Monthly Archives: January 2011

Tanda Kebesaran Allah

Assallammualaikum kawan2 sekalian,

Subahannallah, Allah yang Maha Agung, menunjukkan kepada kita betapa hebatNya DIA..

Gambar ini diambil di sebelah masjid Sungai Masin, Batang Kali..

Lihat dengan teliti ranting2 pokok di dalam gambar itu, ianya membentuk kalimah Allah.. Subahannallah, Alhamdulillah, Allah Huakbar!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kebesaran allah 2011,kebesaran allah,tanda kebesaran allah,tanda kekuasaan allah,gambar tanda kekuasaan allah,www tanda kebesaran allah

Gambar Pesawat Air Asia Yang Terbabas di Kuching

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang ditutup sejak malam tadi selepas pesawat AirAsia terbabas dan terhempas ketika mendarat, dijangka terus ditutup untuk semua penerbangan sehingga diberitahu kelak.

Malaysia Airports Berhad (MAB) memberitau sebanyak 24 penerbangan terjejas setakat 11 pagi ini. Hanya satu penerbangan dibenarkan berlepas dari lapangan terbang itu pada jam 7.30 pagi ini iaitu MH2505 ke Kuala Lumpur. Penerbangan lain yang terjejas termasuk 11 membabitkan AirAsia, lapan Penerbangan Malaysia dan lima penerbangan MASWings.

Penumpang yang berkenaan dinasihatkan agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mengetahui perkembangan lanjut mengenai perkara itu.

Dalam kejadian jam 10.02 malam itu, penerbangan AK5218 yang berlepas dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur terbabas dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat.

Usaha mengalihkan pesawat itu sedang dilakukan namun berdepan kesukaran berikutan keadaan hujan lebat yang melanda sejak semalam, kata MAB.

Sementara itu Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha memberitahu pemberita hari ini, pesawat itu membawa 124 penumpang dan enam anak kapal.

Empat penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat di hospital di Kuching, katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Maritim Kebangsaan di sini. Empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.

Sementara itu seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan memberitahu pemberita, kejadian itu berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat. “Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan,” katanya.

Penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal. Hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian. sumber: bernama

 

p/s:  nak tengok pemandangan dari kapal terbang di awan biru? Klik sini

Pesawat MAS MH370 dari KLIA ke Beijing Hilang? Klik sini http://wp.me/pT4Fs-1Tw

Nak tengok keadaan di dalam MH17? Klik sini – http://ayufatarina.com/kenangan-12-jam-bersama-mh17-malaysia-airlines

Pelawat menemui web ini melalui carian:

air asia terhempas,kapal terbang air asia terhempas,kapal terbang air asia,air asia terhempas di kuching,pesawat air asia terhempas,kapal air asia terhempas,airasia terhempas,pesawat air asia terhempas 2014,kapal terbang terhempas,kapal terbang air asia terhempas 2014,kapal airasia,pesawat terhempas,kapal terbang airasia terhempas di kuching,pramugari air asia,gambar Pesawat Air Asia,kapal terbang air asia hilang,gambar pesawat,pesawat air asia,kapal terbang airasia,kapal terbang air asia terhempas di kuching,kapal terbang terhempas hari ini,kapal terbang airasia terhempas,air asia terhempas 2014,airasia terhempas di kuching,Kapal air asia,pesawat airasia terhempas,airasia terhempas 2014,kapal airasia terhempas,kapal terbang terhempas di kuching,gambar pesawat air asia terbabas

Hulurkan tangan, ringankan bebanan..

Assallammualaikum Semua..

Saya terjumpa satu blog yang aktivis bebas yang memperjuangkan nasib anak yatim, anak2 terbiar, OKU, fakir miskin, mualaf, ibu tunggal, pelajar madrasah al-Quran & tahfiz.

 

Tuan2 & Puan2 boleh lawati blog tersebut – http://eksekutifsuri.blogspot.com/

Marilah kita sama2 membantu meringankan bebanan saudara-saudara Muslim kita.. insya-Allah, ini saham akhirat yang kita laburkan untuk mendapat keredhaan Allah.. 🙂

Baru sedikit..

Assallammualaikum..

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk kita berada dalam tahun 2011.  Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2011 kepada semua, semoga tahun ini, Allah memberkati hidup kita, amalam kita, harta benda kita dan segala2nya.. Semoga tahun ini, kita dijadikan hambaNya yang soleh dan lebih baik dari tahun yang sebelumnya, dan semoga Allah memberikan petunjuk, taufik dan hidayahNya kepada kita, dan menetapkan hati kita dalam keimanan, serta diberikan keistimewaan untuk menemuiNya dalam keadaan husnul khatimah.. Insya-Allah.. Aminnnnnnnn

Semalam hujan yang sangat lebat berserta angin kuat dan guruh serta petir yang sabung menyambung melanda bumi Petaling Jaya.. Hujan mula turun dengan lebat kira2 jam 5.15, dan berterusan sehingga pukul 6.30.. Jalan raya sangat sesak, semua orang bererebut2 ingin pulang ke rumah kerana khuatir terperangkap dalam kesesakan jalan raya..

Saya dan suami menunggang motor semalam, jadi kami dapat meloloskan diri di celah2 kenderaan yang berbaris panjang..

Sebenarnya, bukan kesesakan jalan raya yang ingin saya coretkan, tapi keadaan selepas hujan dan angin yang kencang semalam..

Banyak pokok2 yang tumbang, ada yang tercabut akarnya, dedaun dan dahan2 serta ranting2 kecil juga bersepah2 di tepi jalan.. Satu pemandangan yang agak menakutkan untuk saya… Bayangkanlah, angin kencang dan hujan yang lebat itu cuma berlaku dalam masa 45 minit sahaja, tetapi telah mampu membuat pokok2 tumbang, hingga terkeluar akarnya.. Itu baru sedikit.. bagaimana agaknya bila hari kiamat kelak, tak kala sangkakala ditiupkan menandakan hari penilaian telah bermula.. Bagaimana agaknya keadaan dunia dan kita pada ketika itu??? Aduhai, seram sejuk rasanya badan saya..

Saudara & saudari,

dengan bertambahnya tahun baru, bererti kita juga makin dekat dengan kematian, makin dekat dengan munkar & nankir, makin dekat dengan waktu penilaian & hisab dari Allah.. ambillah iktibar dari masa yang berlalu serta kejadiaan alam di sekitar kita.. sesungguhnya ada petunjuk yang tersirat dari Allah atas segala apa yang berlaku.. janganlah kita leka dan lalai dengan kehidupan dunia yang sementara ini.. Mohonlah pada Allah, agar kita dijadikan hamba2Nya yang bersukur dan diampunkan dosa2 kita di dunia & akhirat kelak.. Insya-Allah.. Moga bertemu lagi di coretan akan datang, Insya- Allah.. 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

pemandangan hujan