Archive for August 24th, 2009

Assallammualaikum kawan-kawan,

 

Saya memanjangkan email dari Uztad Syukri, tentang harapan dan bantuan yang boleh kita hulurkan untuk anak-anak yatim & miskin di Taman Baiduri.  Harap anda boleh cut & paste, dan hantarkan melalui email kepada rakan-rakan anda.  Moga Allah merahmati & memberkati usaha kita yang tidak seberapa ini.. Jazakallah..

IMPIAN RAMADHAN KAREEM

Rayuan Sumbangan Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

Sabda Rasulullah SAW

Apabila matinya anak Adam,, maka putuslah segala amalanya.

Kecuali tiga perkara; Sedekah Jariah (sedekah yang bekekalan), ilmu yang dimanfaatkan dana anak soleh yang mendoakan

RIWAYAT MUSLIM

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjangkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita diberi ruang dan peluang untuk menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan harapan yang satu, kita berharap Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu.

Ramadhan adalah bulan ibadat, bulan yang dituntut supaya kita semua melipat gandakan amalan ibadat kita kerana ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT amat besar. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pengorbanan yang menuntut kita berkorban bukan sahaja untuk melawan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga berkorban untuk mereka yang kurang bernasib seperti golongan miskin dan anak yatim.

Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (RAYM Taman Baiduri) mempunyai 16 orang anak lelaki yang berusia 7-15 tahun. Anak-anak ini datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang perit. Keperitan hidup yang dilalui oleh sebahagian mereka sebelum berpindah ke RAYM Taman Baiduri terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seperti kita semua, mereka juga akan menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.

Kami berazam untuk menjadikan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini sesuatu yang bermakna dan detik pertama yang boleh menganjak diri mereka daripada keperitan dan kedukaan kepada keceriaan dan kegembiraan. Kami juga berazam untuk mengubah juadah berbuka puasa mereka sebelum ini daripada ’nasi, kicap dan air sejuk’ kepada ’nasi, ikan, sirap dan buah’. Kami juga berazam untuk menjadikan Syawal mereka daripada ”tiada baju raya’ kepada ’sehelai T-shirt dan kain pelikat’. Kami hanya merancang berdasarkan kemampuan yang ada.

Kami menyeru kepada semua muslimim dan muslimat yang dikasihi Allah untuk bersama-sama dengan kami memberi sedikit KASIH SAYANG buat anak-anak di RAYM Taman Baiduri ini dengan menghulurkan sedikit keceriaan, kegembiraan dan keprihatinan dalam apa jua bentuk sedekah dan sumbangan yang termampu untuk mereka menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.

Setelah hampir enam bulan beroperasi, RAYM Taman Baiduri masih mengharapkan bantuan dan sokongan semua pihak untuk terus kukuh berdiri menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik di sini agar mereka semua menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Keperluan asas masih belum mencukupi dan kemudahan rekreasi dan sosialisasi masih belum mampu disediakan. Sehubungan itu, RAYM Taman Baiduri membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh muslimim dan muslimat untuk melakukan amal jariah sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

 

”Di Sini Hari Kita Bersatu”

Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

No. 11A, Jalan 2
Taman Baiduri
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-87688507 (pejabat)
019-6539701 (En. Shukry Latar – Pengerusi)
012-5774873 (Ust Helmi Jamaluddin – Timb. Pengerusi)
012-9520396 (Utz Fuad Hilmi – Timb. Pengerusi)
012-2904873 (Dr. Haji Lukman – Pekerja Sosial)
013-9183228 (En. Izaha Ismail – Penyelia)


NOMBOR AKAUN

 

· MAYBANK ISLAMIC BERHAD , ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI.

(162834034545).


· CIMB BANK , CAWANGAN DENGKIL. ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI.  

(1267-0005898-52-4 )

Incoming search terms:

Senyumlah sikit, bang!!

Posted by: Ayuin Love
24
Aug

Assallammualaikum..
Alhamdulillah, dah masuk hari ke 3 kita berpuasa.. Rasa tenang & seronok sepanjang berpuasa ni..

Seperti kelaziman, membeli belah di pasar ramadhan salah satu aktiviti yang pasti dilakukan sepanjang bulan ramadhan ni.. Masa ni lah macam2 kuih, macam2 lauk, macam2 air yang kita jumpa.. Rambang mata nak buat pilihan..

Saya dan suami bisanya hanya membeli kuih untuk berbuka puasa.. Salah satu kuih kegemaran saya ialah tepung pelita.. Sebut pasal kuih nih pun saya dah kecur.. hahah..

Alkisahnya, semalam saya pergi la mencari kuih ini dengan suami.. Cari punya cari, akhirnya jumpalah di salah satu gerai.. Hati saya seronok bukan kepalang, tapi alahai, patah selera bila melihat wajah penjual yang maca mencuka.. Bila saya tanya berapa harga kuih itu, jawapannya acuh tak acuh sahaja, tak tengok muka saya pulak tuh.. Astagfirullah.. Saya beristigfar beberapa kali, sebab geram tengok kelakuannya.. Dua-tiga orang yang melihat kelakuannya, terus pergi, tak jadi membeli.. Saya pun tarik tangan suami, terus jalan, rasa meluat pula tengok cara layanan dia.. Patutlah kuih2 dia banyak lagi, walaupun jam dah pukul 6 masa tuh, agaknya orang rasa meluat tengok cara dia menghargai pelanggan..

Abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, yang berniaga di pasar ramadhan, ingatlah, bulan ini bulan rezeki untuk anda, seharusnya, anda bersyukur setiap kali ada pelanggan yang singgah, kerana mereka membawa rezeki untuk anda.. Senyumlah sikit.. maniskan muka, walaupun anda letih berniaga, tapi kalau anda melayan pelanggan dengan baik, di penghujung hari, anda mendapat duit & keuntungan, dan kami pula kenyang perut & berpuas hati.. hohoho..

Satu lagi, saya harap janganlah cekik darah bila letak harga.. Air teh bunga, air cincau, air mata kucing, dijual pada harga RM3.00 sebungkus, sedangkan modal tak seberapa.. Kesian orang2 yang berpendapatan rendah, tapi teringinnak belikan untuk anak2.. Agak2la bila letak harga tuh… Dah la harga mahal, rasa pulak, macam air kosong dengan pewarna saja..

Masya-Allah, semoga Allah ampunkan dosa saya.. Tiada niat untuk mengumpat, mencela, hanya menyedarkan sahaja..

Renung2kan & selamat beramal!

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes