Monthly Archives: March 2010

Hasbunallah wa ni’mal wakil..

Assallammualaikum..

Saudara/saudari, pembaca budiman yang saya hormati, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kalimat yang sangat indah.

Hasbunallah wa ni’mal wakil bermaksud – Cukuplah Allah sebagai pelindung kami dan DIA adalah sebaik-baik pelindung..

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda – Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’ Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu.. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

Baginda kemudiannya menyebut kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika dicampakkan ke dalam api, dan dengan izin Allah, api itu menjadi dingin dan selamatkan Nabi Allah itu dari dibakar.. Subahannallah..

Nabi Muhammad s.a.w. juga diriwayatkan menyerbut2 kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil ketika di dalam perang Badar, sehingga Allah memberikan kememangan kepada baginda.

Rakan-rakan pembaca yang dihormati,

Lihatlah betapa pengasih dan penyayangnya Allah terhadap hamba2nya yang berserah diri dan bertawaqal kepadaNya.  Seharusnya, bila kita dalam kesusahan, atau kemurungan, kita kembali pada Allah, berzikir, bersolat sunat, membaca Al-Quran dan bermunajat padanya.  Kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil elok kita jadikan sebagai amalan, kerana ia mampu menenangkan jiwa dan menyejukkan hati.  Ketenangan hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri kepada pencipta kita, Allah s.w.t.

Allah memberikan pertolongan dan ketenangan kepada hamba-hambaNya yang mendekatkan diri kepadaNya.  Dari sini terlihatlah bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindungi dan Maha Mengasihi ketika kita sebagai hamba, menyandarkan diri kita kepadaNya.  Oleh itu, jika anda mendapat sebarang musibah, masalah, tekanan atau kemurungan, usahlah melakukan perkara-perkara bodoh seperti meminum arak, memakan pil2 khayal, bersosial dan melakukan perkara2 di luar batasan dan meratapi masalah yang menimpa, kerana itu semua tidak dapat mengubat kelukaan hati, ia cuma menambahkan dosa dan kesakitan dalam hati anda.  Serahkanlah segala2nya kepada Allah, DIA mengetahui apa yang terbaik untuk anda di dunia dan akhirat.  Ubatilah jiwa anda dengan mengucapkan kalimah Hasbunallah wa ni’mal wakil berkali-kali hingga anda rasa tenang dan lapang.. Allah sentiasa bersama-sama orang yang mengingatiNya.. Marilah kita sama-sama mengamalkan kalimah ini setiap waktu dan setiap ketika, tidak kira waktu susah atau senang, moga rahmat dan keredhaan Allah sentiasa bersama-sama kita di dunia & akhirat.. Insya-Allah..

Pelawat menemui web ini melalui carian:

hasbunallah,hasbunallah wanikmal wakil,hasbunallahu wa ni\mal wakeel,hasbunallah wanimal wakil,hasbunallahu wa nimal wakeel,hasbunallah wani mal wakil,maksud hasbunallah wa nimal wakil,Hasbunallah wa nimal wakil,hasbunallah wa nimal wakil maksud,zikir hasbunallah,yhs-fullyhosted_003,hasbiyallah wanikmal wakil,maksud hasbunallah wa ni\mal wakil,hasbunallah wani\mal wakil,hasbunallah wa ni\mal wakil,hasbunallah wa ni\mal wakil maksud,maksud hasbunallah wa nimal wakeel,kelebihan zikir hasbunallah,maksud hasbunallah wanikmal wakil,doa nabi ibrahim hasbunallah,hasbunallah wanikmal wakil maksud,Hasbunallahu wa nimal wakil,zikir hasbunallah wanikmal wakil,hasbunallah wa nikmal wakil,hasbunallah wa ni mal wakil,zikir hasbunallah wa nimal wakil,Hasbunallah Wani’mal Wakil,hasbunallahu wanikmal wakil,hasbunallahu wa ni\mal wakil,makna hasbunallah wanikmal wakil

Jersi World Cup – Jom Beli!!! RM38.00 Sahaja!!


Assallammualaikum..

Demam World Cup akan bermula tak lama lagiiiiiiii!! Hehe.. Lepas ni ada la yang tido bola, makan bola.. 😉

So, apa kata anda semua bersiap sedia dengan jersi pasukan bola kegemaran masing2, barulah ada lebih “feel” nak tengok bola tu bro!!

Gambar2 di atas adalah jersi2 yang ada dalam stok, anda boleh buat tempahan awal agar tidak terlepas memiliki jersi pasukan bolah kesayangan anda ini!.

Setiap jersi boleh didapati dalam saiz M & XL sahaja.  Ini adalah jersey replica AAA+.  Setiap satu berharga RM38.00 sahaja, dan tambahan RM5.00 (Semenanjung Malaysia sahaja) dikenakan untuk bayaran post.  Anda juga boleh mengambil sendiri dari saya, tempat dihadkan sekitar Kelana Jaya, Subang Jaya & Shah Alam sahaja.!

Bayaran boleh dibuat melalui a/c Maybank, CIMB, Public Bank @ Paypal.  Nombor a/c akan diberikan kemudian, apabila anda telah membuat pemilihan, anda confirm akan beli dan stok ada dalam simpanan.

Tempahan juga diterima, namun anda perlu membayar deposit sebanyak RM10.00 dan jika pembatalan dibuat, deposit TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN!

So, jangan lepaskan peluang ini yaaaaaa!!! Cepat2!! Jom beli jersey!!

Hi Guys!

World Cup 2010 is just around the corner!! So why dont you guys get preapred with a jersey of your favorite team!

All the above pictures are the jerseys that I have in my stock.  You are welcomed to make an early reservation.

Each jerseys are available in size M & XL only.  These are AAA+ replica jerseys, I guarantee you the quality!

Each jersey cost RM38.00 only and an extra RM5.00 (West Malaysia only) is chargeable is you wish to have your jersey posted.  You can also collect the jersey from me, the places are limited at Kelana Jaya, Subang Jaya and Shah Alam only.

Payment can be made thru Maybank, CIMB, Public Bank & Paypal.  The account number will be given later, once you have confirmed to buy and the jersey is still available.

RM10.00 will be charged for each reservation and IT WILL NOT BE REFUNDABLE upon cancellation.. So please make up your mind before reserving, ok guys!

Hurry up, dont miss this chance!!!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

jersi murah rm10,beli jersey online,penghantaran hadiah online,beli hadiah hari jadi online,hadiah birthday untuk kawan perempuan,beli jersi online,birthday present untuk lelaki,jersey bola murah,tempahan hadiah online,beli jersey murah rm 10,hadiah birthday,jersi murah online,jersi terengganu online,hadiah birthday lelaki,hadiah besday,blog jual hadiah,hadiah birthday untuk ibu,jersi murah,pemborong jersi world cup 2014,jual jersi germany online malaysia,jersi world cup 2014 murah,cadangan hadiah untuk isteri,jersi bola rm10,long sleeve jersi terengganu murah,idea hadiah birthday,jersey world cup 2014 murah malaysia,hadiah lelaki jersey

Panduan Membeli Minyak Wangi

Contoh-contoh minyak wangi yang ada di pasaran

Assallammualaikum..

Amboi, wanginya cik adik yang baru lalu depan saya tadi.. Bukan main harum dan kuat bau minyak wanginya, semerbak satu ofis.. Hehehe..

Ada orang yang tidak memilih dalam membeli minyak wangi, asalkan ia dapat membuat badan berbau wangi dan segar, mereka akan membelinya.  Ada pula yang mementingkan jenama, dan tidak membeli sewenang-wenangnya.  Namun demikian, adakah mereka pasti mereka membeli minyak wangi yang tulen?  Di sini saya sertakan beberapa tips membeli minyak wangi yang tulen, Insya-Allah..

1)  Tempat jualan

Minyak wangi yang tulen biasanya dijual di pasaraya-pasaraya besar atau di kedai-kedai yang menjual minyak wangi sahaja.  Kalau dijual di pasar malam atau kedai-kedai runcit, sahihlah itu minyak wangi tiruan!

2)  Harga

Secara amnya, minyak wangi tulen adalah produk yang mahal dan boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit.  Oleh itu, seandainya anda terjumpa minyak-minyak wangi berjenama yang dijual dengan harga yang sangat murah, berkemungkinan besar, ia adalah palsu.

3)  Pembungkusan

Bagi minyak wangi palsu, pembungkusannya biasanya kasar, dengan erti kata lain, material seperti kotak dan plastik nampak sangat murah dan tidak kemas.  Adakalanya, logo dan ejaannya juga salah.  Jadi pastikan anda mempunyai bahan rujukan seperti keratan akhbar atau majalah utk membezakan logo dan ejaan minyak wangi tersebut.  Contohnya – yang asli namanya Ninna Ricci, tapi yang paslu dieja sebagai Nina Ricii.

4)  Bau

Minyak wangi palsu biasanya hanya bertahan sejam dua sahaja.  Untuk menilai baunya, semburkan di atas sekeping kadbod kecil.  Masukkan ke dalam handbag atau dompet anda.  Minyak wangi yang asli akan bertahan sehingga 2-3 hari dan baunya akan melekat dalam handbag atau dompet anda.

So, dah tau tip2 ni, pastikan anda tidak tertipu ya!

Pelawat menemui web ini melalui carian:

minyak wangi,beza perfume original dan tiruan,perbezaan perfume original dengan tiruan,perbezaan minyak wangi original dengan tiruan,perbezaan minyak wangi,minyak wangi dubai,beli minyak wangi online,tips memilih minyak wangi,beza minyak wangi original,perfume original dan tiruan

Telur dadar tidak melekat..

Assallammualaikum..

Apa khabar semua?  Dah makan?

Hari ni nak kongsi satu petua dengan anda.. Saya rasa semua orang suka makan telur dadar, tapi ada kalanya telur melekat di kuali.  Kalau guna non-stick pan, takper la kan, tapi kalau guna kuali biasa, rasa tensen gak bila telur dadar melekat dan jadi pecah.. Kalau guna lebih minyak, memang telur tu jadik cantik, tapi tak sihatlah sebab dah terlalu banyak minyak..

Rahsia ni saya dapat dari seorang tukang masak Thai.  Saya selalu tengok telur dadar yang dibuatnya jadik cantik aje, kalau buat nasi pataya pun, telur tu jadi elok dan tak hangit. Petua beliau ialah, sewaktu memukul telur, masukkan sedikit air, jangan banyak2, cukup dalam sesudu.  Saya macam ragu2 jugak, tapi bula balik rumah & try buat, Subahannallah, memang jadik elok telur dadar tu… hehehehe.. Telur dadar tu jadi gebu dan elok kembangnya..

Satu lagi, kalau nak telur dadar sedap, jangan campurkan bawang & cili ke dalam telur, sebaliknya, goreng dulu bawang & cili tu.  Bila dah naik bau, baru masukkan telur.. Telur yang dipukul tadi juga dicampur dengan sedikit garam dan lada sulah dan dikacau sebati.. Hadoi, perut dah lapar balik, nak gi dapur jap, bikin telur dadar! heheheheh 😉

Pelawat menemui web ini melalui carian:

telur dadar sedap,resepi telur dadar kedai tomyam,telur dadar thai,resepi telur dadar thai,resepi telur dadar gebu,resepi telur dadar sedap,resepi telur dadar ala thai,telur dadar ala thai,telur dadar gebu,resepi telur dadar tebal dan gebu,cara masak telur dadar,resepi telur dadar,resepi telur dadar biasa,telur dadar siam

Stamps, Coins, Bank Notes & Phone Cards Fair, Heritage Hotel

Assallammualaikum,

Hari ini, saya, suami dan adik angkat saya mengunjungi Stamps, Coins, Bank Notes & Phone Cards Fair, yang bertempat di Heritage Hotel, Kuala Lumpur Railway Station.  Pameran ini hanya untuk dua hari sahaja, hari ini dan esok.  Waktu pameran ialah pada 9.30 pagi hingga 5.30 petang, masuk adalah percuma.

Pameran ini pastinya sesatu yang ditunggu2 oleh pengumpul barang2 seperti setem, syiling, duit lama & kad telefon ini.. Sewaktu kami sampai, lebih kurang jam 11.45 pagi, bilik pameran sudah dikunjungi oleh beberapa orang pengumpul.  Saya agak hairan juga mengapa agaknya pameran sebegini tidak mendapat liputan dari akhbar atau radio.. Mungkin kerana ia bukan pameran besar, atau rakyat Malaysia sememangnya tidak menggemari pamaran ilmiah sebegini? Saya sendiri tidak tahu jawapannya.

Berbalik kepada pameran tadi, harga-harga yang ditawarkan adalah berbaloi dan berpatutan.  Sekeping setem lama berharga antara 40sen hingga beratus ringgit, bergantung kepada tahun ia dikeluarkan.  Selain dari barang-barang yang disebutkan di atas, terdapat juga sampul surat hari pertama dan juga poskad-poskad terpakai.  Barang-barang ini semuanya dalam keadaan yang baik, dan ada juga yang bersampul untuk mengelakkan ia terkoyak.. Selain itu, ada satu sudut yang menempatkan beberapa buah buku yang khas menceritakan tetang matawang-matawang asing berserta dengan deskripsinya.  Namun, harga buku2 ini agak mahal.. Walaubagaimanapun, saya pasti, pengumpul buku2 seperti itu tidak akan teragak2 untuk membayar kerana itu adalah minat mereka.  Tambahan pula, buku tersebut berada dalam keaadaan baik, berseta dengan kotak pembalutnya.

Sewaktu kami sibuk memilih poskad, ada beberapa orang warga asing yang masuk.  Saya dapati mereka amat gembira dan bersungguh-sungguh meneliti dan membeli setem dan juga kad telefon.  Berbagai-bagai soalan ditujukan kepada penganjur.  Menurut penganjur, ada seorang warga German yang sanggup terbang ke sini, setahun sekali, semata-mata untuk mencari dan menambah koleksi setem beliau.. bayangkanlah betapa kuatnya pengaruh minat ke atas warga German tersebut! 🙂

Oh ya, buat pengetahuan anda, penganjur ini telah ke serata tempat dan berhubung dengan rakan2nya untuk mencari dan mendapatkan barang2 untuk pameran tersebut.  Beliau telah mengembara ke Singapura, UK, Australia, Amerika, Eropah, Hong Kong & Thailand demi mendapatkan barang2 pamerannya.

Sebenarnya, banyak pengetahuan yang boleh dikumpul dengan membuat koleksi barang-barang seperti setem, duit syiling, duit kertas, poskad dan sampul surat hari pertama ini.  Sebagai contoh, jika anda mengumpul setem, anda akan dapati setem sebenarnya mempunyai nilai2 sejarah, kemanusiaan dan peristiwa-peristiwa.  Ia adalah salah satu cara yang mudah untuk mengetahui tentang dunia atau negeri setempat.  Hanya dengan satu buku setem yang pedat dengan catitan, segala pengetahuan tentang sesuatu peristiwa atau negara itu ada di hujung jari anda.  Setem adalah salah satu hobi yang mendatangkan keseronokan, atau fun to learn bak kata orang2 putih.. hehehe..  Selain dari itu, setem juga mampu memberikan anda pulangan dalam bentuk wang, kerana nilai sehelai setem itu semakin bertambah dan bernilai, mengikut tahun, peristiwa dan kepayahan untuk ditemui (rare items).  Buat pengetahuan anda, beratus-ratus keping setem terjual di ebay setiap hari!  Oh, mungkin jika dipanjangkan umur, saya akan menulis dengan penuh tentang faedah mengumpul barang2 seperti ini 🙂

Baiklah, kepada anda yang berminat, saya sertakan di sini butir-butir lengkap pameran tersebut:-

Stamps, Coins, Bank Notes, Phone Cards Fair

Heritage Hotel,

2nd Floor, Srin Indah Hall,

Kuala Lumpur Railway Station.

Tarikh Pameran:  6 & 7 Mac, 2010

Waktu Pameran:  9.30 hingga 5.30 petang

Masuk adalah PERCUMA

Pelawat menemui web ini melalui carian:

pembeli setem lama,hobi mengumpul setem,karangan upsr hobi kumpul stem,hobi kumpul setem,contoh poskad,kumpul duit lama,Kebaikan mengumpul setem,kumpul setem,pameran duit lama di eropah