Archive for November 30th, 2009

Gigolo tewas di kamar Mak Datin!

Posted by: Ayuin Love
30
Nov

Assallammualaikum w.b.t..

Amboi, semua nampak ceria setelah balik berhari raya di kampung ya.. Hehe.. Saya pun sama, ada semangat sikit nak bekerja..

Haaaaa, tentu anda semua teruja nak baca post kali ini setelah membaca tajuknya.. Tapi, MAAF, tajuk itu cuma untuk menarik perhatian anda sahaja..

Saya perhatikan, manusia lebih senang tertarik untuk membaca artikel2 yang berunsur provokatif dan lucah (maaf).  Kalau saya forwardkan email berunsur nasihat, keagaaman, motivasi, lambatttttttttt jer nak buka dan baca email tu, ada jugak yang terus delete tanpa baca.. Tapi kalau headingnya “NENEK DITANGAP KHALWAT DENGAN REMAJA 18 TAHUN” atau “GADIS GILA SEKS”, wahhhhhh, cepat ajer email itu dibuka..

Terus terang saya katakan, saya malas nak membaca akhbar atau majalah dewasa ini, kerana penuh dengan gossip2 artis, hinggakan hal2 dalam kain pun nak diambil tahu.. Rasa rimas dan sakit mata melihat artis2 kita yang terkangkang sana, terkoyak sini, bagaikan tidak ada duit untuk membeli pakaian yang menutup aurat.. Ada yang tidak segan silu menayangkan lurah dan peha.. Masya-Allah, inilah wanita2 yang berpakaian tapi telanjang.. Email2 yang saya terima tentang cerita artis, semuanya saya delete, malas nak di baca, saya pun banyak kekurangan, buat apalah saya nak tambah lagi dosa dgn membaca keaiban dan melihat aurat orang lain..

Saya sedih sebenarnya dengan fenomena ini.. Terasa bagaikan segelintir manusia sekarang tidak endah lagi pada hal2 akhirat, sibuk jaga dalam kain orang lain dan tidak gemar pada benda2 yang berunsurkan pengetahuan dan ibadat.. Kalau ada yang membaca pun, cuma sepintas lalu, tidak dihiraukan isinya..

Adakah anda salah seorang dari segelintir yang saya sebutkan di atas?  kalau ya, semoga anda mendapat petunjuk dari Allah untuk berubah menjadi orang yang soleh dan berebut2 mencari dan mempelajari Islam dalam usaha mendekati yang Esa..

Ingat, di akhirat kelak anda akan ditanya tentang amalan dan ibadat anda.. Janganlah nanti di sana anda menyesal kerana “mengforwardkan” keaiban dan cerita2 gossip yang anda sendiri tidak tahu benar atau salah kepada rakan2 anda.. Sesungguhnya amalan kita akan dihitung walaupun sebesar zarah! Renung2kan, dan selamat beramal!

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes