – lirik pun sempoi je.. berbunga2 dan puitis gitu..ahakss.. layan jer la –

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

( korus 1 )
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Ku bentangkan perasaan ku pada mu
Untuk mengadilkan bisikan sukma ku
Andainya kanda pikat asmara
Sudikan dengan jiwa raga ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

( korus 2 )
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku jadikan tanda mahkota pujaan
Ambillah dinda untuk jadi suntingan
Ku persembahkan diri pada mu
Kerna kandalah syurga bagi ku

Sejak ku bertemu pada mu
Fikiran ku telah terharu
Hanya kekanda yang akan dapat
Mengubatkan hati ku rindu

Ewah… nyanyi2 jugak lagu ni nampaknye.. hehehe.. best kan dengar lagu2 lama..

Apa lagu raya kegemaran anda? Jom kongsi kat sini ye!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

mulakan hari dengan lagu siapa sudi kan ku bantu,sanisah huri meninggal dunia,mulakan hari dengan lagu siapa sudi,mulakan hari dengan lagu,mulakan hari dengan lagu siapa,mulakan hari dengan lagu lirik,mulakan hari dengan lagu siapa sudi kan ku bantu lirik,mulakan hari dengan lagu siapa sudi kau ku bantu,mulakan hari dengan lagu iklan vaseline,siapa sudi kan ku bantu

Diari Istanbul 5 – Yeni Camii (New Mosque)

 

Assallammualaikum Semua…

Cepat sungguh masa berlalu, dah 25 hari kita puasa kan.. moga2 di hujung2 ramadhan ni amalan kita semakin berlipat ganda dan diterima Allah.. Insya-Allah..

Ok hari ni nak share cerita pasal Yeni Camii atau New Mosque di Istanbul.. Gambar2 saya akan masukkan kemudian ye..  Mungkin agak bosan sebab cerita ni based on history & facts, tapi saya harap anda semua mendapat manfaat dari coretan ini, insya-Allah..

Masjid ini mendapat namanya dari nama Masjid Ibu New Queen (Valide Yeni Camii).  Pembinaan masjid ini bermula pada 1597. Ia telah diarahkan oleh Safiye Sultan, yang merupakan isteri Sultan Murad III. Arkitek asalnya ialah Davut Aga, perantis hebat Mimar Sinan. Walau bagaimanapun, Davut Aga meninggal dunia pada tahun 1599 dan telah digantikan oleh Dalg Ahmed Çavu.

 

Papan Tanda Di Pintu Masuk Utama

 

Pembinaan mengambil lebih daripada setengah abad dan telah diselesaikan oleh Hadice Turhan lain Valide sultan. Projek ini pernah terbengkalai disebabkan oleh pergolakan politik, lokasi dan implikasi kewangan.

 

Bahagian luar..

 

 

Eminönü adalah pusat utama bandar komersial, dan rumah kepada penduduk yang kebanyakannya adalah orang Yahudi. Dengan menempatkan masjid di kawasan ini, Safiye Sultan berharap untuk meluaskan sfera pengaruh Islam di dalam kawasan bandar dan pada masa yang sama, baginda mengambil kesempatan daripada rasa tidak puas hati yang semakin meningkat antara peniaga-peniaga tempatan dan asing, yang merasakan kuasa dan pengaruh rakan-rakan Yahudi mereka semakin berleluasa.  Rasa tidak puas hati ini akan memberikan Sultan justifikasi mudah untuk merampas harta mereka.

 

Bahagian Dalam

 

Safiye Sultan kemudiannya telah dipaksa untuk meninggalkan projek pembinaan masjid ini ekoran kematian Mehmet III. Baginda kemudian diturunkan ke harem, maka secara automatik Sultan Ahmed I yang baru tidak mempunyai kepentingan dalam meneruskan projek ini.  Lantaran itu, pembinaan masjid in pun terbengkalai.
Struktur masjid yang sedia ada, diruntuhkan dan sebahagian besarnya dimusnahkan oleh kebakaran pada 1660. Kemudian, pada tahun yang sama, arkitek Mustafa Aga mencadangkan kepada Valide Turhan Hadice, ibu Sultan Mehmet IV, yang beliau harus menyiapkan projek pembinaan masji ini sebagai kerja amal. Masjid ini akhirnya selesai pada tahun 1663, dan dirasmikan pada 1665.
Bahagian luar masjid ini mempunyai 66 kubah dan separuh kubah, dan dua menara. Kubah utama berukuran 36 meter tinggi, dan disokong oleh empat kubah.

 

Bahagian bumbung.. cantik..

Pelan kubah Masjid Baru adalah berdasarkan Masjid awal Sinan dan Masjid Sultan Sedefkar Mehmed Agha Ahmed. Di tengah2 halaman masjid, terdapat satu sadirvan elegan (pancutan air wuduk).  Ia masih digunakan utk berwudu’ sehingga sekarang.


Bahagian dalam masjid dihiasi dengan biru, jubin Iznik hijau dan putih, yang dianggap agak lebih rendah kualiti kepada jubin di masjid awal empayar. Mihrab yang dihiasi dengan stalaktit tersepuh dan mimbar yang mempunyai kanopi kon dengan tiang-tiang marmar langsing.

Semua dinding masjid berbatu marmar..

Seperti masjid-masjid imperialis lain di Istanbul, Masjid Baru telah direka sebagai kulliye, atau kompleks dengan struktur yang mana ia bersebelahan dengan perkhidmatan bagi keperluan agama dan budaya.

Kompleks asal terdiri daripada masjid itu sendiri, hospital, sekolah rendah, tempat mandi awam, Türbe, dua air pancut awam dan pasar. Sultan Ahment III telah menambah perpustakaan semasa zaman pemerintahan baginda.

Bahagian pasar besar yang berbentuk L dah masih terselamat hingga hari ini dikenali sebagai Bazaar Mesir (juga dikenali sebagai “Spice Bazaar”), adalah tarikan pelancong yang sangat terkenal.

 

So jangan lupa mengunjugi dan bersolat di Yeni Camii kalau anda ke Istanbul, masjid ni memang senang nak jumpa, memang dekat sangat dengan Spice Bazaar dan berhadapan dengan laut.. Terasa nyaman sangat duduk depan masjid sambil menikmati pemandangan laut.. Semoga Allah murahkan rezeki saya dan keluarga utk ke Istanbul sekali lagik.. Amin…

Tudung oh Tudung…

Assallammualaikum semua

harap2 semunya sihat2 dan ceria di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. Insya-Allah.. sedar tak sedar dah 14 hari kita puasa.. cepat sungguh masa berlalu kan.. semoga kita diberikan kekuatan untuk beramal sebaik yang mungkin dalam bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini..

saya pasti sekarang masih ada yang sibuk mencari baju raya, yang perempuan pun sibuk la cari tudung raya.. saya pun tak terkecuali.. pencarian kali ni, saya buat melalui internet.. amboi, banyakkkkkkkk sungguh blog yang menjual tudung, cantik2 pulak tu, harga pun boleh tahan la mahal!

tapi yang saya nak ketengahkan hari ni, ialah harga tudung yang tak padan dengan tudung tu sendiri.. ada tudung2 berjenama yang dijual pada harga RM150-RM300.00 dan ramai pula yang beli tudung tu! patutnya dengan harga tu, semestinya dapat tudung yang sempurna menutup aurat kita, yakni labuh menutup dada, tapi yang mahal2 ni, semuanya atas dada.. jadi matlamat sebenar tudung, iaitu untuk menutup aurat kita, dah tersasar sebenarnya.. dan saya pun pelik, tak ada ke ulama-ulama yang boleh menegur pereka-pereka tudung ni utk membuat tudung berdasarkan syariat??? tudung kadang2 sampai 3-4 layer, tapi still tak cukup kain nak tutup dada…

pada saya, baik la saya beli tudung yang harganya RM10.00 (macam tudung bawal aidijuma) tapi panjang dan labuh menutup dada, dari menghabiskan beratus ringgit utk tudung berlayer-layer tapi singkat!

maaflah kalau ada yang terasa di bulan ramadhan yang mulia ni.. mungkin ada jugak yang kata saya kolot, tak ikut fesyen, tak apa la.. yang penting saya cuma nak ingatkan anda semua dan diri saya sendiri, tudung bukan fesyen, tapi memakai  tudung adalah wajib, ia perintah Allah dan wajib dilakukan dgn sempurna.. Fikir2kan dan selamat beramal!Jazakallah.. selamat berpuasa semua! 😉

 

 

Pelawat menemui web ini melalui carian:

cara menjahit tudung bawal 2 layer,cara jahit tudung bawal 2 layer,cara buat tudung bawal 2 layer,cara buat tudung 3 layer,cara jahit tudung 3 layer,tudung bawal berlayer