Archive for April, 2010

 

Assallammualaikum..

Wah, semua ceria jer hari ni yer, maklumlah, dah hari Jumaat, masing2 dah tak sabar nak bercuti esok & lusa.. Ada yang sudah ada rancangan dengan keluarga, dan ada juga yang nak keluar bersiar2 dengan kawan2..

Bercakap mengenai kawan2, saya sememangnya rindu pada kawan2 semasa di bangku sekolah dan di univesiti dahulu.. Rasanya, bagaikan tidak lengkap alam persekolahan dan universiti jika tidak ada “click” atau “group”.  Dari sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, hinggalah ke tahap pengajian tinggi, saya pasti ada 4 orang di dalam “click” saya.. Ye la, kalau 4 orang, maknanya ada 2 pasang dalam click tersebut, jadi yang tidak adalah kawan yang berjalan seorang atau tercicir.. hehe..

Masa di sekolah dulu, walaupun dah jumpa berjam2 di sekolah, kami tetap berhubung dengan telefon pada waktu malam, dari soal kerja sekolah, melarat2 ke perkara lain, apalagi kalau bukan gossip2 macam – siapa abang yang comel kat kelas 5A tu @ siapa yang break up dengan siapa.. Hahahah.. rasa macam minah propa pulak.. Tapi, masa tu, perkara tu dianggap biasa aje..  Lepas SPM, kami semua masih berhubung, masing2 berjanji untuk keep in touch.  Surat demi surat & reunion demi reunion kami hadiri bersama2, a lotttttttt of things to catch up & a lot of surpises happened along the way.  Masa tu juga, rasa macam tak nak kawan dengan orang lain dah, cuma nak stay together between 4 of us, because we were like sisters, tak boleh dipisahkan.. Itu cerita kawan2 sekolah

Masuk ke dunia U, jumpa kawan2 baru.. Di sini, pergaulan mula meluas, kawan2 datang dari berbagai latar belakang.. Dulu di skolah kawan dengan orang2 melaka aje, tapi dah masuk U, kenal dengan orang Selangor, orang KL, orang Neg 9, orang Perak etc etc.. Ia memang memberi kejutan kepada saya.. Saya juga mengambil masa mengenali & rapat dengan click2 di U kerana saya dulunya agak pendiam dan pemalu orangnya (confirm kena gelak gaban dengan kawan2 kalau diorang baca post ni.. hahahahaah) As the time goes by, saya mula rapat dengan beberapa orang teman, itupun kerana kami tinggal serumah & mengambil jurusan yang sama..

4 tahun di UiTM, hubungan kami macam adik beradik juga, susah senang dikongsi bersama, makan minum sama2, we share our stories about our crushes, our love story, our hopes, our dreams, everrything.. We even sleep on the sam bed & pillow!  And as usual, janji akan keep in touch la sampai bila2.. Kami tetap gaduh2 sayang, tapi ikatan persahabatan kala itu sangattttttt erat, sangat rapat, sangat kuat.. We can even finish each other’s line.. kalau waktu cuti semester, pantang hati tergerak @ teringat, pasti tiba2 telefon berdering @ sms berbunyi, pastinya dari teman yang diingati itu..

Saya ingat lagi, salah seorang teman rapat saya – di akhir semester, menangis tersedu2 pada hari terakhir.  She made us promised to keep in touch forever.. I still can recall how bad she cried that day.. But that was long ago..

Kini, masing2 dah bekerjaya.. Dah hampir 7 tahun zaman pembelajaran itu kami tinggalkan.. Dan secara jujurnya, saya telah kehilangan semua kawan2 saya, even the one yang menangis teresak2 dan berjanji untuk bersama2 selama2nya.. Entah mengapa dan di mana silapnya, saya sendiri pun tidak tahu.. Tahun pertama di alam kerjaya, kami masih berhubung, menceritakan kerinduan kami pada waktu2 kami bersama di U.. dan as the time goes by, panggilan telefon, sms & email makin jarang2 diterima.. Saya selalu merasakan, saya seorang saja yang beria2 untuk keep the friendship alive tapi yang lain2 macam terlalu sibuk dengan life masing2..

Teman saya yang menangis teresak2 tu, kini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, memang sangat berjaya, sangat bergaya, walupun dulu dia yang paling selekeh antara kami semua.. Sedikit demi sedikit, dia menjauhkan diri @ mungkinkah kami yang malu mendekatinya lantaran perbezaan jawatan & pangkat?  Entahlah.. tapi memang susah utk menghubungi kawan saya nan seorang ini selepas kami memasuki alam pekerjaan.. Saya cuma tahu perkembangannya di facebook, melihat dia enjoy sana sini dengan teman2 baru di dalam dan luar negara.. Alhamdulillah, I’m sincerely happy for her..

Yang seorang lagi, senyapppppppp selepas kawin, banyak kali juga cuba dihubungi, namun diam membisu.. Kali terakhir kami ketemu, di hari persandingannya, dan kini hanya melihat dia di Facebook..

Yang satu lagi ni, kami still rapat, sehinggalah apabila saya berkahwin.. Dia tidak lagi sms saya macam biasa, call jauh sekali, YM pun dibalas sekali sekala.. Saya memang amat2 terasa hati dengan teman yang seorang ini, kerana antara banyak2 teman, saya palingggggggg rapat dengannya.. terlalu banyak suka duka yang saya kongsi dengannya, terlalu banyak rahsia yang kami pendam bersama, tapi tu lah, sahabat yang saya sangka akan jadi best friend forever ni, cuma best friend for a while.. Saya sangat2 terkilan dengannya.. Saya cuba telefon, sms @ YM beliau, tapi jarang2 dibalas, alasanya SIBUK BEKERJA.. owhhhhh, come on la, dulu pun sibuk kerja, kenapa masih ada masa untuk saya?  Adakah kerana saya dah berkahwin, maka kita dah tak boleh macam dulu lagi??? Sedih sangat, tapi nak buat macam mana, orang tak sudi nak kawan dengan kita, tak kan lah nak terhegeh2 lagi..

Owh, lupa pula saya, kawan2 persekolahan juga semuanya sudah menyepi, berpindah dengan suami & sibuk dengan anak2.. Sepi, senyap, sunyi..

Kini saya cuma ada suami dan adik sebagai “best friends” saya.. Cukuplah adanya mereka, orang2 yang tidak hipokrit & sentiasa bersama saya.. Ya, memang saya akui, perlu ada kawan2 dalam hidup, but people will come and go, so let it be.. Kalau ada yang ingin berkawan dengan saya, saya terima, tapi saya tidak akan mengharapkan lagi persahabatan yang berpanjangan, saya tidak akan mengharapkan lagi kawan2 yang sejati..

Adik2 yang masih belajar, ingatlah, kawan2 tidak akan selama2nya dengan kita, bila masing2 sudah meninggalkan alam persekolahan, alam universiti, masing2 akan bawa haluan masing2.. Mungkin anda yang akan meninggalkan mereka @ mungkin mereka yang akan meninggalkan anda untuk kawan2 baru yang lebih hebat dan bergaya.. Saya akui, amat sukar mencari seorang rakan yang sejati, yang akan bersama2 anda hingga ke akhirnya.. Bagi anda yang telah menemui rakan sejati, tahniah, saya doakan persahabatan anda dirahmati Allah, bagi yang mengalami nasib seperti saya, life must go on.. Sedih, memang sedih, tapi ada hikmah disebalik semua kejadian.. Insya-Allah…

Apa2 pun, saya doakan yang terbaik buat sahabat2 saya ini, di dunia & akhirat.. Aminnnnnnnn

p/s: My biggest appreciation goes to Along for being with me thruout this motherhood journey… Thank you very much Long.. U know who u are ;)

Incoming search terms:

Tandas oh Tandas..

Posted by: Ayuin motivasi
22
Apr

Assallammualaikum..

Semoga kita semua berada dalam lindungan & peliharaan Allah dari segala bala dan malapetaka pada hari ini.. Insya-Allah..

Pagi2 tadi, masa masuk tandas, hati saya dah panassssss semacam.  Masakan tidak, tandas sangatttttttt kotor, ada orang dah membuang, tapi tak tau nak flush.. Hairanlah saya.. Di level saya ni, rasanya semua sekolah hingga tingkatan 5, rasanya semua berpelajaran, tapi bila tiba bab jaga tandas, perangai mengalahkan orang zaman neolitik & paleolitik!!

Satu lagi, memang setiap pagi, akan ada taburan “bunga2″ abu rokok & putung rokok merata2 dalam toilet tu.. Kat sini, perempuan lebih hebat menghisap rokok dari lelaki tau! So, toilet tu memang selalu “berasap”.  Lepas tu, yang tak tahannya, hisap rokok tu sambil tengok cermin yang besar tu, mungkin sedang berangan-angan melakonkan watak apa agaknya di depan cermin tu.. padahal, depan cermin tu, dah ada papan tanda besar – NO SMOKING! Tapi mungkin ada yang tak pagam bahasa @ buat2 tak paham la tu.. Hadoi, macam2 perangai… kata kakak cleaner di tempat saya ni, tandas lelaki lebih bersih dari tandas perempuan, penat dia memberus dan mencuci tandas perempuan setiap pagi..  

Perasaan saya bercampur baur bila cerita tentang tandas ni.. Mana2 saja yang saya pergi (dalam Malaysia la), susah betul nak jumpa tandas yang bersih, terutama yang percuma la, rasa macam masuk dalam loji kumbahan kalau masuk toilet percuma ni. Yang berbayar sekalipun, ada yang kotor juga, rasa tak berbaloi bayar RM0.30 untuk masuk toilet tu.. Air kencing, najis, tisu dan tuala wanita, bersepah2 atas lantai @ di dalam lubang tandas.. Kadang-kadang terbantut “hajat” sebab geli dan loya tengok keadaan tandas tu..

Hairan ye, nama tandas perempuan, tapi kotornya mengalahkan tandas lelaki pulak.. Bukankah perempuan sepatutnya terkenal dengan sifat kebersihan dan ketelitian? Kadang-kadang saya terfikir, macam manalah agaknya tandas di rumah mereka? Kotor dan jijik juga @ dijaga rapi & bersih?  Manusia ni, kalau barang sendiri, biasanya akan dijaga elok2, dibersihkan dan sebagainya, tapi kalau dapat barang free, buat tak endah saja.. Bilalah mentaliti ini akan berubah agaknya???

Rasanya kerajaan pun kena buat 1MALAYSIA, 1TANDAS la, baru semua orang akan jaga tandas elok2.. Ataupun agaknya kena letak seorang Security Guard dalam toilet, setiap kali ada seorang pengguna keluar dari toilet, security guard akan check keadaan toilet, kalau kotor, si pengguna tadi kena cuci sampai bersih, kalau ingkar, kena saman, yang perlu dibayar di pintu masuk toilet.. Hehehhe.. Melampau ke cadangan saya ni? Agaknya kalau buat macam ini, barulah tandas terjaga dengan rapi & bersih..

Satu lagi, mungkin kerajaan kena buat iklan – SAYANGILAH TANDAS ANDA.  Iklan tu mesti tunjuk tata cara yang betul untuk masuk ke tandas, dari saat masuk tandas, buang hajat, flush, buang tisu hinggalah keluar tandas semula. Iklan tu pulak, mesti dimainkan waktu2 prime time, masa berita semasa @ time2 cerita best2 ditayangkan, dan dalam panggung wayang, supaya melekat dalam kepala otak semua orang tatacara yang betul menggunakan tandas.. Pastu, dalam tandas tu sendiri, kena mainkan iklan tu, pasang2 kuat2 supaya mereka ikut semua etika penggunaan tandas!!

Another way is that, pastikan tandas tu ada pinru automatik.. Ni mungkin mahal sikit la, tapi setiap kali orang gunakan tandas, mesin akan tanya – Have u flushed your toilet?  If not, please do so.. 2)  Please throw the tissue inside the bin. Please make sure the toilet is clean.  Haaaaaaaa, dah siap2 semua tu, baru pintu toilet akan dibuka.. Hahahahha.. Maaf, agak biul sikit hari ni, emosi bila cerita pasal toilet ni! :p

Kalau difikir2kan, bukan susah sangat nak flush toilet lepas digunakan, cuma tarik @ tekan saja butang dalam toilet tu.  Tempat buang tisu pun ada disediakan.  Tapi entah mengapa yer, susah sangat tangan tu nak menarik flush tersebut @ buang tisu dalam bekas yang disediakan..

Saya harap, selepas baca post saya ni, kita semua sama2 ambil tanggungjawab menjaga tandas2 di negara kita ni.. kalau kita boleh jaga tandas di rumah agar bersih, harum2, maknanya, kita boleh juga buat benda yang sama pada tandas2 awam.. Kita buat benda yang sama dalam semuaaaa tandas, so tak ada bezanya tatacara penggunaan tandas di rumah @ di luar.  Bersama2lah kita jaga kebersihan, bukankah kebersihan dituntut oleh setiap agama…?  

Malaysia ni tempat tarikan pelancong, tapi kalau masuk toilet, FAIL! Biarlah pelancong2 ni balik ke negara mereka dengan cerita2 baik mengenai negara mereka, dan bukan tentag betapa jijiknya tandas2 kita, ok!  Malaysia boleyyyyyyyy!

Satu Malaysia, Satu Tandas! heheheheh ;)

Incoming search terms:

Orang ikhlas itu tertindas?

Posted by: Ayuin motivasi
19
Apr
Assallamualaikum semua
cuma ingin berkongsi satu petikan email yang saya rasa bagus untuk dijadikan panduan, Insya-Allah

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.
Memang, semua anak-anaknya menjadi.
“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”
“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
 
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah.
 
Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”
Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”
“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”
“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”
Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”
“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Incoming search terms:

Akaun anda telah dikunci!

Posted by: Ayuin Love
14
Apr

Assallammualaikum,

Akaun anda telah dikunci! Itulah tajuk email yang saya dapat pagi ini. (sila lihat screenshot utk detail).

Aduhai, macam2 ragam penipu zaman sekarang untuk mendapatkan wang mudah.  Andai ada penerima yang naif dan lurus bendul, pasti mereka dah log in dan confirmlah si penyangak online ini dapat mengambil semua wang mereka dalam bank tu.  Yang saya hairan, saya tak daftarkan pun email atarina80(@)yahoo.com ni sebagai email utama.. Pandai2 jer diorang ni, agak2 la nak menipu tu oiiiiiiiiii (dengan nada geram & marah giler ni!!)

Sebelum ini, seorang rakan mengalami nasib yang sama, tapi beliau menggunakan akaun Maybank.  Kata rakan saya itu, gajinya masuk pada 28/03 yang lalu. Bila dia pegi ke ATM untuk membuat pengeluaran, dia memang terperanjat sebab baki cuma ada RM7.04 saja.  Bila pemeriksaan dilakukan di cawangan Maybank, duit tersebut telah dipindahkan melalui m2u.com.. Yang menjadi persoalan, kawan saya tu tak pernah log in, dan tak pernah ada pun m2u.com, selama ni beliau keluarkan duit melalui ATM aje..  So, laporan polis pun dibuat, tapi sampai sekarang, tak ada feedback lagi dari maybank.. Dulu saya pernah jugak baca di paper, tentang seorang pegawai keselamatan yang bergaji RM700 sebulan, juga lesap duitnya melalui m2u.. Nampanya pihak maybank harus memandang serius kes2 seperti ini.. Tak kiralah banyak atau sedikit, yang hilang tetap duit, hasil dari penat lelah kita bekerja seharian..

So, berpesan2lah pada semua ahli keluarga, sahabat handai & kenalan – JANGAN LOG IN ATAU RESPOND PADA EMAIL2 YANG MEMINTA KATA LALUAN ATAU APA2 SAHAJA BERKAITAN ON-LINE BANKING ANDA!  Jika anda ragu2, jangan berlengah, terus telefon bank berkenaan untuk mendapatkan kesahihan.. Jangan buat tak endah, penyamun2 skrg ni akan menggunakan berbagai cara untuk mendapatkan duit haram.. So beware ya!

Pada penyamun2 dan penyangak online ni, saya doakan Allah berikan anda petunjuk, taufik & hidayah.. Tak berkat hidup di dunia dan di akhirat makan duit haram ni.. Kalau anda terlepas di dunia, ingatlah di akhirat kelak, pasti ada balasannya..

Incoming search terms:

Assallammualaikum,

Semoga para pembaca berada dalam keadaan ceria dan bersemangat untuk bekerja hari ini.. Hehe..

Ok, kali ini saya nak konsi panduan memilih pakaian yang sesuai pada janji temu (date) pertama.. Setiap orang pasti rasa berdebar2 dan rasa tak menentu untuk keluar dating pada kali pertama.  Biasanya, anda akan terfikir tentang pakaian apa yang harus dipakai kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua2nya mahu tampil cantik, kacak, kemas dan bergaya.

Namun demikian, dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali anda tampil terlebih2 pula.. Ada kalanya, pakaian yang dipakai tidak selesa menyebabkan anda terasa tidak selesa sepanjang date tersebut.  Jadi, apakah yang patut anda pakai pada date kali pertama ini??

Pertamanya – sentiasa ingat bahawa – Pakaian pada janji temu kali pertama mestilah selesa, tetapi bergaya dan sesuai dengan tempat atau aktiviti yang akan anda lakukan.

Keduanya – Sentiasa cuba untuk tampil sesimple yang mungkin.  Gaya anda yang simple itu boleh membuatkan anda kelihatan lebih bergaya.  Bagi perempuan, janganlah pakai terlalu seksi dan ketat sehingga anda tidak boleh bernafas! Huhu.. Bagi lelaki pula, cukup mengenakan sepasang jeans yang bersih, ya saya ulangi, bersih, tidak koyak2, dengan sehelai kemeja putih @ t shirt sahaja.  Warna juga memainkan peranan.  Elakkan memakai warna merah terang, atau warna2 lain yang striking kerana ia menyakitkan mata dan terlalu menonjol.

Ketiga – Pastikan pakaian kena dengan rancangan anda pada janji temu kali pertama itu.  Andai kata anda ingin bermain bowling, pakailah pakaian yang sesuai untuk bersukan.  Jika anda ingin pergi makan malam di tempat yang ekslusif, pakailah pakaian yang bersesuaian, yang manis dan macho. 

 Keempat – Pastikan anda tidak dihiasa terlalu banyak aksesori higga kelihatan seperti “pokok krismas yang bergerak”.. huhuhu.. Para wanita sekalian, cukuplah seutas rantai yang manis, atau seutas gelang yang menampilan kejelitaan anda.  Janganlah pakai semua barang kemas yang anda ada sehinggakan lampu jalan pun jadi malap dek kerana silau barang-barang kemas yang anda pakai ye!  Begitu juga untuk para lelaki, elakkan memakai rantai leher dengan bermacam-macam logo seperti tengkorak, heavy metal dan sebagainya.  Ada perempuan yang takut melihat lelalaki sebegitu tau!! U dont want to lose the girl on your first date!!

Kelima – Pilih kasut yang sesuai!!! Ini juga amat penting.  Untuk perempuan, janganlah pakai kasut tumit tinggi yang 3 inci, kelak anda juga yang tidak selesa berjalan.. Pilih yang sesuai, yang sedang-sedang aja dong.. Hehe.. Anda tentu tidak mahu terjatuh di depan si dia pada kali pertama dating, kan?? Untuk si lelaki, kalau boleh, pakailah kasut sneakers.  Selipar juga memadai tapi janganlah pakai selipar ke jamban pulak bang.. Agak2 la sikit.. Heheheh..

Keenam – Jangan sembur terlalu banyak minyak wangi!! Ingat, anda bukan penyaman udara bergerak!  Cukup dengan satu semburan di kawasan2 nadi seperti leher dan tangan. 

Ok, saya harap tips2 tersebut akan membantu anda sedikit sebanyak pada janji temu kali pertama!!

Incoming search terms:

Hmm.. bagaimana harus saya mulakan yer.. Apabila saya war-warkan kepada beberapa orang teman mengenai ebook panduan cinta untuk lelaki ini, ada yang mengucapkan tahniah, ada juga yang mencebik dan tersenyum sinis dan berkata “ada orang nak beli ker?  berlambak panduan dalam internet dengan majalah.. lagipun orang lelaki nih bukannya minat membaca.. buat penat aje kau tulis buku nih.. cinta ni tak perlu panduan la semua orang tahu.. “  saya cuma tersenyum dan mengucapkan terima kasih atas “semangat” yang diberikan pada saya..

Dalam hidup ni, pada sayalah, kalau kita dengar dan ikut semuaaaaaaaaa yang orang cakap, semuaaaaaaaaaa yang orang komen, cepat putus asa, cepat mengalah pada halangan dan kata-kata orang, memang la kita susah nak berjaya.. Orang ni, tak semua ikhlas dengan kita, ada yang memang tak nak langsung kita menuju puncak (cam AF pulak).. kalau boleh, dia je nak bagus, dia je nak senang..so, kalau anda nak buat sesuatu, dan tau ia akan membuahkan kejayaan pada anda, JUST GO FOR IT!  Peduli apa orang nak cakap.. bukan diaorang yang bagi kita makan, kan? hehheeheheh…  Yang penting, ada perancangan yang betul, anggap semua cacian & cemuhan sebagai kata-kata semangat.. usaha, doa & tawaqal!

Kalau anda sudah ada dalam kepala untuk melakukan sesuatu yang boleh membawa kebaikan dan kesenangan kepada anda, lakukanlah hari ini dengan sepenuh hati & penuh keazaman.. genggam bara appi, biar sampai jadi arang ya!  All the best!

Incoming search terms:

Ya, memang benar, saya dalam proses menyiapkan e-book PANDUAN CINTA UNTUK LELAKI.  Buku berharga RM23.00 ini bukan sahaja untuk lelaki-lelaki yang masih single, tapi juga untuk semua lelaki yang telah berpacaran dan berkahwin, dan untuk para wanita yang masih tercari-cari apa ciri-ciri lelaki idaman dan bagaimana menyemarakkan hubungan cinta anda.

Saya akan memberikan anda voucher percutian secara PERCUMA ke Duta Puri Island Resort, di Pulau Kapas, Terengganu, atau ke Duta Haciendra Riviera Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Pemberian voucher, duit & komisyen adalah seperti berikut:-

1)  200 jualan – komisyen & RM100.00

2)  300 jualan – komisyen & 2 voucher percutian

3)  400 jualan – komisyen & 3 voucher percutian

4)  500 jualan – komisyen & 4 voucher percutian & voucher KFC / Pizza.

Voucher ini sah sehingga 15.04.2010.

Tarikh percutiaan adalah pilihan anda sepenuhnya dan saya akan membuat tempahan bagi pihak anda, namun kekosongan bilik adalah tertakluk kepada pihak resort dan saya tidak bertanggungjawab seandainya anda tidak mendapat tempat pada tarikh yang dikehendaki.  Seandainya kehabisan voucher,  saya akan menggantikannya dengan percutian lain, yang mana tempatnya di jamin sama hebat dan seronok.  Apa lagi, marilah jadi affiliate saya, sambil dapat komisyen, anda dan keluarga dapat cuti-cuti malaysia ke Terengganu atau Port Dickson!

Ikuti dan lawati blog saya sepanjang masa untuk update terkini mengenai buku tersebut!

Incoming search terms:

Pernahkah anda mendengar tentang laman web di atas?  Ya, ambil survey yang telah diberikan dan anda akan dibayar untuk setiap survey!

Survery yang diberikan bukan susah pun, kacang aje.. heheh.. just chose & tick.  Ada juga yang memerlukan anda menulis sedikit pandangan, tapi saya yakin anda boleh.. Hanya klik di ikon sebelah atas blog saya ini, daftar & dapatkan duit dari situ ya!!

Kelas Make-up dengan Kavon

Posted by: Ayuin motivasi
6
Apr

Pada 03.06.09, saya telah menghadiri satu short couse make up dengan Kavon di MAS Training Centre, Kelana Jaya.  Pada anda yang tidak megenali Kavon, beliau adalah satu nama yang cukup gah di arena persolekan.  Bukan sahaja artis Malaysia yang mendapat sentuhannya, malah artis-artis Barat seperti David Blaine, Backstreet Boys dan Black Eye Peas juga telah merasai “tangan ajaibnya”

Aduhai, rasa seperti singkat sungguh masa 3 jam yang diperuntukkan untuk course tersebut, namun pengalaman dan ilmu yang diberikan amat berguna dan bermakna.  Ada satu ayat yang amat mengusik jiwa saya – dalam dunia ini tidak ada perempuan yang hodoh, yang ada hanya perempuan yang malas!  Benar kata-katanya.  Dengan hanya 15 minit sahaja, saya sudah nampak cantik untuk solekan ke pejabat.  Mungkin nasib menyebelahi saya, sepanjang course itu, saya berpeluang menjadi model untuk ditatarias.  Wah, merasa saya “tangan ajaib” yang telah menyolek Datin Siti Nurhaliza, Camelia, Ning Baizura, Ratu-ratu Cantik Malaysia dan artis-artis antarabangsa dengan bayaran hanya RM50.00 sahaja.

Selain itu, saya merasai kebenaran kata-kata Kavon, when you look good, you will feel good.  Betul, tahap keyakinan diri saya bagaikan melonjak apabila melihat wajah saya di cermin. 

Adakalanya, wanita telalu sibuk menguruskan suami, anak2, kerja dan rumah, sehinggakan tiada masa untuk merias dan menyolek wajah.  Saya seru kepada semua wanita, hargailah diri anda, ambil masa untuk kecantikan.  Jangan sampai suami rasa bosan melihat anda.  Jika dulu sebelum berkahwin, anda mampu duduk berjam-jam di depan cermin untuk bersolek, kenapa setelah berkahwin seoles gincu pun tidak dipakai?  Jangan biarkan keselekehan anda menjadi alasan suami cari lain! 

Di tempat kerja pula, jika kita berpakaian kemas dan bersolek ringkas sahaja, cukup sebenarnya untuk membuat orang yakin pada kerja dan kebolehan kita. 

Jika ada peluang untuk free make over atau menyetai kursus2 ringkas untuk solekan, pergilah, belajar & gunakan teknik itu untuk kelebihan anda.

Saya ulang semula sebagai kesimpulan:-

1)  Tidak ada perempuan yang hodoh di dunia ini, yang ada hanya perempuan yang malas

2)  When you look good, you will feel good!

Jadi, jangan lupa berhias dan berdandan untuk diri anda.  Insya allah, jika ada masa, saya akan menulis tips-tips untuk bersolek dengan mudah!

Incoming search terms:

Assallammualaikum..

Apa khabar anda semua? Semoga anda dalam keadaan sihat walafiat & dirahmati Allah s.w.t.

Tanggal 02.04.10 yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri.  Saya dan suami dalam perjalanan ke pejabat ketika menerima berita mengejutkan itu.  Saya tidak sedap hati takala mendengar ERA pagi itu kerana lagu yang dimainkan semuanya sedih2 belaka.  Lantas saya bertanya pada suami “Abang Din dah meninggal ke?”.  “Ish, tak kot..”, jawab suami.  Kami masing2 diam mendengar lagu-lagu tersebut sehingga akhir.  Tamat sahaja lagu itu Dina membuat pengumuman bahawa Abang Din telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 12.30 malam, 02.04.10 yang lalu.  Hampir seminggu bertarung nyawa, akhirnya Allah menjemput Allahyarham Abang Din kembali kepadaNya..

Aduhai, serta merta saya merasa sebak yang amat sangat, rasa kehilangan yang amat mencengkam.  Air mata tak dapat ditahan.. Ya, benar, Allahyarham Abang Din tidak mengenali saya, saya juga tidak pernah bersua muka dengan beliau, tapi setiap pagi saya dan suami, dan rata-rata rakyat Malaysia dihiburkan oleh beliau.. Ketika terkandas dalam kesesakan lalu lintas setiap pagi, lawak jenaka oleh Abang Din melenyapkan kekusutan dan stress akibat kesesakan itu.  Setiap pagi, rasa malas untuk pergi kerja bagaikan terubat dan terhakis mendengarkan kata-kata bersahaja dari Allahyarham Abang Din.  Kini, semua tiada lagi.. yang tinggal hanyalah rakaman2 sawancara yang membuat saya dan suami pecah2 perut tertawa.. Masih tergiang2 lagi suara Allahyarham Abang Din di telinga saya.. Pada saya, beliau satu dalam sejuta.. Senang membuat orang menangis, tapi alangkah payahnya membuat orang lain ketawa dan gembira.  Inilah anugerah Allah yang membuatkan Allahyarham Abang Din sangat istimewa di mata saya..

Ketika menonton rancangan Melodi mengenai pengebumian beliau, air mata saya tumpah sekali lagi, terutama ketika melihat gambar2 tiub2 dan wayar2 di badan beliau.. Ketika ditemubual, Aznil Hj Nawawi mengatakan, Allahyarham Abang Din sentiasa cuba membuat hati rakan2 gembira dan menghilangkan stress mereka dengan membuat mereka ketawa.  Allahyarham Abang Din sering berpesan – jangan bersedih, masalah tidak akan selesai dengan bersedih.. Kerana itulah Allahyarham Abang Din sentiasa cuba menghiburkan sesiapa sahaja yang ditemui, baik yang dikenali ataupun tidak.. Itu membuatkan saya terfikir, bagaimana pula agaknya Allahyarham Abang Din menghilangkan kedukaan beliau?  Mungkin dek kerana sentiasa cuba menghilangkan kedukaan orang lain, Allah melapangkan hidup beliau dari segala masalah..

Saya berdoa semoga Allahyarham Abang Din ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Saya pasti ini juga doa semua peminat2 beliau di mana sahaja mereka berada.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.. Al Fatihah..

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes