Monthly Archives: December 2011

2011

Assallammualaikum semua..

 

Hari ni, dah 31/12/2011.. 2 jam lagi (pada masa post ini ditulis) kita akan melangkah ke tahu 2012..

So, apa yang telah anda pelajari dan capai sepanjang tahun 2011 ini??

Saya juga pelajari bahawa duduk berbincang lebih bagus dari diam seribu bahasa.. membuatkan pihak2 yang terlibat menyangka dan berfikir yang bukan2..

Saya pelajari bahawa DUIT dan PANGKAT boleh menjadikan manusia BONGKAK, ANGKUH dan SOMBONG.. Nauzubillah, semoga saya, anda dan keluarga serta keturunan kita dijadikan orang2 yang bersyukur dunia dan akhirat..

Saya pelajari bahawa sejauh mana pun kamu pergi, setinggi mana pun jawatan kamu, keluarga merupakan orang2 terpenting dalam hidup kamu, tiada tolok bandingnya..

Saya pelajari bahawa, usaha, doa dan tawaqal memainkan peranan penting dalam kehidupan kita sehari.. Ya, mungkin biasa kita dengar, tapi tahun ini, ia benar2 berkesan utk saya 🙂

Azam saya tahun depan?  Macam2.. 🙂  Moga Allah meudahkan segalanya.. Insya-Allah

 

Selamat Tahun Baru 2012 untuk semua pembaca saya.. Semoga Allah melimpahkan rahmat, keredhaan dan keampunanNya utk kita dunia + akhirat.. Insya-Allah..