Monthly Archives: July 2012

Diari Istanbul 2 – Bunga Rose

 

Cantik sangat bunga2 rose ni.. gerammmmmmm saya tengok, bau dia pun sangat2 wangi..

Assallammualaikum…

Kami tiba di Istanbul di penghujung musim bunga, so ada lagik la bunga2 yang masih cantik menyerikan Istanbul yang kaya dengan sejarah ni..  Secara jujur, saya sangat2 excited, rasa cam teruja gila tengok bunga2 rose yang besar2, kaler yang striking + segar2 di sini.. Subahannallah, indah sungguh ciptaan Allah.. rasa fresh + bertenaga tengok bunga2 ni..

 

Terover excited tengok bunga rose banyak2!

 

Iemrand pun sibuk nak cium bunga rose ni.. cantik kan..

 

Bunga Rose lagi……. geram geram geram!

 

 

 

 

 

Kat sini la banyak bunga2 rose tu.. rasanya kalau musim bunga, lagiiiiiiiiiii cantik dan wangi taman ni..

 

Jumpa bunga rose je mesti nak ambik gambau.. haha

 

 

 

Sweettttttt sangat bunga rose pink ni..

 

Bestnya kalau ada taman bunga kat umah.. mesti hati tenang dan damai dan gumbira aje.. Pun begitu, saya bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk menikmati keindahan bunga2 di Istanbul.. Alhamdulillah..

 

 

 

ni tak tau apa namanya, tapi banyak juga jumpa di istanbul..

 

ha ni bukan rose ye, tapi bunga marigold.. turut menceriakan pemandangan walaupun bau dia tak berapa nak harum.. hehhe

Pelawat menemui web ini melalui carian:

musim bunga di istanbul,pemandangan bunga ros

Diari Istanbul 1 – 18 – 23 June 2012

Assallammualaikum..

18 – 23 June 2012 yang lalu saya diberikan nikmat Allah untuk melawat Istanbul.  Perjalanan dengan MAS mengambil masa 10 Jam 50 minit.. Kami bertolak pada jam 12.30mlm waktu tempatan dan tiba di Lapangan Terbang Ataturk pada jam 6.30 pagi waktu Istanbul.. Walaupun baru pukul 6.30, tapi mentari memancar terang dan ceria, macam pukul 10.00 pagi di Malaysia.. Kami pergi waktu musim panas (summer) jadi siang lebih panjang dari malam.. Waktu Subuh pukul 3.30 pagi! Huhu.. Zohor pukul 1.00 tgh, Asa pukul 5.15, Mangrib pukul 8.30 dan Isyal pukul 10.30 malam! hehehe..

Hari pertama sampai, memang jet lag sangat!  Selepas beratur lebih kurang sejam utk pengesahan pasport, kami mengumpul bagasi dan keluar mencari pemandu yang telah ditempah utk membawa kami terus ke hotel kami – Sirkeci Park Hotel.. Sebaik saja melangkah keluar dari airport, angin sejuk menyambut ketibaan kami.. Subahanallah, nyaman sangat rasanya walaupun mentari panas terik.. Perjalanan lebih kurang 1/2 jam tersebut melalui lautan Marmara yang terbentang luas dengan kapal2 laut dan bunga2 segar.. Oh ya, semua kereta di Istanbul dipandu dari belah kiri.. Pemandu mereka boleh tahan jugak ganasnya, kecut perut dibuatnya! hahaha.. Caj dari airport ke hotel ialah 25Euro.. agak mahal bagi saya bagi perjalanan yang singkat namun kami tiada pilihan.. Sebelum sampai ke hotel, pemandu menunjukkan tempat2 tarikan utama seperti Aya Sophia, Topkapi Palace dan Blue Mosque..

 

Sesampai di hotel, kami diberikan sarapan percuma, namun terpaksa menunggu sehinga jam 12tgh sebelum check in.. Waktu kami tiba, jam baru menunjukkan pukul 8.00 pagi.. Sesudah sarapan, kami berjalan2 di sekitar Sultanahmet… Kami singgah lepak di satu taman bunga.. mujur banyak bangku, boleh melepaskan lelah.. Iemrand anak saya tertidur dalam stroller sebab dah penat sangat.. Jam kami masih menunjukkan waktu Malaysia jadi kami tak pasti berapa lama kami di taman tersebut.. bila balik ke hotel,  jam baru pukul 10.30 pagi!! Hadoi, nak tak nak terpaksa la tunggu.. Saya yang keletihan tertidur atas sofa sehingalah receptionist memanggil suami utk check in..

Masuk aje bilik, cuci2 muka, salin baju, tidoooooooooooooo! heheh

Petangnya, kami ke Yenikapi.. Sejukkkkkkk sangat angin kat sana.. Nyamannnnn dan indah.. Biru laut Istanbul, menyegarkan mata.. Rindu nak ke sana lagi.. Di bawah gambar2 yang sempat dirakamkan ketika di sana.. Insya-Allah saya akan menulis lagi tentang lawatan kami di sana

Update as at 17/10/2012 – boleh baca tips2 terbaru di sini – http://ayufatarina.com/diari-istanbul-13-budget-tips2-dan-panduan-merancang-perjalanan-di-istanbul

Salam sayang..

 

 

 

Cantik sangat pemandangan dari tepi laut ni..

 

 

 

 

 

 

 

Yang tinggi tu ialah Galata Tower

 

Biru Laut yang menyegarkan mata memandang..

 


Pelawat menemui web ini melalui carian:

musim panas di istanbul,tips melawat istanbul

Pindah Opis Baru..

Assallammualaikum wbt

Hadoi, lamanyeeeeeeeeeeee tak update kan??? Sibuk sangat la konon2nya.. hahaha

Apa khabar anda semua? harap semuanya sihat walafiat dalam lindungan Allah..

Saya baru aje berpindah ke opis baru, dari Kelana Jaya, kami ke Damansara Kim.. Baru 3 hari kerja, hari2 punch card merah, sebab jem.. padahal pukul 7.30 dah keluar dari rumah.. tak boleh nak budget time lagik.. rasa stress pulak hari2 datang lambat, sebab dulu waktu di opis lama, saya  merempit aje dengan suami, pukul 8.30 dah sampai opis.. ni 8.30 masih atas jalan lagik..

Dugaan betul ni.. Sampai opis pulak, bau cat + karpet yang baru, kuat gila, buat saya migraine hari2.. huhu

So balik umah, memang pengsan la.. ambik masa sebulan agaknya nak adapt dengan masa baru ni.. hehe

Saya ada cerita yang ingin dikongsi dengan pembaca semua.. baru2 ni saya diberikan peluang oleh Allah utuk melawat Istanbul.. Insya-Allah saya akan update cerita perjalanan saya dan suami serta anak saya itu secepat mungkin ye..

 

Salam sayang 😉