Monthly Archives: June 2011

OBEDIENT WIVES CLUB??

Assallammualaikum semua…

7-8 hari ni panas jer dengan isu yang ditimbulkan oleh Obendient Wives Club ni..

pada yang baru terdengar nama kelab ni untuk kali pertama, kelab ini dilancarkan pada 04/06/2011, Sabtu yang lalu oleh Global Ikhwan, sebuah pertubuhan islam..

kelab ini menjadi kontroversi apabila misi utama mereka ialah untuk mengurangkan dan menghentikan gejala sosial seperti pelacuran dan penceraian dengan mengajar wanita tentang cara2 untuk taat dan patuh kepada suami dan mengajar cara2 menjadikan suami “gembira” di dalam bilik tidur..

Saya sertakan di sini, petikan dari Yahoo Groups mengenai ucapan yang diberikan oleh Dr Rohaya, penaung kelab tersebut:-

“Sex is a taboo in Asian society. We have ignored it in our marriages but it’s all down to sex.

A good wife is a good sex worker to her husband. What is wrong with being a whore … to your husband?” she said.

“This way, the family institution is protected and we can curb social ills,” said Rohayah, the club’s vice president who is also a trained physician.

She said wives must go beyond the traditional roles as good cooks or good mothers and learn to “obey, serve and entertain” their husbands to prevent them from straying or misbehaving.

Indirectly, “disobedient wives are the cause for upheaval in this world” because men are not happy at home and their minds and souls are disturbed, she said.

“When husbands come home, wives do not welcome their husbands with warm alluring smiles and sexy dressing … That is the reality today,” she said.

Secara ringkas, Dr Rohaya menyarankan semua isteri melayan suami bagaikan pelacur kelas pertama apabila berada di kamar tidur, dengan alasan, suami yang gembira di kamar tidur tidak akan “makan luar”, sekaligus menjadikan lelaki2 ini manusia2 yang gembira kerana naluri seksnya telah dipenuhi dengan begitu bagus sekali oleh si isteri.. Perkahwinan yang bahagia ialah perkahwinan di mana suami mendapat khidmat seks terbaik dari isteri…

 

Hurm… sejujurnya, saya tidak setuju langsung dengan kenyataan ini.. Pada saya, seks bukanlah segala2nya.. Rumahtangga yang bahagia memerlukan lebih dari sekadar kepuasan seks semata2.. Rumahtangga yang bahagia memerlukan kesefahaman, tolak ansur, tanggungjawab, hormat-menghormati, kasih sayang dan kemesraan.. Kedua2 suami dan isteri perlu memainkan peranan masing2 dalam perkahwinan..

Keduanya, saya ingin bertanya, mengapa penekanan hanya dibuat pada isteri? Bagaimana pula dengan suami? Kenapa hanya isteri sahaja yang perlu memuaskan suami, bagaimana pula peranan si suami?? Adakah isteri itu hanya tempat melunaskan nafsu semata2?  bagaimana kalau si isteri telah memberikan yang terbaik di atas ranjan, namun suami masih seorang kaki pukul, kaki betina, salah isteri juga ke??

Saya akui, memang syurga isteri di bawah tapak kaki suami, namun isteri ada hak untuk bersuara andai dia mendapati suami melakukan sesuatu di luar batasan syarak kepadanya.. Sebab itu isteri diberikan oleh Allah dengan kelebihan untuk menuntut fasakh..

Dalam membentuk keluarga yang bahagia, isteri dan suami perlu tahu peranan dan tugas masing2.. bukankah semuanya telah digariskan dalam Al Quran dan hadis.. Mengapa Dr Rohaya tidak mengambil isteri2 Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh?  Saya rasa pendekatan dengan cara Islamiyah lebih praktikal, lebih tepat dan lebih menyeluruh.. Mengapa perlu menekankan soal seks semata2?? Seks itu perlu, tapi ia bukan keutamaan.. Saya rasa agak terkilan juga kerana kenyataan tersebut keluar dari seorang wanita yang berpelajaran, yang bergelar seorang doktor!

Saya harap Obedient Wives Club akan mempertimbangkan semula misi mereka ini.. Mungkin mereka mempunyai maksud lain, tetapi media pula mentafsirkan kata2 mereka dalam bentuk yang lain.. Wallauhualam..

Apa pula pendapat anda? Jom kita kongsi bersama..