Monthly Archives: September 2010

Masih mood raya lagi?

Assallammualaikum..

Saya masih terdengar lagi lagu selamat hari raya, dan jemputan ke open house pun masih tak putus2.. Saya rasa semua masih dalam mood raya lagi walaupun syawal dah masuk hari yang ke 20.. hehehe..

Semalam pun ada jamuan hari raya di opis.. lepas makan, semua orang mengantukkkkkkkkk jer, rasanya sebab terlebih bahan perasa makanan kot, ie ajino****.. so masing2 lalok jer, tengok PC pun nampak bantal dengan tilam.. huhuhuu..

satu lagi, bila dah banyak sangat mengunjungi open house, mula la perut meragam, kena cirit birit pulak.. maklumlah, dah macam2 benda masuk perut dalam masa sehari.. sebab tu la, kita digalakkan berpuasa 6..

Ada 2 hadis yang saya jumpa yang menyatakan kelebihan berpuasa 6 ni:-

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun.” (Riwayat Muslim)

Imam Ahmad dan an-Nasai’e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: “Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh.” (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)

So kawan2, ada lebih kurang 10hari lagik untuk berpuasa 6, jom kita laksanakan ramai2 dan mendapat pahala seperti berpuasa setahun.. di samping dapat beramal, tubuh badan pun jadi sihat, perut dapat rehat seketika lepas sibuk memproses semua makanan2 yang kita makan..

Renung2kan dan selamat beramal!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Assallammualaikum,

Di kala ini, saya pasti semua orang dalam mood raya, lagu raya pun dah berkumandang di radio2, membuatkan semangat raya lebih berkobar2!

Buat semua pembaca saya yang budiman, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. Hati2 balik kampung, semoga kita semua selamat balik kampung dan selamat balik semula ke destinasi asal..

Bercakap mengenai raya, saya kira kanak-kanaklah yang paling gembira.. Manakan tidak, semua dapat barang2 baru, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki.. selain itu, dalam otak dah terbayang2 duit raya yang bakal dikumpul dan diterima, dan selalunya ibu bapa juga telah berjanji akan memberi sejumlah wang jika anak2 berjaya berpuasa dalam bulan ramadhan…. dalam konteks duit raya ini, saya rasakan ibu bapa seharusnya tidak terlalu memancing anak untuk berpuasa dengan duit, kerana saya khuatir nawaitu sebenar bukan kerana Allah, tetapi kerana duit.. memang, itu cuma sebagai galakkan, namun jika dari awal sudah diajar utk menerima upah atas ibadah yang dilakukan, kemungkinan besar anak itu tidak ikhlas dan menghargai konsep sebenar ibadah puasa tersebut.. Kita seharusnya memberitahu mengapa Allah mewajibkan puasa, agar anak2 lebih menghargai kesenangan dan nikmat yang telah Allah kurniakan, sekaligus menjadikan seorang yang bersyukur & dermawan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik..

Saya juga rasa anak2 sekarang perlu dididik agar tidak terlalu teruja mengumpul duit raya hinggakan sanggup berjalan dari rumah ke rumah, dari pagi hingga petang, termasuklah mengunjungi rumah orang2 yang tidak dikenali semata2 untuk mendapatkan duit raya..  lepas tu, yang saya geram, kalau bagi 50sen, depan2 kita dia boleh cakap “alaaaa, 50sen jer ker?”.. masya-allah.. semangat hari raya dah tak ada dalam diri anak2 kita sebab terlalu mengejar wang ringgit.. sekali lagi, ibu ayah, abang kakak, nasihatkan adik2 agar menghargai Aidil Fitri yang merupakan hari kemenangan pada semua yang berpuasa.. semoga adik2 kita akan menjadi orang2 yang soleh dan bijaksana..

Tahun ini, saya beraya di melaka, dan akan pulang ke perlis pada hari raya ketiga.. saya akan berada di perlis selama seminggu sebelum balik untuk bekerja semula pada 22hb September.. Tahun ini lebih meriah dengan adanya putera hati kesayangan kami, Muhammad Izz Iemrand.. Kalau tahun2 sebelum ini sibuk cari baju saya dan suami saja, tahun ini tumpuan diberikan pada si comel itu.. Tak sabar rasanya nak pakaikan dia baju melayu biru yang dibelikan oleh neneknya!

Pembaca2 budiman,

Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk beramal ibadat lagi pada bulan ramadhan tahun depan.. semoga amal ibadah kita diberkati dan diterima oleh Allah swt.

Sekali lagi – SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN!