Archive for November 18th, 2009

Assallamualaikum,

Saya sekarang menghadapi masalah teknikal dengan borang pengesahan pembelian ebook Panduan Cinta Lelaki..  Saya cuma dapat pengesahan dari M2u @ CIMB tentang pembayaran, namun email pengesahan tidak kunjung tiba.. Saya dalam proses menyelesaikan masalah ini dengan pembekal hosting & domain saya.

Saya mohon jasa baik semua pembeli ebook panduan cinta lelaki, sila SMS kepada saya butir2 berikut setelah pembelian di buat:-

1)  Nama penuh

2)  Cara pembayaran

3)  Email anda

Nombor untuk di sms ialah – o16/3645324.

Ini adalah untuk mengelak kelewatan penghantaran.  Ada pembeli yang telah membeli sejak hari Ahad yang lalu, masih belum menerima ebook.  Mujur beliau menghantar email kepada saya.  Jadi, jangan lupa ye, SMS butir2 kepada saya supaya anda dapat membaca & mempraktikkan tips2 di dalamnya secepat yang mungkin! ;)

Terima kasih..

Incoming search terms:

Assallammualaikum,

Para pembaca yang dikasihi, moga Allah melimpahkan keampunan dan rahmatNya untuk kita hari ini..

Saya ingin berkongsi dengan anda beberapa doa yang saya perolehi dari internet dan buku.  Doa2 ini pendek sahaja, dan mudah dihafal.  Saya mohon maaf kerana tidak dapat memberi doa tersebut dalam tulisan jawi, tapi saya akan memberikan bacaannya dalam bentuk rumi.  Harap anda semua dapat mencari doa2 tersebut dalam tulisan jawi agar lebih tepat sebutan huruf2nya.. Jazakallah..

DOA BANGUN DARI TIDUR

Seharusnya, sebagai seorang hamba Allah yang sentiasa bersyukur, kita harus mengucapkan Alhamdulillah apabila kita bangun di waktu pagi, dan bersyukur kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk hidup dan beramal kepadaNya.  Doa bangun tidur yang boleh anda amalkan setiap pagi ialah:

Alhamdulillahil ladzi ahyaana ba’da maa amaatana wa ilaihin nusyur. .

Maknanya – Segala puji bagai Allah yang menghidupkan kami setelah dimatikan (yakni tidur) dan kepadaNya kami semua akan kembali.

Doa tersebut sebaik2nya dibaca dengan penuh kesyukuran dan keinsafan kepada Allah.

Setelah itu, bangunlah, dan bersugi, mandi dan berwuduk untuk mengerjakan solat Subuh.

Usai solat Subuh, ada 2 doa yang saya ingin saya kongsikan dengan anda.

1)  Allahhumma inni as-alukal jannata wa a’uuzubika minan nar

Maksudnya – Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu agar dimasukkan ke dalam syurga dan aku berlindung kepadaMu dari neraka.

2) Hasbiyallahu laa ilaaha illa huwa ‘alaihi tawakaltu wa huwa rabbul ‘arsyil ‘azim

Maksudnya – Allah lah yang mencukupi (segala keperluanku), tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, kepadaNya aku bertawaqal.  Dialah Tuhan ‘Arasy yang Agung.

Bacalah doa ini sebanyak 7 kali setiap hari, di waktu pagi atau selepas usai solat setiap waktu.  Rasullullah telah bersabda, yang bermaksud – Sesiapa membaca doa ini di waktu pagi dan petang sebanyak 7 kali, Allah akan mencukupkan baginya segala urusan dunia & akhirat yang menjadi perhatiannya – Hadis Riwayat Ibn Sunni & Abu Daud.

Saudara & saudari, sesungguhnya sesuatu sedikit dan kecil. andainya dilakukan secara istiqamah, itulah yang lebih disukai oleh Allah.. marilah kita sama2 berlumba2 mencari keredhaan dan keampunan Allah.. Jika anda ada doa2 yang baik untuk dikongsikan, silalah post di bahagian komen.. Terima kasih..  :)

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes