Monthly Archives: March 2011

Pentingnya English Education

Assallammualaikum..

Cuba tengok gambar ni.. sangat memalukan, grammar lintang pukang, ejaan pun salah..

Bak kata Ucop dalam Hantu Kak Limah Balik Kampung – ITULAH PENTINGNYA ENGLISH EDUCATIONNNNNN.. huhu

Milk-A-Deal – Spend & Save

Assallammualaikum,

Saya just nak kongsi pasal web Milk-A-Deal ni dengan anda semua.  Pada sesiapa yang masih tak tau pasal Milk-A-Deal, ini ialah satu laman web yang membolehkan anda membeli kupon untuk makanan @ perkhidmatan pada harga yang lebih rendah dari pasaran.

Berikut ialah butir2 tentang Milk-A-Deal yang saya temui di web mereka:-

MilkADeal Sdn. Bhd. (928546-V)
21 Jalan Datuk Sulaiman 4
Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur 60000
Tel: +603 7731 4733, +603 7731 4732

E-mail: info@milkadeal.com

Business hours: Mondays to Fridays 8.30am – 5.30pm (GMT +08:00)

Laman webnya pula ialah:- http://www.milkadeal.com

Since diorang ni berdaftar dengan SSM, so tak payah lah takut nak beli, apa2 jadik, kita report jer kat SSM.. Hehe.. And trust me, this company is for real sebab lepas saya beli kupon kedua, ada masalah sikit sebab kupon tak appear in my list.  So saya call, dan the friendly staff assures me that everything will be alrite, and she is correct abt it..

Ok, now here is how it works.

1)  Log in @ daftar melalui Facebook jika anda pengguna kali pertama

2) Lepas dah daftar, anda klik pada kupon yang anda sukai

3)  Lepas tu, akan keluar page untuk pembayaran, klik pilihan pembayaran anda

4)  Bayar gunakan online banking anda dan tunggu kupon anda tersenarai di bawah my coupons, and basically, u are done..

Kupon ni semua ada tarikh expired yer, so make sure u use it before the date ends, sebab takder extension of time..

Saya suka Milk-A-Deal ni, sebab kita diberikan dengan peta, alamat lengkap dan no tel company yang menawarkan kupon tersebut.. So kita boleh terus hubungi company2 tersebut jika mahukan kepastian.  Pastu, boleh tengok dalam peta tu, lokasi tempat sebab tak berbaloi gak beli kupon kalau anda tak boleh ke tempat tu, kan?

Kesemua kupon2 ni memerlukan reservation sebelum anda pergi ke sana.. So u can plan when u want to go to suit your comfort & time..

The other thing is, the offer is for a limited time, 3-7 days.  So kena beli dalam jangkamasa yang diberikan la, kalau lambat, thats it, takder ulangan offer..


Setakat ni, saya dah beli 3 kupon, yang saya rasakan berbaloi la sebab saya dapat save 40-60% dari harga asal.  Kupon yang pertama adalah untuk cupcakes dari Irene Bake Love Online Bakery utk harga RM25.00 berbanding RM56.00 pada harga asal, kupon kedua untuk Hardcover Photobook dari U-Print, dengan harga RM64.00 dan yang terakhir (buat masa ini.. hehe) ialah kupon untuk hidangan pai dari Just Pie.

So jom, kita tengok2 apa yang berkenan kat Milk-A-Deal 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

milk a deal

24 Mar – 3 Apr 2011 : Anakku Branded Warehouse Sale

Assallammualaikum,

Hari Sabtu yang lepas, saya berpeluang ke Warehouse Sale Anakku di Subang Avenue.  Subang Avenue ni, terletak sebelah C4 Subang Jaya, kalau naik komuter, boleh turun kat stesen Subang Jaya, bas pun banyak yang lalu kat situ, antaranya bas T623 dari Kelana Jaya.  Kalau memandu, boleh parking di C4 (percuma) atau di Subang Avenue itu sendiri.

Kami sampai kira2 jam 3 petang, lengang, tak ramai orang pun, so memang senang la nak pilih barang.  Antara yang dijual di warehouse tersebut, of coursela baju brand Anakku, jenama Disney pun ada, toiletries, stroller, car seat, permainan dan botol susu – ada yang BPA free dan ada yang biasa..

Pada saya, baju2 di sale ni, ok lah.  Saya dapat beli 3 pasang baju, 2 lengan pendek, 1 sleeveless, semua dengan harga RM10.00 jer. Pastu dapat beli wipes Anakku, 100kepingx2, dengan harga RM10.00 jer, harga biasa, satu pek dalam RM12.00 rasanya.. Botol susu pun saya beli 3, semua BPA free, RM10.00 gak sebotol.  Tapi ni botol susu ada watak sesame street, Elmo, Cookie Monster & Big Bird.  Iemrand suka sangat dengan botol Elmo tu, minum susu pun laju jer.. hehehe

Banyak baju untuk baby girl berbanding boy.. Skirt dan dress memang cantik2, potongan sehingga 80%.  Pastu, ada gak jual dress dan skirt jenama Polo – RM25.00 sehelai.. kalau ada baby girl, memang rambang mata sikit sebab banyak sangat baju yang comel2 dan cantik2 🙂

Selain tu, ada jugak jual kasut, alat tulis, pakaian dalam wanita dan bantal2 serta selimut baby.  Alat tulis tu murah2 gak, ada jenama hanna montana, high school musical, dan ada a few others, saya tak ingat..

Oh ya, for every purchase of RM250.00, dapat voucher RM20.00..

Overall, worth to go, coz lokasi senang nak cari, convenient, tak sesak, barang murah2 gak.. Sale sampai 3hb ni, so u all still have time to go.. Happy shopping, tapi jangan membazir tau!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

anakku warehouse sale 2011,BOTOL SUSU ANAKKU,baju baby jenama anakku,harga stroller anakku,pureen warehouse sale 2011,jenama anakku,botol susu bpa free anakku,pureen warehouse sale,anakku warehouse sale,pam susu anakku,baju jenama anakku,barangan bayi jenama anakku,botol susu pureen,barangan bayi anakku,barangan anakku,harga pam susu pureen,harga pam susu anakku,baju baby girl online,baju anakku online,botol susu jenama anakku,pakaian anakku,harga stroller baby,sale barang baby 2011,harga barang anakku,BAJU BABY ANAKKU,beli botol susu online,anakku sale 2011,anakku sale

Sibuk Sibuk Sibuk

Assallammualaikum..

Apa khabar semua?

Aduhai, pack betul minggu ni, tak sempat nak update blog, walaupun hati berkobar2 nak update blog hari2 seperti yang saya coretkan dulu.. hehe.. nampaknya hajat tak kesampaian la, banyak hari yang “rongak” tanpa posting.. hehe

Idea melimpah2, tapi bila dah pegang keyboard ni, semua dah terlupa.. haha..

Takper la, petang2 nanti saya update balik bila dah teringat apa nak ditulis.. Till now.. tata 😉

All about pregnancy, parenthood & babies!~

Assallammualaikum..

Tahun lepas, saya sedang mengandung lebih kurang 7 bulan..

Sebagai 1st time mother, saya sememangnya tiada pengalaman langsung dalam hal2 berkaitan dengan mengandung, babies, atau keibubapaan.. kala itu cuma excited nak dapat baby.. hehe

Mujur ada kawan memperkenalkan saya dengan web ini – http://www.babycenter.com.my/.

Baby center adalah satu web yang mengumpulkan semua artikel dan informasi berkenaan dengan kandungan, bayi, kanak2 dan keibubapaan. Kebanyakkan persoalan terjawab melalui artikel dalam web ini.. Dengan ulasan dari pakar-pakar, dan ilustrasi yang menarik, anda akan rasa seronok dan puas hati dengan jawapan2 yang diberikan..

Jika anda sdang mengandung, anda hanya perlu daftar @ subscribe mailing list untuk mendapatkan infor terkini mengenai kandungan anda, contohnya berapa berat baby, apa baby buat dalam perut, apa pula perubahan yang berlaku pada anda, tanda2 masalah pada kandungan dan sebagainya.. Email akan dihantar setiap minggu berserta dengan gambar, jadi anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang infor yang diberikan..  Dengan membaca sahaja, saya cukup teruja, dan dah dapat membayangkan tentang si kecil dalam perut saya pada waktu itu..

Bila menghampiri waktu bersalin, mereka akan menghantar artikel mengenai apa yang patut dilakukan apabila anda merasakan contraction,sewaktu bersalin i.e di dalam labour room, bersalin secara normal @ ceasarian, masalah2 semasa bersalin dan apa yang berlaku kepada anda dan bayi sejurus selepas bersalin..  Sekurang2nya, infor ini membuat anda bersedia tentang apa saja yang bakal berlaku..

Kemudian, bila si comel tu dah dilahirkan, kita dihidangkan juga dengan infor mengenai penjagaan bayi, berpantang, breastfeeding, imunisasi dan lain2 sehinggalah bayi tersebut membesar menjadi kanak2…

Pada masa yang sama, ada juga artikel mengenai perhubungan suami isteri dan tanggungjawab kita yang berubag menjadi ibu dan ayah.. Owh, memang bukan mudah menjadi isteri dan ibu pada masa yang sama, kerana anak dan ayah memerlukan perhatian dari kita.. Si ayah ada kalanya cemburu kerana perhatian ibu sudah lebih kepada anak, jadi di http://www.babycenter.com.my/ ada diutarakan perbincangan seperti ini.

Owh, jika anda sedang berusaha untuk mengandung, artikel2 yang berkenaan juga ada di sini..

Secara jujur, saya banyakkkkkkkkk belajar dari sini.. dan masih belajar dan merujuk ke http://www.babycenter.com.my/ sehingga ke hari ini.. ia satu laman web yang sangat berguna untuk mothers to be, fathers to be dan juga existing parents.. After all, life is all about learning, right? So jom, kita ke http://www.babycenter.com.my/ untuk memhami si kecil kita dengan lebih mendalam lagi 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

babycenter malaysia