Monthly Archives: October 2010

Ya Allah, semoga ini jalan yang terbaik untuk aku & keluarga..

Assallammualaikum..

Esok saya akan menghadiri satu seminar, yang saya harapkan akan menjadi laluan kepada impian saya untuk bekerja sepenuh masa dari rumah..


Buat suami, terima kasih kerana memberikan saya peluang menghadiri seminar ini & terima kasih sebab nak jaga Iemrand seharian esok.. LOve u so much

Iemrand, jangan nakal2 tau, kesian abah nanti 🙂

Ya Allah, semoga ini jalan yang terbaik untuk aku dan keluargaku, dunia & akhirat.. Mudahkanlah segalanya untuk kami, dunia & akhirat.. Amin…

Pelawat menemui web ini melalui carian:

doa selepas makan rumi,doa duit hilang,doa hilangkan penat,doa ketika penat

Just say YES!

Assallamualaikum..

hari ni, “cuaca” perasaan saya tidak begitu menggembirakan.. saya sangat bersedih hari ini.. tertekan dengan kerja dan orang2 sekeliling.. rasa ingin resign 24jam dan mencari kerja lain.. saya sangat demotivated, sangat emosi dan sangat sensitif..

maka, saya mencari2 peluang, dan hasil dari chatting dengan seorang rakan cyber yang amat supportive, saya memberanikan diri untuk menghadiri satu seminar pada hari ahad ini.. Seminar apa? owh, akan saya beritahu kelak..

apa yang menarik perhatian saya untuk pergi ialah kata2 anak muda ini..

saya paparkan di sini coretan chatting kami berdua..

Just say YES! benar kata2nye.. semua langkah yang besar, bermula dengan langkah pertama.. Mungkin dengan menghadiri seminar ini, ia akan membawa kejayaan yang besar kepada saya..

Insya-Allah, moga ini yang terbaik untuk saya, suami dan anak, di dunia & akhirat.. Aminnnnnnnnnnn

Al Basith – Maha Meluaskan

Assallammualaikum,

Syukur Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang bernafas pada hari ini..

Jom kita tambahkan satu lagi Asmaul Husna pada zikir harian kita.

Al Basith bermaksud Maha Meluaskan.  Allah itu berkuasa memudahkan terkumpulnya rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

Khasiat mengamalkan Al Basith ialah:

1)  Bacalah Ya Basith sebanyak 10x setelah mengerjakan solat Dhuha, Insya-Allah, akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

2)  Bacalah Ya Basith sebanyak 300x atau lebih dengan mengangkat 2 belah tangan ke langit, kemudia, sapu kedua2 tangan itu ke muka, Insya-Allah Allah akan bukakan satu pintu daripada semua pintu2 kejayaan

3)  Sesiapa yang selalu membacanya pada waktu fajar dengan menadahkan kedua2 tangannya dan kemudian disapukan ke mukanya, Insya-Allah dia akan sanggup berdiri sendiri dan tidak bergantung kepada orang lain.

Semoga Allah meluaskan rezeki kita semua dengan amalan Asmaul Husna ini, Insya Allah 🙂

Pelawat menemui web ini melalui carian:

ya basith,khasiat zikir ya basith,asmaul husna al-basith,arti ya basithu

Hukum Merancang Keluarga

Assallammualaikum..

Hari ni nak kongsi bersama anda semua, artikel yang saya perolehi dari bahagian Mega Agama, Utusan Malaysia.

Hukum Merancang Keluarga

Soalan 1:-

Adakah penggunaan kondom dibolehkan dalam Islam.  Bagaimana dengan hukum merancang keluarga dan mengambil ubat-ubatan moden dan pil perancang dalam masalah ini?

Jawapan:-

Harus menggunakan apa-apa alat bantuan dan sebagainya untuk tujuan hubungan kelamin selagi ia tidak memberikan kemudaratan dan tidak mengandungi najis.

Hukum mengenai perancang keluarga adalah seperti berikut:-

1)  memandul lelaki dan perempuan adalah haram

2)  mencegah beranak atau menghadkan bilangan anak hukumnya adalah haram melainkan dengan sebab yang diharuskan syarak bagi orang perseorangan

3)  menyusun keluarga dari segi kesihatan, pelajaran dan kebahagiaan keluarga dengan cara yang selain dari (1) dan (2) di atas adalah HARUS.

Ini selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Januari, 1977.

Pelawat menemui web ini melalui carian:

hukum merancang keluarga,hukum makan pil perancang,hukum merancang kehamilan,hukum pakai kondom dalam islam,kondom dalam islam,hukum perancang keluarga,perancangan keluarga dalam islam,penggunaan kondom,hukum perancangan keluarga,hukum merancang anak,hukum mengambil pil perancang,perancangan keluarga menurut islam,hukum pengambilan pil perancang

Syampu bayi boleh kurangkan kegatalan kepala!

Assallammualaikum..

Salam hari Isnin.. hehehe.. Kebanyakkan orang, termasuk saya, terkena penyakit monday blues hari ni.. lemah jer nak buat kerja sebab dah cuti 2 hari.. huhu.. wake up wake up, senam2 sikit, jalan2 sikit, selawat banyak2 dan mulakan kerja!!

hari ni just nak kongsi “penemuan” baru saya.. lately, dandruff/kelumumur banyak sangat kat kepala, kulit kepala pun gatal2 sangat.. kadang2 rasa malu sebab tergaru2 kepala, padahal setiap hari saya syampu menggunakan syampu anti kelumumur..

hari jumaat lepas, memang kulit kepala dah terrlalu gatal.. sampai luka saya garu.. dalam hati terfikir, kalau syampu dengan syampu anti kelumumur tu, confirm pedih.. tiba2 ternampak syampu iemrand.. apa lagi, terus cuba dan hasilnya – kulit kepala tak gatal2 lagi!!! dah dua hari saya gunakan, memang berkesan.. rambut lebih lembut, kepala tak gatal2, rambut pun kurang gugur!  harap2 berterusan la macam ni..

so lepas ni, mama akan share syampu dengan iemrand, so kenalah beli syampu botol yang besar!! hehehe..

owh, lupa nak bgtau, saya gunakan syampu pureen macam dalam gambar ni… so sesiapa yang ada kelumumur dan kulit kepala yang gatal2, bolehlah cuba cara saya ni.. mungkin ia juga berkesan untuk anda, selamat mecuba!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kulit kepala gatal,gatal kepala,gatal kulit kepala,punca kulit kepala gatal,petua hilangkan gatal kulit kepala,kepala gatal,kenapa kulit kepala gatal,petua menghilangkan gatal kulit kepala,shampoo untuk kulit kepala gatal,ubat kulit kepala gatal,ubat kelumumur,petua kulit kepala gatal,gambar shampoo,hilangkan gatal kulit kepala,cara hilangkan kelumumur,ubat gatal kulit kepala,petua hilangkan gatal kepala,kegatalan kulit kepala,petua hilangkan kegatalan kulit kepala,punca kepala gatal,cara hilangkan gatal kepala,punca kegatalan kulit kepala,menghilangkan gatal kulit kepala,SYAMPU,sebab kulit kepala gatal,rawatan kulit kepala gatal,petua hilangkan gatal kulit,hilangkan gatal kepala,punca gatal kulit kepala,Petua hilang kelumumur