Monthly Archives: March 2011

Doa Buat Alanna

Assallammualaikum..

Hari ini air mata saya gugur bagaikan hujan yang lebat.. Hancur hati saya pabila membaca sebuah blog nukilan seorang ibu yang kehilangan anak perempuan kesayangannya yang belum pun mencecah 1 tahun akibat Gaucher Disease Part II..

Gaucher Desease Type II didefinisikan sebagai:- (or acute infantile neuropathic Gaucher’s disease) typically begins within 6 months of birth and has an incidence rate of approximately 1 in 100,000 live births. Symptoms include an enlarged liver and spleen, extensive and progressive brain damage, eye movement disorders, spasticity, seizures, limb rigidity, and a poor ability to suck and swallow. Affected children usually die by age 2 (dipetik dari blog Doa Buat Alanna)

Hati ibu mana yang tidak luluh, pabila anak yang dikendong selama 9 bulan 10hari dalam perut, dijemput Ilahi lebih awal dari si ibu..Anda semua boleh membaca nukilan ibu Alanna di blog ini – http://mayyonnizz.blogspot.com.  Air mata saya tumpah tanpa boleh ditahan2 lagi dari satu nukilan ke satu nukilan yang dihasilkan oleh ibu dan ayah Alanna.. Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul..

Buat mummy kepada Alanna, Puan Ayu (owh, namanya sama dengan saya) si comel anda sedang berbahagia di syurga, dalam pelukan Mailakat dan dalam kasih sayang Allah.. Redha dengan pemergiannya.. Insya-Allah anda akan bertemu si comel itu di akhirat kelak dalam keadaan bercahaya 🙂 Ye, senang untuk saya memberikan kata2 semangat, tapi tidak ada satu pun yang dapat menghilangkan kesedihan dan kesunyian dari kehilangan puteri yang amat dikasihi itu.. Semoga Allah memberikan kekuatan pada ibu dan keluarga Alanna.. Insya-Allah..

p/s: Ibu Alanna, saya pinjam sekeping gambar anda yer..

Sebenarnya, saya bersyukur diberikan peluang oleh Allah untuk membaca blog untuk Alanna ini, kerana ia membuatkan saya lebih bersyukur dan menghargai Iemrand.. Ada kalanya, dek kerana kepenatan dan keletihan, saya sering marah2 Iemrand.. Kadang2 dia menangis, ada kalanya terkebil2 dia melihat saya bila dia dimarahi.. Maafkan mama yer sayang, kadang2 mama tak sedar apa yang mama cakap! Kepada Allah, saya mohon agar saya diberikan kelembutan, kesabaran, ketegasan dan kekuatan serta kesihatan untuk membesarkan Iemrand.. Saya tak tau berapa lama lagi saya akan berada dengan Iemrand, dan berapa lama lagi pula Allah pinjamkan Iemrand untuk saya.. Semoga setiap detik yang saya habiskan, setiap masa yang saya luangkan dengan Iemrand, menjadi detik2 terindah buat kami berdua..

Iemrand, in case one day u read my blog, just want you to know, i love u with all my heart and soul, i love u more than words can say.. u are my everything, u shine my world with your laughter.. miss u every second of the day.. Semoga Allah jadikan Iemrand anak yang soleh.. Amin…

 

Al Fatihah untuk Alanna.. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejaheraNya ke atas kamu sayang.. Amin..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa buat alanna

Rugi hampir 2 minggu :(

Assallammualaikum..

Hari ni saya mampu menarik nafas lega sebab blog dah boleh akses..

Sebelum ni ada masalah sikit sebab saya yang buta IT ni, tak tau cam maner nak settle.. Domain ni, beli dengan namecheap, hosting lak dengan exabytes.

Bila saya email kat exabytes, ini jawapan yang diberikan:-

Dear Ayu,

Thank you for your email.

Kindly be informed that both the domains of ayufatarina.com & panduancintalelaki.com were no longer pointed to our server. This is because you did not update the DNS of both domains to ns101.mschosting.com & ns102.mschosting.com

You will need to request your current domain provider to update the DNS for you.

If you have any enquiries, please do not hesitate to contact us. Thank You!
Sincerely,
Sharon
Customer Service Executive
MY – Customer Service Department

Mujur lah adik angkat merangkap sifu saya – FirdausNs memberikan bantuan.. Alhamdulillah.. Terima kasih Aus, i owe u a good lunch! hehehe.. Lepas ni memang kena belajar la benda2 ni semua.. huhuhu..

Saya bercuti dari 8-15hb Mac. Pengasuh anak saya balik ke Sabah, so saya dan suami pun bawaklah anak cuti2 Malaysia.. Kami ke Colmar Tropicale di Pahang, dan ke Aquaria, KLCC.. Insya-Allah saya akan update dan berikan informasi mengenai percutian kami, manalah tau, anda juga sedang merancang percutian, so maybe coretan saya boleh membantu anda merancang percutian..

Salam sayang 🙂

Ya Khafidh – Maha Menjatuhkan

Assallammualaikum,

Hari ini saya kongsikan satu lagi nama Allah yang amat indah.

Ya Khafidh bermakna Maha Menjatuhkan.  Ini bermakna Allah menjatuhkan orang yang selayaknya dijatuhkan kerana kelakuannya sendiri, yakni dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan..

Sesiapa yang membaca Ya Khafidh sebanyak 500x sehari, Insya-Allah akan dikabulkan hajat dan dijatuhkan martabat musuh atau penentangnya.  Wirid ini hendaklah dibaca dalam keaadaan khusyuk dan bersih dari najis dan hadas.

Yang keduanya, amalkan Ya Khafidh sebanyak 1000x, Insya-Allah akan mendapat keamanan dari musuh..

Selamat beramal 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa menjatuhkan musuh,doa untuk menjatuhkan musuh

Azam Bulan Mac, 2011

Assallammualaikum,

Sekejap aje dah bulan Mac kan.. Bulan Januari dan Februari, saya memang dilanda kesibukan yang amat sangat sebab terlalu banyak projek baru yang masuk dalam company.. So sebagai kuli terhormat, kenalah siapkan semua kerja2 tu dulu.. huhu

Bersempena dengan bulan Mac ni, saya berazam untuk update blog ni setiap hari (yer la tu.. hahaha)… Saya harap Allah mudahkanlah impian saya ni, sayang terngok blog terbiar aje.. every year renew, tapi tak gunakan sebaik2nya.. So, tolong doakan agar saya bersemangat dan terus bersemangat untuk update blog, hatta untuk memberikan sepotong doa buat amalan kita semua..

Ok,  nak g cari idea jap untuk menulis esok.. hehehe..

Salam sayang!