Archive for August, 2009

Assallammualaikum,

Syukur Ahhamdulillah,  sudah 5 hari kita berpuasa, semoga Allah panjangkan umur kita semua untuk berpuasa sepanjang Ramadhan ini..

Hari ini saya kongsi 5 lagi Asmaul Husna untuk amalan anda semua.

Al Mu’min membawa maksud Yang Maha Pemelihara Keamanan.  Sesiapa yang mengamalkan membaca Ya Mu’min sebanyak 136kali setiap hari, maka Insya-Allah, diri dan hartanya diperlihara dari sebarang perkara yang menakutkan dan juga bencana.

Al Muhaimin pula bererti Yang Maha Memelihara.  Khasiat2 Asmaul Husna ini ialah dibersihkan zahir dan batin, dan bercahaya hatinya jika diamalkan 100kali selepas solat sunat dua rakaat, terutama di waktu malam.  Ia juga bagus diamalkan oleh pelajar2, kerana jika anda mengamalkannya sebanyak 145 kali setiap hari selepas solat Isyak, Insya Allah, Allah akan memberikan dia kelebihan dengan menguatkan hafalan & ingatannya.

Seterusnya ialah Al Aziz.  Al Aziz bermaksud Maha Mulia. Fadilatnya ialah, dengan membacanya 40kali setiap hari, selama 40 hari, Insya Allah, kita akan dikurniakan kekayaan serta dimuliakan oleh Allah. Sebaik2nya, zikir Ya Aziz ini diamalkan setaipa hari selepas olat Subuh.

Maha Perkasa, itulah pengertian Al Jabbar.  Zikirlah Ya Jabbar sebanyak 206 atau 226 kali pada waktu pagi dan petang, Insya-Allah, kita terlindung dari kekejaman orang-orang yang zalim, dan Allah akan membalas pula kejahatan orang-orang yang zalim itu.

Asmaul Husna yang terakhir untuk post kali ini ialah Ya Mutakabbir, Yang Megah.  Khasiat Ya Mutakabbir ini ialah, dengan pembacaan sebanyak 662 kali setiap hari, Allah akan menundukkan orang-orang yang sombong dan takabur kepada pembacanya.  Satu lagi kebaikannya ialah, zikirlah Ya Mutakabbir sebelum bersetubuh dengan isteri, Insya-Allah, anda akan dikurniakan anak yang soleh dan sihat.

Subahanallah, tak terkira banyaknya kebaikan yang boleh kita dapati dari Asmaul Husna ini.  Walaupun ianya nampak mudah, tak ramai yang mengamalkannya.. Jadi, apa kata mulai bulan ini, kita beramal dengan Asamul Husna ini, dan kemudiannya menjadikan ia amalan harian hingga kahir hayat.. :)

Moga kita semua mendapat kebaikan dari Asmaul Husna ini.. Amin…

Incoming search terms:

Assallammualaikum kawan-kawan,

 

Saya memanjangkan email dari Uztad Syukri, tentang harapan dan bantuan yang boleh kita hulurkan untuk anak-anak yatim & miskin di Taman Baiduri.  Harap anda boleh cut & paste, dan hantarkan melalui email kepada rakan-rakan anda.  Moga Allah merahmati & memberkati usaha kita yang tidak seberapa ini.. Jazakallah..

IMPIAN RAMADHAN KAREEM

Rayuan Sumbangan Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

Sabda Rasulullah SAW

Apabila matinya anak Adam,, maka putuslah segala amalanya.

Kecuali tiga perkara; Sedekah Jariah (sedekah yang bekekalan), ilmu yang dimanfaatkan dana anak soleh yang mendoakan

RIWAYAT MUSLIM

Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjangkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya kita diberi ruang dan peluang untuk menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Dengan harapan yang satu, kita berharap Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari tahun-tahun yang terdahulu.

Ramadhan adalah bulan ibadat, bulan yang dituntut supaya kita semua melipat gandakan amalan ibadat kita kerana ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT amat besar. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan pengorbanan yang menuntut kita berkorban bukan sahaja untuk melawan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga berkorban untuk mereka yang kurang bernasib seperti golongan miskin dan anak yatim.

Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (RAYM Taman Baiduri) mempunyai 16 orang anak lelaki yang berusia 7-15 tahun. Anak-anak ini datang dari pelbagai latar belakang, pengalaman dan sejarah hidup yang perit. Keperitan hidup yang dilalui oleh sebahagian mereka sebelum berpindah ke RAYM Taman Baiduri terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Seperti kita semua, mereka juga akan menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.

Kami berazam untuk menjadikan Ramadhan dan Syawal pada tahun ini sesuatu yang bermakna dan detik pertama yang boleh menganjak diri mereka daripada keperitan dan kedukaan kepada keceriaan dan kegembiraan. Kami juga berazam untuk mengubah juadah berbuka puasa mereka sebelum ini daripada ’nasi, kicap dan air sejuk’ kepada ’nasi, ikan, sirap dan buah’. Kami juga berazam untuk menjadikan Syawal mereka daripada ”tiada baju raya’ kepada ’sehelai T-shirt dan kain pelikat’. Kami hanya merancang berdasarkan kemampuan yang ada.

Kami menyeru kepada semua muslimim dan muslimat yang dikasihi Allah untuk bersama-sama dengan kami memberi sedikit KASIH SAYANG buat anak-anak di RAYM Taman Baiduri ini dengan menghulurkan sedikit keceriaan, kegembiraan dan keprihatinan dalam apa jua bentuk sedekah dan sumbangan yang termampu untuk mereka menyambut Ramadhan dan Syawal pada tahun ini.

Setelah hampir enam bulan beroperasi, RAYM Taman Baiduri masih mengharapkan bantuan dan sokongan semua pihak untuk terus kukuh berdiri menjaga kebajikan anak-anak yang kurang bernasib baik di sini agar mereka semua menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan akhirat. Keperluan asas masih belum mencukupi dan kemudahan rekreasi dan sosialisasi masih belum mampu disediakan. Sehubungan itu, RAYM Taman Baiduri membuka peluang seluas-luasnya kepada seluruh muslimim dan muslimat untuk melakukan amal jariah sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini.

 

”Di Sini Hari Kita Bersatu”

Rumah Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri

No. 11A, Jalan 2
Taman Baiduri
43800 Dengkil, Selangor

Tel: 03-87688507 (pejabat)
019-6539701 (En. Shukry Latar – Pengerusi)
012-5774873 (Ust Helmi Jamaluddin – Timb. Pengerusi)
012-9520396 (Utz Fuad Hilmi – Timb. Pengerusi)
012-2904873 (Dr. Haji Lukman – Pekerja Sosial)
013-9183228 (En. Izaha Ismail – Penyelia)


NOMBOR AKAUN

 

· MAYBANK ISLAMIC BERHAD , ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK-ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI.

(162834034545).


· CIMB BANK , CAWANGAN DENGKIL. ATAS NAMA TABUNG KEBAJIKAN RUMAH ANAK YATIM / MISKIN TAMAN BAIDURI.  

(1267-0005898-52-4 )

Incoming search terms:

Senyumlah sikit, bang!!

Posted by: Ayuin Love
24
Aug

Assallammualaikum..
Alhamdulillah, dah masuk hari ke 3 kita berpuasa.. Rasa tenang & seronok sepanjang berpuasa ni..

Seperti kelaziman, membeli belah di pasar ramadhan salah satu aktiviti yang pasti dilakukan sepanjang bulan ramadhan ni.. Masa ni lah macam2 kuih, macam2 lauk, macam2 air yang kita jumpa.. Rambang mata nak buat pilihan..

Saya dan suami bisanya hanya membeli kuih untuk berbuka puasa.. Salah satu kuih kegemaran saya ialah tepung pelita.. Sebut pasal kuih nih pun saya dah kecur.. hahah..

Alkisahnya, semalam saya pergi la mencari kuih ini dengan suami.. Cari punya cari, akhirnya jumpalah di salah satu gerai.. Hati saya seronok bukan kepalang, tapi alahai, patah selera bila melihat wajah penjual yang maca mencuka.. Bila saya tanya berapa harga kuih itu, jawapannya acuh tak acuh sahaja, tak tengok muka saya pulak tuh.. Astagfirullah.. Saya beristigfar beberapa kali, sebab geram tengok kelakuannya.. Dua-tiga orang yang melihat kelakuannya, terus pergi, tak jadi membeli.. Saya pun tarik tangan suami, terus jalan, rasa meluat pula tengok cara layanan dia.. Patutlah kuih2 dia banyak lagi, walaupun jam dah pukul 6 masa tuh, agaknya orang rasa meluat tengok cara dia menghargai pelanggan..

Abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, yang berniaga di pasar ramadhan, ingatlah, bulan ini bulan rezeki untuk anda, seharusnya, anda bersyukur setiap kali ada pelanggan yang singgah, kerana mereka membawa rezeki untuk anda.. Senyumlah sikit.. maniskan muka, walaupun anda letih berniaga, tapi kalau anda melayan pelanggan dengan baik, di penghujung hari, anda mendapat duit & keuntungan, dan kami pula kenyang perut & berpuas hati.. hohoho..

Satu lagi, saya harap janganlah cekik darah bila letak harga.. Air teh bunga, air cincau, air mata kucing, dijual pada harga RM3.00 sebungkus, sedangkan modal tak seberapa.. Kesian orang2 yang berpendapatan rendah, tapi teringinnak belikan untuk anak2.. Agak2la bila letak harga tuh… Dah la harga mahal, rasa pulak, macam air kosong dengan pewarna saja..

Masya-Allah, semoga Allah ampunkan dosa saya.. Tiada niat untuk mengumpat, mencela, hanya menyedarkan sahaja..

Renung2kan & selamat beramal!

Incoming search terms:

SELAMAT BERPUASA!

Posted by: Ayuin motivasi
21
Aug

Assallammualaikum..

Buat semua pembaca & pengikut setia blog ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada anda semua!!

Semoga dengan kedatangan Ramadhan ini, kita lebih menginsafi diri, bertaubat & beramal soleh pada Allah..

Pada yang tergerak hati nak memakai tudung bulan Ramadhan nih, semoga anda masih bertudung selepas bulan Ramadhan..

Pada yang berhenti pakai baju seksi2, skirt pendek, baju sleeveless, baju jarang, semoga berkekalan la sampai bila2…

Pada yang bercadang nak berhenti jadik makcik kepoh bulan puasa nih, semoga Allah pelihara anda dari keaiban..

Pada yang berniat untuk bersedekah pada bulan puasa ni, semoga amalan itu berterusan setiap waktu…

Pada yang bertekad nak jaga solat 5 waktu, tak nak miss satu waktu pun, Alhamdulillah, semoga solat anda diterima Allah, dan anda tetap menjaga solat 5 waktu selepas berakhirnya bulan Ramadhan…

Pada yang nak buat solat sunat dhuha, tahajud, witir & hajat semasa Ramadhan, semoga ia kekal jadi amalan harian..

Saudara/saudari, maaflah kalau ayat di atas macam diulang2, pokok pangkalnya, saya ingin menyeru anda semua… Janganlah berbuat amal kebajikan pada bulan Ramadhan sahaja, sebab bulan Ramadhan bukan “MUSIM SEMENTARA UNTUK BUAT KEBAIKAN”.. Kebaikan, pahala dan keredhaan Allah harus dicari setiap hari, setiap saat, setiap ketika, bukan hanya bulan Ramadhan.. Jangan hanya menjaga aurat di bulan Ramahdan, tapi selepas itu, anda kembali membiarkan mata-mata liar ghairah menjilat aurat anda.. Jangan berhenti mengumpat di bulan Ramadhan, tapi lepas tu sibuk jaga tepi kain orang, tepi kain kita pun ada cariknya cik kak.. heheh.. Kemudian, janganlah bersedekah di bulan Ramadhan semata2 ingin menunjuk2, tak berkat pun tuan2/puan2…

Sebenarnya, memang bulan Ramadhan dibuat titik awal kepada perubahan, namun yang menyedihkan saya, perubahan itu hanya satu bulan sahaja, demi menghormati Ramadhan, selepas itu, semuanya kembali sedia kala..

Oleh itu, saya seru kepada anda semua, jika anda betul2 ingin berubah, menjadi orang mukmin yang sentiasa merindukan keredhaan, keberkatan dan syurga Allah, maka berubahlah secara menyeluruh, bertekadlah untuk berubah menjadi insan yang beriman, berilmu dan beramal soleh, sehingga akhir hayat, bukan pada bulan Ramadhan sahaja, ok!! :)

Sekali lagi, saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan, selamat berpuasa, semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada kita semua, dan semoga rahmat dan keredhaanNya melimpah ruah untuk kita, hingga akhirat kelak..

Renung2kan, dan selamat beramal! ;)

Incoming search terms:

Suami saya sudah BEBAS!!!

Posted by: Ayuin Love, motivasi
19
Aug

Assallammualaikum!

Hai semua!!! Lagi 3 hari kita akan berpuasa! Tak sabar rasanya nak menyambut bulan yang mulia ini.. :)

Bulan puasa memang dikenali sebagai bulan mengawal nafsu, bulan menambah amalan, dan bulan saling bermaafan antara kita..

Namun, pada bulan puasa juga, bulan yang agak mencabar bagi orang-orang lelaki yang merokok.. Ada yang nampak tak bermaya, ada yang nampak letih, dan ada yang nampak sedihhhhhhh jer, kerana tak dapat bersarapan dengan asap.. Huhuhu.. Maaf, kalau ada yang marah membaca post saya ini, tapi saya pasti kata-kata saya ini ada benarnya..

Mungkin ada yang berkira2 mahu behenti merokok di bulan puasa ini, ada yang berjaya, ada yang tidak.. Yang pastinya, sekali sudah merokok, akan mengambil masa untuk berhenti..

Saya tahu, payah untuk berhenti menikmati asap maut ini, kerana suami saya merupakan seorang perokok tegar sebelum ini.. Asap rokok ialah makanan harian beliau.. 2 tahun bercinta dan setelah berkahwin dengannya, hanya ini sajalah tabiat buruknya yang sangattttttttt saya benci. Smoking, the one and only thing that really annoys me.. Setiap hari saya merajuk dengannya bila dia merokok.. huhuhu

Setiap hari, dalam 2 tahun ini juga, saya buat berbagai2 cara untuk buat dia berhenti.. Dari cara yang halus, hinggalah cara yang kasar.. Saya marah, membebel, bawa balik semua keratan akhbar, suratkhabar, artikel internet, dan apa2 saja risalah tentang keburukan merokok.. Jika itu tidak mencukupi, saya merajuk, diammmmm saje sepanjang hari hingga dia pun tak tau macam mana nak pujuk..

Penghujungnya, saya “tawan” dia dengan cara psikologi.. Saya tahu, suami amat sayangkan saya, amat cintakan saya, dia memang tak suka dan tak boleh lihat saya bersedih.. Saya katakan padanya “Sayang, awak tak sayang B ke? Bila awak hisap rokok tu, awak bukan rosakkan buah pinggang, jantung, hati, otak dan paru2 awak saja tau, awak rosakkan buah pinggang, jantung, hati, otak dan paru2 B juga tau.. Pastu, rahim B pun boleh rosak kalau hidu asap rokok tuh hari2..” Pastu saya sambung lagi “Membazir aje hisap rokok tu, hari2 sayang bakar duit, lepas tuh bukan tambah kebaikan, mendatangkan banyak keburukan pada kita dan orang sekeliling kita.. Atmosfera pun tercemar sebab asap rokok sayang tuh.. Orang sekeliling pun tak suka dengan bau asap rokok tu..”

Then, saya pyscho lagik “B tak nak sayang mati dulu sebelum B.. B nak hidup lama dengan sayang, ada anak2, ada cucu2, pergi menunaikan haji sama2..”

Pastu saya bagi penutup membunuh “Tapi, kalau awak tak sayang kat B, takper la, hisap jer la rokok tu sampai bila2, rokok tuh lagik penting dari B.. ”

Suami peluk saya dan cakap “Ok laaaaaaaa, saya janji saya berhenti mulai esok”.. Yeayyyyyyyyyyy! Berjaya memujuk setelah sekian lama! heheheh

Esoknya, suami berpegang pada janji.. Namun dalam masa seminggu, saya terasa juga “tamparan” akibat kekurangan nikotin dalam otak dan badan suami.. Dia jadi moody, dan susah tidur.. salah cakap, memang kena marah.. huhhu.. Sedihnya masa tu, samapi saya cakap dengan dia, “Yang, kalau kamu rasa tak boleh nak berhenti, teruskan je la hisap rokok, B tak sanggup tengok kamu marah2 macam ni, u act like somebody else, not my lovely, sweet hubby… ” Owh, dia menafikan dia marah2, moody, tapi saya memang perasan sangat.. dia kan suami saya.. I know him inside out la! Hehheheh

Tapi, Alhamdulillah, berkat KEAZAMAN dan KEKUATAN MENTAL yang ada padanya, DIA SUDAH BERJAYA BERHENTI MENGHISAP ROKOK!! Masuk bulan ini, sudah 3 bulan dia berhenti!! Suami saya sudah BEBAS dari ROKOK!!! Tahniah buat suamiku… :)

Buat anda semua yang masih berkira2, masih berfikir untuk berhenti, teruskanlah usaha murni anda.. Jadikan bulan puasa ini permulaannya.. Kuatkan azam & semangat, anda PASTI BOLEH!! Mungkin tips2 ini boleh anda gunakan untuk berhenti merokok:-

1) Niat untuk berhenti merokok kerana Allah
2) Tandakan di kalendar tarikh anda bertekad untuk berhenti merokok
3) Buang semua benda yang mengingatkan anda pada rokok – ashtray, lighter, kotak rokok kosong
4) Beli Febreeze, sembur pada tilam, sofa, langsir & karpet dan mana2 tempat yang dah menyerap bau rokok.. Kalau boleh, cuci semua alas2 bantal, cadar, alas sofa etc
5) Beli pewangi rumah seperti ambi pur @ glade, dan sembur rumah anda setiap hari, atau beli yang ada penyembur automatik
6) Kunyah chewing gum, @ gula2 setiap kali ingin hisap rokok
7) TOLAK semua pelawaan untuk hisap rokok, dan umumkan bahawa anda sedang dapam proses berhenti merokok.. Biarlah mereka ketawa.. Mereka sebenarnya yang rugi..
8) Minum banyak jus2 seperti jus epal, jus oren dan jus lemon.. Anda juga boleh minum air halba.. ia baik untuk membantu anda berhenti merokok.. Hanya rendamkan halba itu semalaman, dan minum esoknya. Anda juga boleh amalkan makan madu..
9) Cari girlfriend @ suruh isteri anda membebel @ mengingatkan anda agar berhenti merokok setiap hari (seperti yang saya lakukan! hahahahah)

Ok, itu antara tips2 yang saya amalkan ketika dalam proses membuat suami berhenti dari merokok.. Ingat, yang paling pernting ialah KEKUATAN MENTAL!!! Sentiasa fikirkan YANG ANDA BOLEH BERHENTI MEROKOK!!!

Saya doakan anda semua juga berjaya membuang tabiat menyedut asap maut itu.. Ingat orang2 yang anda sayangi, mereka juga terkena kesan dari perbuatan sia2 anda itu..

To my hubby – CONGRATS MY LOVE, u are such a wonderful man, and u will always be.. Love u so much!

Incoming search terms:

Assallammualaikum..

Apa khabar anda semua? Maaf sebab dah lama tak update pos, saya agak sibuk sekarang nih..

Saya terpanggil untuk menulis mengenai “anugerah” yang diberikan kepada seniman2 kita yang telah meninggal dunia ini.. Ya, anugerah seperti pangkat kebesaran dan sebagainya.. Saya tidak mahu menyebut nama alahyarham2 dan mendiang2 yang telah meninggalkan kita, tidak mahu menjadikan blog ini kontroversi atau dibenci sesetengah pihak.. hehehh… Saya akan nyatakan secara umum, secara global sahaja..

Mungkin, bagi sesetengah pihak, darjah kebesaran patut diberikan kepada seniman2 ini kerana mereka banyak berjasa pada dunia seni tanahair.. Lantas, gelaran Datuk, Tan Sri diberikan kepada mereka.. Namun, pada saya, persoalannnya, kenapa tidak diberikan kepada seniman2 dan seniwati2 yang masih hidup, yang masih memberikan sumbangan dalam bidang seni ini? Ramai pelakon2 lama, dan penyanyi2 lama yang banyak menabur bakti kepada dunia seni dan perfileman tanahair, namun tidak dipandang atau mungkin dilupakan sahaja..

Owh, mungkin saya ini buta seni, buta tentang filem, buta dalam menilai siapa yang terbaik untuk diberikan penghargaan, tapi saya masih diberikan akal fikiran untuk berfikir..

Saya lihat, kalaupun ada pangkat yang diberikan kepada artis2 yang masih hidup, anugerah demi anugarah diberikan kepada penyanyi yang sama, seolah2 dia sahaja yang terbaik, padahal saya lihat kemampuannya sebagai penyanyi, hanya biasa2 sahaja, tidak ada apa sangat yang boleh dibanggakan..

Mungkin trend di Malaysia, atau di mana2 sahaja, seseorang hanya akan disanjung, dipuja, diberikan pangkat & penghormatan, apabila sudah meninggal dunia.. Mungkin sudah tiba masanya kita menghargai mereka yang masih hidup, yang masih boleh berbangga dengan pangkat dan anugerah yang diberikan, yang masih boleh mengucapkan terima kasih secara lisan ketika menerima pangkat atau anugarah itu.. Saya yakin, ramai seniwati dan seniman yang mendambai pangkat dan anugerah atas segala bakti dan pengalaman mereka dalam bidang sni ini.. Namun, mungkin selepas mereka “pergi” tak kembali, barulah kepala kita seakan “diketuk” untuk menyedari yang mereka banyak memberi sumbangan..

Satu lagi yang membuat saya terkilan, bila anugerah Datuk diberikan kepada seorang pelakon Bollywood, yang hanya menari2 seketika, dan menuturkan beberapa rangkap dialog di Bandaraya Bersejarah kita.. Alasannya, dia secara tak langsung mempromosikan negara kita dalam ceritanya.. Aduh, malu pulak nak mengaku saya anak jati negeri tersebut..

Maaflah, mungkin post kali ini agak melalut, saya cuma ingin menyampaikan apa yang terbuku di hati, sebab rasa kesal bila melihat pangkat dan anugerah diberikan pada orang yang telah tiada, sedangkan yang masih bernyawa tidak dipertimbangkan untuk menerima penghargaan tersebut..

Ok, sampai sini dulu, kita bertemu lagi di lain kali, dan harap waktu itu, otak saya dah boleh berfungsi dengan betul untuk memberikan post2 yang lebih menarik.. heheheheh..

Incoming search terms:

He caught me at Hello….

Posted by: Ayuin Love
12
Aug

Assallammualaikum…

Hari ini 12.08.09, pada anda mungkin ini hari biasa, tapi ada kenangan buat saya pada tarikh ini..

Tanggal 12.08.07, saya mendapat panggilan pertama dari suami, yang pada masa itu dalam proses mengurat saya.. ahaksss…

Saya dan suami berkenalan melalui email.. Kebetulan, pada masa itu, ada kerja kosong di ofis saya. Saya kemudiannya menghantar email mengenai kerja tersebut kepada adik angkat saya. Kebetulan, adik angkat saya itu, Firdaus, adalah rakan baik suami saya. Maka, email itu pun diforwardkan oleh adik angkat saya kepadanya.. Kemudian, dia menghantar email kepada saya, bertanyakan tentang kerja tersebut.. Mulai tarikh itu, 17.01.07, kami bertukar2 email setiap hari.. :)

Aktiviti bertukar2 email jenaka itu kemudiannya menjurus kepada mengenali diri masing2.. Dari bulan Januari, suami yang pada masa itu masih kawan, terus berbalas-balas email dengan saya hinggalah 18.06.07. Pada tarikh itu, saya demam panas, dan diberikan MC selama 4 hari. Menyedari saya tidak membalas emailnya seperti kelaziman, dia menghantar sms pertama kepada saya pada tarikh tersebut.. Pada mulanya,dia tidak memberitahu namanya, tapi naluri wanita saya mengatakan, itu dia.. Jangkaan saya memang tepat, kerana adik angkat saya mengesahkan itu nombor hpnya! hahahah…

Kemudian, dari tarikh 18.06.07 itu, kami terus berbalas-balas sms pula, namun suami masih belum menghubungi saya melaui telefon.. Pada waktu itu, saya tau saya sudah jatuh cinta padanya, walaupun saya belum pernah melihat wajah atau suaranya, saya jatuh cinta pada jenaka2 dan kata2nya yang dikirim melalui email dan sms.. Saya yakin dia lelaki yang sangat loving, caring & prihatin..

Seterusnya, pada 12.08.07, dia menelefon saya untuk kali pertama.. Aduh, berdebar2 dada takala melihat nombor hpnya terpapar di skrin hp.. And yes, when I picked up the phone to answer, he did caught me at hello… ;)

Kisah cinta kami bermula dengan “hello”.. Kali pertama memang agak kekok, kerana selama ini kami hanya berkomunikasi melalui sms & email, tapi kali ini kami mendengar suara, mendengar tawa.. Sukar saya gambarkan perasaan itu..

Berikutan dari panggilan itu, kami kemudiannya bertemu buat kali pertama pada 25.08.07 di KL Central.. heheheh.. Ya, KL Central, memang tempat bertemu dan berpisah, tapi di KL Central lah cinta kami berputik untuk kali pertama..

Pertemuan itu ternyata permulaan pada detik2 indah percintaan hinggalah kami berumahtangga.. Suami datang bertemu keluarga saya pada 28.10.07 & 03.11.07, dan kemudian saya pula ke Perlis, kampung beliau pada 30.11.07. Apa yang melucukan, emak suami terus mahu datang meminang saya pada minggu hadapannya! hahahah.. Kalut juga, nasib baik suami dapat memujuk untuk membuat persiapan sewajarnya.. pada 29.12.07, keluarga suami datang merisik, dan sekaligus menghantar tanda & kami bertunang.. Pada 15.03.08, tarikh perkahwinan ditetapkan, dan Alhamdulillah, kami dinikahkan pada 31.05.08..

Saya jatuh cinta pada suami tanpa mengenal rupa, tanpa mendengar suara.. Saya jatuh cinta padanya lewat kiriman2 email & smsnya kepada saya.. Siapa kata cinta yang lahir melalui teknologi cyber dan telekomunikasi ini tidak boleh berjaya?? Saya dan suami adalah buktinya!!!

Kini, setelah 2 tahun bersama2, cinta kami masih seperti dulu.. Dia masih lelaki yang saya kenali melalui sms & email, masih menghantar email & sms cinta kepada saya walaupun jarak ofis kami hanya 5 minit berjalan kaki.. Dan hari ini, dia menghantar sebuah puisi indah sempena mengingati hari ini.. Puisi itu menusuk hati saya, membuat saya dilanda keharuan & pastinya saya merasakan keikhlasannya cintanya dalam puisi itu.. Ini puisi yang dihantarnya:-

I asked God for a flower, He gave me a bouquet
I asked God for a minute, He gave me day
I asked God for true love, He gave me that too
I asked for an angel, He gave me YOU

Yes, my love you are the best
And to this I can attest
I married the right one, I feel
Because our marriage is ideal

Ya Allah, moga cinta kami berkekalan hingga akhir hayat..

Yes, he caught me at hello yesterday, today and he will always caught me with his love..

Incoming search terms:

Awek cun, duit dan cinta…

Posted by: Ayuin Love, motivasi
10
Aug

Assallamualaikum!

Hello semuaaaaaaaaa!!  Semoga semua sihat2 dan ceria hendaknya..

Saya terbaca keluhan seorang lelaki di dalam sebuah forum.. Dia meluahkan rasa bengang dan kesal kerana ditipu seorang awek cun yang putih dan gebu, yang pastinya cantik dan lawa.. Di awal perkenalan, si awek cun ini mengatakan dia masih solo. Maka lelaki ini pun, mulalah cucuk jarum dan ajak si awek cun ini keluar.. Duitnya habis hampir RM200 untuk belanja perempuan itu makan, berjalan-jalan dan menonton wayang.. Selepas itu, bila dia menghubungi awek cun itu melalui hp, awek itu acuh tak acuh menjawap panggilannya, dan mengatakan dia bengang dengan lelaki itu, dan terus mengatakan dia sudah bertunanggggg! Apa lagi, marah gila la lelaki itu kerana di tipu, dan terus dicop awek cun tadi sebagai pengikis, dan suruh semua orang berhati-hati dengan awek cun!

Ya, mungkin anda semua pernah terdengar atau menonton cerita ini di kaca tv.. Apabila terjadi perkara ini, selalunya yang dipersalahkan, ialah kaum wanita.. Disebakan seorang wanita, habis semua di cop sebagai pengikis..

Ini adalah komen saya di dalam forum terhadap luahan perasaan lelaki tersebut. Semoga komen saya ini menjadi panduan kepada anda semua:-

Salam saudara,

Sebagai penulis Panduan Cinta Lelaki, saya terpanggil untuk memberi komen di sini, anggap komen saya sebagai nasihat dan pandangan ikhlas ye, bukan nak memburukkan keadaan..

Yang pertama, masa saudara belanja dia hampir RM200 tu, adakah dia yang minta, atau saudara sendiri yang sukarela berbelanja? Kalau saudara sendiri yang sukarela, maka tak bolehlah labelkan dia sebagai pengikis, kerana saudara sendiri yang keluarkan duit tanpa dipaksa…..

Yang kedua, dah berapa lama saudara kenal dengan dia sebelum mamat buat keputusan nak sunting dia sebagai isteri? Dekat mana saudara kenal dengan si dia tu? Orang perempuan memang takut nak terima kalau setakat keluar sekali dua, dah bercakap pasal kahwin, sebab kahwin ni soal komitmen untuk jangka masa panjang.. Kena kenal hati budi masing2 sebelum ambil keputusan nak kawin, sebab kawin bukan macam couple, bukan boleh suka2 break jer.. Kahwin ni datang dengan tanggungjawab yang harus dipikul oleh kedua-dua belah pihak, perkahwinan perlukan keserasian dan cinta yang ikhlas dari kedua-dua belah pihak…

Yang ketiga, masa dia cakap dia bengang dengan saudara, ada saduara tanya kenapa? Tak kan lah dia tiba-tiba je bengang dengan suadara tanpa alasan yang kukuh, kan? Ada tak saudara siasat dengan terperinci?

Yang keempat, pernah tengok tak cerita Halimah Jongang di ASTRO? Dalam cerita tu, ada seorang awek cantik nih, Esah namanya, dia dipikat seorang pemuda bernama Ali. Ali tu kaya, ada kandang kambing. Emak Ali memang tak suka, sebab tahu Esah tu cuma nak pada duit All, tapi Ali kata, cinta dia ikhlas – lantas emak dia tanya, “Macam mana Ali tau cinta Ali ikhlas? Esah cintakan Ali sebab duit Ali yang banyak tu, dan Ali pulak sukakan Esah sebab Esah cantik.. Ikhlas ke namanya tu?”. Cuba aplikasikan cerita ni dengan keadaan saudara sekarang..

Yang kelima, hadis nabi pun ada menyatakan – “Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya. Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim).. Renung-renungkanlah..

Yang keenam, kita semua ada kekurangan, maka janganlah meletakkan kesalahan di bahu orang lain bila terjadi sesuatu kegagalan dalam perhubungan.. Ada hikmah di sebalik kejadian, dan mungkin ini salah satu cara Allah memberikan petunjuk dan hidayahNya untuk saudara lebih berhati-hati dalam memilih pasangan di masa akan datang…

Ok, saya rasa cukup nasihat saya, harap saudara jangan berkecil hati, ini nasihat yang tulus dari hati saya.. saya doakan saudara bertemu dengan seorang gadis yang beriman, berilmu & beramal soleh.. Amin

Saya tidak berniat untuk mengaibkan mana2 pihak, cuma kadang-kala dalam keghairahan mencari teman wanita yang cantik, seksi, dan lawa, kita terlupa yang itu bukan jaminan kebahagiaan.. Bila ditipu, ditinggalkan, kita menyalahkan perempuan itu.. Ingatlah, wajah yang cantik hanyalah bonus, yang menjamin kebahagiaan ialah keikhlasan dan cinta yang datang semata2 kerana Allah.. Renung2kan.. ;)

Incoming search terms:

Assallammualaikum..
Apa khabar semua? Pasti ramai yang berpuasa hari ini bersempena dengan Nifsu Syaaban.. Alhamdulillah, semoga Allah melimpahi semua umat Islam dengan keberkatan dan rahmatNya yang tidak terhingga..

Hari ini, saya ingin mengumumkan bahasa ebook panduan cinta lelaki kini boleh didapati dalam bentuk naskah! Ya, dalam bentuk naskah yang bermakna anda boleh pegang dengan tangan, bawa tidur, bawa ke ofis atau baca dalam LRT, komuter @ bas!

Saya sebenarnya ada terfikir untuk membuat ebook ini dalam bentuk naskah, cuma saya mahu lihat dahulu sambutannya. Setakat ini sudah ada lebih kurang 10 orang yang bertanya dan membuat permintaan supaya ebook panduan cinta lelaki ini dijilidkan.

Kepada sesiapa yang berminat, harga ebook ini masih sama jika dibeli dalam bentuk naskah, tetapi, bayaran tambahan sebanyak RM5.00 dikenakan untuk yuran pos. Saya akan menggunakan khidmat pos berdaftar dari Pos Malaysia. Pembayaran boleh dilakukan melalui link www.panduancintalelaki.com. Tetapi, apabila anda menghantar email untuk bukti pembelian, sila masukkan RM30.00, dan nyatakan yang anda ingin ebook tersebut dalam bentuk naskah…

Di sini, ingin saya tegaskan bahawa kualiti gambar di dalam ebook naskah itu tidak akan jadi secantik atau sewarna-warni seperti dalam ebook, kerana saya tidak dapat menggunakan cetakan berwarna. namun, saya akan cuba sedaya upaya memberikan cetakan yang paling berkualiti untuk anda semua! Apa-apapun, ilmu yang anda perolehi dari ebook dalam bentuk naskah itu tidakkurang sedikitpun dari yang diperolehi secara online.. :)

Untuk apa2 pertanyaan, sila hubungi saya di contact form di blog saya ini ya..

Salam sayang untuk semua!

Incoming search terms:

Assallammualaikum…
Sekejap saja kita dah melangkah masuk ke bulan Ogos.. memang cepat sungguh masa berlalu.. Rasanya senarai resolusi tahun baru pun masih belum tertunai.. heheheh..

Hurm.. malam nih nak makan apa yer? Lazimnya, suami kesayangan saya akan menelefon setiap hari dari ofis, dalam pukul 5, dan salah seorang akan bertanya “Nak makan apa malam ni?”, dan sama ada saya atau suami akan menjawab “Ntah, tak tau nak makan apa…”.. Kemudian masing2 akan terdiam sejenak, dan kemudian menyambung, “tak apalah, nanti dalam perjalanan balik kita fikirkan”..

Satu hari, saya dan suami menonton rancangan “Bersamamu” di TV3.. saya tak ingat slot apa, tapi ada satu ayat yang mencengkam hati dan lubuk sanubari saya bila ibu yang kehidupannya sangat daif itu berkata “saya tak ada apa-apa nak bagi anak2 saya makan.. kadang2 kami tidur kelaparan..” Astagfirullah… di kala saya sibuk2 memikirkan nak makan apa, sampaikan tak tau nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan, ada orang yang TAK ADA APA2 NAK MAKAN..

Apabila krew bersamamu bertanya kepada si anak, kalau ada duit, apa makanan yang adik nakkkkk sangat makan? KFC ke, McDonald ke, Pizza Hut ker? Dengan linangan air mata, dia menjawab “Saya nak makan mee sup”.. Aduh, berlinang air mata saya mendengar jawapan itu.. Bayangkanlah, mee sup itu makanan harian kita, namun ada yang tak pernah langsung menjamah mee sup seumur hidup mereka!

Aduh.. kerdilnya saya rasa ketika itu.. Saya terus merasakan betapa banyaknya rezeki yang Allah beri pada saya dan suami, rezeki dalam bentuk makanan yang lazat & sihat dan juga dalam bentuk wang ringgit.. Betapa beruntungnya saya ada rumah yang elok untuk berteduh, untuk tidur, solat dan berehat2, sedangkan ada orang yang tidur berbumbungkan langit & beralaskan tanah.. Subahannallah.. Syukur Alhamdulillah atas nikmat Allah yang tidak terperi ini..

Ada kala mungkin kita terlalu melihat kepada kekayaan orang lain, dan merasakan diri kita susah.. Dan mungkin kita selalu mengatakan “tak ada duit” sedangakan ayat yag sepatutnya ialah “tak cukup duit…” Saya rasa insaf dan rasa sangatttttt bersyukur dengan apa yang ada..

Marilah kawan2 semua, kita bersyukur dengan segala apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kita.. Janganlah tinggal solat, bezikir & membaca Al Quran, dan juga besedekah, kerana dalam setiap ringgit yang kita perolehi, ada hak2 orang miskin di dalamnya.. Semoga selepas ini kita tidak lagi merungut2 jika makanan yang dimakan tidak enak, kerana sekurang2nya kita ada duit untuk membeli makanan, dan janganlah membazir makanan yang ada, kerana ada orang dan anak2 kecil yang kebuluran dan kelaparan di luar sana..

Hanya secebis peringatan buat anda dan saya yang selalu terlupa..

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes