Monthly Archives: August 2010

Kebaikan Menyusukan Anak & Kelebihan Susu Ibu

Assallammualaikum,

Hari ni saya nak sambung tentang kebaikan susu ibu ya.

1)  Susu ibu lebih mudah dihadamkan.

2)  Susu ibu tidak mengandungi bahan2 kimia.  Ingat tak kes melamin dalam susu bayi di China? Haaa, kita tak tau sejauh mana selamatnya susu2 formula untuk bayi kita, so susu ibu memang pilihan yang paling tepat, sebab confirm tak ada bahan2 kimia yang berbahaya!

3)  Susu ibu menjimatkan kos & masa.  Susu formula kebanyakkannya mahal2 dan memerlukan anda membancuh dan menggunakannya dalam tempoh masa yang terhad.  Dengan susu ibu, tiada masalah!  Tidak ada kos tambahan, bersih dan menjimatkan.  Stok susu sentiasa ada dalam badan, so bila anak merengek nak nenen, angkat jer baju, susu dah tersedia.. heheheh

4)  Menyusukan bayi anda mengurangkan risiko terhadap kanser payudara.  Ini adalah kajian dari Collaborative Group on Hormonal Factors in Breast Cancer (2002).  So, mencegah adalah lebih baik dari merawat, kan? Jadi janganlah malas menyusukan bayi anda 🙂

5)  Susu ibu mengandungi Imunisasi kepada penyakit dan membantu membina sistem imunisasi dalam badan bayi – 80% dari sel dalam sus ibu adalah macrophages, iaitu sel yang membunuh bakteria, fungus dan virus.  Bayi yang menyusu terlindung dari pneumonia, botulism, bronchitis, staphylococcal infections, jangkitan telinga & German measles (campak).

6)  Susu ibu mengandungi nutrisi yang terbaik!

7)  Menyusukan anak mengurangkan risiko ibu dari menghidapi kanser ovari.

8)  Menyusukan anak membantu mengurangkan berat badan ibu!  Haaaaaa, ni semua mesti ibu2 suka baca.. Heheheh.. maklumlah, masa mengandung berkilo2 berat di”ternak” dalam badan.. hahahah.. Buat pengetahuan pembaca, setiap sesi menyusu membakar 500 kalori sehari!  Itulah sebabnya, ibu2 yang menyusu badan lebih cepat kembali ke bentuk badan yang asal daripada ibu2 yang memberikan anak mereka susu botol. 

9)  Susu ibu amat disyorkan oleh World Health Organization & Unicef!

10)  Susu ibu membantu mengeluarkan meconium dari perut bayi – meconium adalah sejenis lendir melekit yang memang sedia ada dalam usus bayi.  Kolastrum @ susu awal ibu, adalah merupakan cecair unik yg boleh mengeluarkan lendir itu dari perut bayi.. Subahannallah.. betapa hebatnya ciptaan Allah ini 🙂

11)  Susu ibu memelihara bayi dari penyakit Crohn – Penyakit ini adalah penyakit yang berkaitan dengan usus.  Penyakit ini sangat kronik.  Ia adalah radang perut yang boleh menyebabkan bengkak pada bahagian dalam usus.  Penyakit ini sangat susah untuk diubati, tapi kajian menunjukkan susu ibu dapat menghalang dari bayi untuk menghidapi penyakit ini.

12)  Menyusukan bayi anda dapat mengurangkan risiko menghidapi kanser endometriosis.

Ok, cukup 12 kebaikan hari ini, nanti kita sambung lagi ya!  So pada ibu2 atau bakal ibu2, jom kita mula meyusukan bayi kita hari ini!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

kebaikan susu ibu,kelebihan susu ibu,kebaikan menyusu badan,Tambah susu badan,kelebihan menyusu badan,khasiat horlicks untuk ibu mengandung,kebaikan menyusukan bayi,kebaikan horlicks untuk ibu mengandung,khasiat horlicks,kelebihan menyusukan anak,kebaikan horlicks,makanan untuk tambah susu badan,makanan untuk tambah susu ibu,khasiat horlicks untuk ibu menyusu,kebaikan susu ibu kepada ibu,makanan tambah susu badan,cara mengepam susu badan,KEBAIKAN MENYUSUKAN ANAK,kebaikan susu ibu kepada bayi,kelebihan horlicks,tips mengepam susu,makanan untuk tambah susu,jadual pemakanan ibu menyusu,kepentingan susu ibu,makanan tambah susu,tambah susu ibu,cara tambah susu badan,kepentingan susu ibu kepada bayi,makanan untuk tambahkan susu ibu,mengepam susu badan

Jangan buang duit satu sen anda!!

Assallammualaikum,

Saya kongsikan satu email yang saya terima tentang kegunaan duit syiling satu sen:-

We cannot stop mosquitoes lay eggs at any stagnant water in drains/ponds or water collected in waste pails, tanks, tins, used tyres etc. etc.
Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem.
Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes’ eggs and not let them hatch into larvae.  Very very simple, just put in few 1 cent copper coins into the tanks/containers then it will solve all your problems.
Because in accordance to Japanese Research Scientists, they found the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharge from the copper.

DON’T BELIEVE, Try it by yourself and even the small snails also will not visit the containers (with copper coins) collected with stagnant water.  Your will observe the water collected in the containers will be very clean and clear.

So balik ni, cari duit satu sen yang masih ada dalam tabung tu, cuci dan masukkan dalam tong2 @ bekas yang ada air.. Tak rugi pun mencuba, bukan kena duit pun.. heheheh..

Besar bagai johan – berikan anak anda susu ibu! :)

Assallammualaikum

Apa khabar semua? Sedar tak sedar, dah 14 hari kita berpuasa, Subahannallah, cepat sungguh masa berlalu!  Semoga kita terus beramal dengan bersungguh2, mencari keredhaan dan keampunan Allah pada minggu2 terakhir sebelum Ramadan berlalu pergi.

Pada 19hb Ogos yang lalu, anak saya, Muhammad Izz Iemrand, genap 3 bulan.. Sekejap jer masa berlalu.. Iemrand sekarang dah pandai ketawa dan respond pada setiap bunyi.  Bayi saya sekarang seberat 7.5kg dan tingginya 63cm 🙂

19.07.2010 adalah hari pertama menghantar Iemrand kepada pengasuh.  Saya menangis sepanjang hari kerana rindu sangat pada dia.  Terpandang2 wajah dan senyumannya di PC saya.. huhu.. Hampir 2 minggu jugalah saya menangis setiap pagi selepas menghantar Iemrand, suami pun dah tak larat nak pujuk.. huhuhuh.. tapi skrg dah ok sikit, walaupun sedih, tapi saya berkerja untuk masa depan Iemrand juga..

Ok, berbalik pada tajuk, anak saya kurang minum susu tin pada minggu pertama di rumah pengasuh.  kata kak lina, pengasuh saya tu, baby akan hisap botol, tapi susu dilelehkan tepi mulut.. huhu.. Tapi kalau minum susu badan, anak saya sedut sampaiiii habis.. Aduhai, rasa kesian sangat, mesti si comel tu kelaparan sementara menunggu saya pulang dari kerja dan mengambil dia pada pukul 6.30 petang.

Saya memang tersilap  kerana tidak mula mengepam susu sementara dalam pantang, kerana memikirkan anak saya boleh diberi minum susu formula semasa saya bekerja.  Sepatutnya semasa dalam pantang lagi saya sudah mula mengumpulkan susu badan saya… beberapa hari sebelum bekerja, saya sudah mula megepam sebenarnya, tapi dek kerana kuantiti tidak seberapa, saya putus asa…

Setelah mengetahui yang Iemrand cuma minum susu badan, saya mula mengepam susu setiap hari.  Waktu itu saya menggunakan jenama Pureen, berharga RM99.00.  Pam ini saya beli waktu Iemrand dimasukkan ke hospital kerana demam kuning, dan disebabkan demam kuning Iemrand sangat tinggi, saya dilarang mengangkat bayi saya dari bawah lampu.  maka saya perlu mengepam susu dan susu diberikan kepada bayi saya melalui tiub..

Alat mengepam susu badan jenama Pureen ni, ok la, dapatlah 2-4 ounce sehari, masalahnya, kerap tersumbat dengan susu, so perlu dibersihkan selalu.  Ada kalanya di ofis, saya kekurangan masa kerana terkejar2 dengan kerja, jadi agak menyulitkan untuk sentiasa membersihkan pengepam tersebut.  Kemudian, sepupu saya Najihah, meminjamkan pengepam susu jenama Medela kepada saya – hasilnya, Superbbbb!!  Hehehe.. mungkin kerana medela menggunakan kuasa elektrik, maka hasilnya lebih baik.  Setiap hari, saya dapat mengumpulkan 5-10 ounce susu sehari (mungkin sedikit bagi orang lain, tapi bagi saya yang sedang berusaha keras, amoun tersebut sudah agak banyak.. hehehehehheeh). 

Skrg ini, saya mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.  Untuk ibu2 yang pertama kali menimang cahaya mata dan ingin memberikan full breast feeding utk anak anda, ingin saya kongsikan cara saya:-

1)  Sentiasa bermotivasi untuk mengepam susu, jangan malas dan bertangguh.  Sebaik2nya mula mengepam selepas 2-3 minggu melahirkan bayi anda.

2)  Adakan satu jadual untuk mengepam.  Sebaik2nya pamlah susu anda setiap 2-3 jam sekali.  Tapi kalau tidak berkesempatan seperti saya, saya mengepam susu pada pukul 3 petang, selepas solat zohor dan pada waktu malam, dalam pukul 11.

3)  Susukan anak anda pada setiap masa yang terluang.  Berikan dia full breast feeding pada hari anda tidak bekerja dan pada waktu malam.. Si comel saya bisanya marathon hisap susu badan dari pukul 12 hingga 4 pagi, saya memberikan susu sambil berbaring.  Sebelum pergi kerja, berikan dia minum susu dan sebaik sahaja pulang dari ofis, pastikan dia menghisap susu badan anda, kerana lebih kerap dia menyusu, lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

4)  Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.  pada bulan ramadhan ini, pastikan anda makan dengan cukup sewaktu berbuka dan pada masa sahur.  Minum air dengan banyak. 

5)  Antara makanan yang boleh menambahkan air susu ibu ialah:-

a)  Sayuran hijau seperti sawi, bayam

b)  Ubi dan carrot

c)  Bijirin seperti nestum, oat, barli dan nasi. Saya suka minum horlicks yang ditambah dengan nestum @ oat, rasanya lebih sedap. 

d)  Kekacang seperti almond, gajus, macadamia juga bagus untuk menambahkan susu badan.

e)  Halba  – caranya halba direndam dalam air panas, dan kemudian diminum bila suam.  selain menambahkan susu badan, ia juga banyak khasiat.  Nabi Muhammad saw juga ada menyatakan bahawa halba adalah sejenis makanan yang baik untuk badan.

f)  susu & susu kacang soya.  saya minum susu HL & Enfa Mama, hasilnya susu lebih pekat.

g)  Yogurt

h)  sup ayam & ikan

i)  ikan bawal

di atas hanyalah beberapa jenis makanan yang saya tahu.

Ok, mengapalah saya ni teiba2 pulak sibuk menulis tentang susu ibu ye? Heheh.. sebenarnya, susu ibu ini ada 101 kebaikan.  Antara kebaikan tersebut ialah:-

1)  Susu ibu ialah susu yang terbaik.  ianya bersih dan tidak tercemar dan tidak mengandungi apa2 bahan kimia, maklumlah, terus dari badan kan 🙂  inilah ciptaan Allah yang Maha Esa, sesuatu yang sangat unik dan tidak mungkin dapat ditiru oleh kita, hamba2nya yang kerdil ini.

2)  Susu ibu merapatkan hubungan si ibu dengan si comel.  Ikatan antara ibu dan anak menjadi lebih rapat dan mesra.

3)  Dengan menghisap susu ibu, rahim ibu lebih cepat mengecut dan memberhentikan pendarahan rahim.

4)  Anak yang menyusu susu ibu adalah lebih cerdik dan bijak. 

Ada banyak lagi kebaikan menyusu badan ni, Insya-Allah esok saya akan update lagi ye!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

cara mengepam susu ibu,pam susu jenama anakku,mengepam susu,pam susu elektrik fiffy,pam susu elektrik pureen,pam susu pureen,jenama pam susu terbaik,jadual mengepam susu ibu,pam susu fiffy

Set Pinggan Malaysia Airlines, Wau Bulan

Assallammualaikum,

Buat para collectors di luar sana, saya ada set pinggan makan yang digunakan dalam bussiness class di pesawat Malaysia Airlines (MAS).

Set ini digunakan dari tahun 1980an hingga 2009 sahaja.

Set ini mengandungi satu coupe plate large, satu coupe plate small, satu mangkuk dan satu butter dish, semuanya pada harga RM150.00 sahaja (tidak termasuk kos penghantaran). Noritake adalah pengeluar kepada set ini. Noritake dikenali sebagai pengeluar set pinggan mangkuk yang terkenal di Jepun kerana kehalusan kualitinya!

Jika ada collector yang berminat, sila telefon saya di 016-364 5324 @ email saya di atarina80(@)gmail.com.

p/s: sambil berseloroh dengan suami, saya berkata – tak dapat jadik pramugari pun takper la, tapi dapat rasa macam pramugari bila serve makanan pada sayang gunakan set ni pun cukuplah.. huuhuhuhu :p

Pelawat menemui web ini melalui carian:

noritake malaysia,set pinggan mangkuk noritake,harga noritake di malaysia,wau bulan,noritake dinner set malaysia,pinggan mangkuk noritake,noritake halal,harga pinggan mangkuk di langkawi,set pinggan makan

Salam Ramadhan Al Mubarak

Assallammualaikum

Sahabat2 pembaca yang dikasihi, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa untuk semua.. semoga ibadah puasa pada tahun ini diberkati dan diredhai oleh Allah swt.

Semoga semua amal soleh dan kebaikan yang kita lakukan berterusan sehingga tamat bulan ramahdan, dan sehingga akhir hayat kita kelak..

Kalau beli makanan utk berbuka tu, berpada2lah, jangan ikutkan nafsu, sebab lepas berbuka, biasanya kita lebih banyak minum air, akhirnya terbuang begitu saje kuih2 atau lauk pauk yang dibeli.. Ingatlah, ketika kita berbelanja dengan begitu gembira, ada insan2 yanga kesusahan, yang berbuka dengan air pair atau nasi kosong sahaja.. Bersyukurlah dengan kelebihan rezeki yang kita ada, dan sama2 membantu mereka yang memerlukan.. Insya-Allah, Allah swt akan membalas kebaikan kita..

Di bulan ramadhan ini juga, bagi yang dekat dengan kg halaman, baliklah, jenguklah, dan berbukalah dengan ibu, ayah dan adik beradik sementara mereka semua masih hidup. Kita tidak tahu bila Allah akan memanggil kita semual utk pulang menemuiNya.. Rakan sepejabat saya, puan Mariah, kehilangan ibunda tercinta jam 2pagi, pada 1Ramadhan lepas.. bayangkanlah, kehilangan ibu pada bulan ramadhan, pastinya pilu dan sebak yang teramat kerana tidak dapat lagi bemanja dengan ibu & sama2 menyambut syawal.  Oleh itu, hargailah ibu dan ayah sementara mereka masih hidup.. kalau tak dapat balik kg, cukuplah dengan menelefon setiap hari bertanyakan khabar.. hati orang tuan pasti gembira dengan panggilan dari kita & cucu2nya..

Buat suami, samalah2 membantu meringankan beban isteri di bulan ramadhan ini.. pastinya isteri anda penat melayan kerenah anak2 di samping penat bekerja di pejabat & menguruskan rumah tangga.. Ringan2kanlah tangan membantu membancuh air, menyidai baju @ menjaga anak2 sementara isteri menyediakan juadah berbuka.. (Terima kasih buat suami tersayang yang sentiasa ringan tulang membantu saya selama ini.. )

Semoga Allah beri kesempatan pada kita semua untuk berpuasa dengan sempurna pada tahun ini & berkesempatan menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang.. Insya-Allah.. Aminnnnnnn