Archive for July 12th, 2009

Salam semua…

Diharap hari ini anda semua sihat-sihat dan bersedia untuk mula bekerja esok! :)

Hari ini, saya amat teruja untuk berkongsi pandangan dan komen pertama dari pembeli pertama ebook panduan cinta lelaki ini:-

“Bagi saya, ebook PanduanCintaLelaki ni amat berguna sangat untuk kaum2 lelaki yg masih single di luar sana seperti saya..hehe.
Banyak yang saya dapat pelajari dari ebook ini, seperti menjaga penampilan, keyakinan diri, berjimat cermat.
Saya pasti banyak lagi yang akan saya pelajari dalam ebook ini yang dapat menolong saya dalam hal cinta ni.
Saya juga suka cara Kak Ayu menulis ebook ini iaitu dengan secara santai lalu senang dan fun untuk sesiapa yang membacanya.”

Aduhai, lapang dada dan gembira sungguh saya mendapat komen dan pandangan dari adik kita ini.. Saya mendoakan beliau mendapat kejayaan dan keberkatan dalam hidup dan cintanya kelak.. Aminnnn…

Buat anda di luar sana yang masih ragu-ragu untuk membeli, saya sudah berikan buktinya di sini, bahawa e-book ini pasti memberikan anda panduan dan tips-tips yang berguna untuk menjadi lelaki yang terbaik, memang wang yang anda laburkan untuk ebook ini berbaloi untuk sepanjang hayat!!

Jadi, tunggu apa lagi?? Jangan lepaskan peluang untuk mendapat ebook panduan cinta lelaki di sini – www.panduancintalelaki.com

Incoming search terms:

Terima kasih, sayang…

Posted by: Ayuin Love, motivasi
12
Jul

Salam semua…

Apa khabar?  Harap anda semua sihat-sihat dan sedang bersantai-santai di rumah bersama-sama dengan yang tersayang…

Saya kurang sihat hari ini, diserang senggugut yang sangat menyakitkan.. Memang begini keadaanya bila saya datang bulan, seksa yang amat, memang tak boleh bangun, rasa perut bagai di pulas2..  Saya cuma mampu makan ubat, berkelubung dengan comforter, tutup kipas dan jatuhkan langsir, dan tidurrrrrrrrr! Kalau pergi doktor pun, ubat yang sama diberi setiap bulan..

Sepanjang hari, dari pagi, suami saya yang menguruskan segala-galanya, kemas rumah, sapu & lap lantai, masak & kemas dapur, serta membasuh & menyidai baju2.. Bila bangun, saya lihat semuanya bersih dan kemas, lauk-pauk dan nasi telah tersedia untuk makan.. Aduhai, terharu saya dibuatnya.. Selepas makan, dia juga yang mengemaskan semuanya, katanya dia mahu saya berehat2 sahaja hari ini, biar dia menguruskan segalanya… Jauh di lubuk hati, saya benar-benar bersyukur dikurniakan oleh Allah dengan seorang suami yang amat penyayang, bertangungjawab dan mengambil berat.. Dia tidak pernah merungut jika saya perlukan bantuannya di dapur atau mengemas jika saya terlalu sibuk.. He is a good cook!! Kerja2 rumah dibantu tanpa mengharapkan balasan..

Pada saya, kasih sayangnya dan personaliti suami saya ini lebih berharga dari duit, emas dan kekayaan lain.. Di kala saya mendengar masalah2 kawan2 atau terbaca masalah rumahtangga di akhbar atau di majalah, saya memanjatkan kesyukuran yang teramat pada Ilahi kerana suami saya bukan begitu.. Dari waktu kami bercinta sehingga sekarang, dia tidak pernah berubah, malah cinta dan kasih sayangnya bertambah-tambah, melimpah ruah untuk saya..

Benar, kami tidak hidup dalam kemewahan, tapi Alhamdulillah, kami mewah kasih sayang dan cinta.. Kami mewah dengan keredhaan dan keberkatan rumah tangga.. Rezeki kami sentiasa mencukupi dan bertambah dari hari ke hari, Alhamdulillah.. Tidak perlulah rumah sebesar istana, kereta mewah menjalar, cukuplah dia ada di samping saya, mencintai & menyayangi saya setiap hari..

Kepada adik2, kakak2 yang masih belum bertemu jodoh, ingatlah, duit bukan segala-galanya dalam menentukan kebahagiaan rumah tangga.. Bila anda telah bernikah, sesungguhnya rezeki Allah akan sentiasa terbuka, jangan risau anda tidak cukup makan atau pakai, Insya-Allah rezeki anda suami isteri sentiasa ada, kerana anda telah menjaga agama dan maruah anda dengan berkahwin.. Duit boleh dicari, tapi cinta dan kasih sayang yang suci & murni, serta ikhlas, tidak boleh di beli dengan wang ringgit, intan & permata…

Untuk suami, andai dia membaca blog saya ini, saya ingin ucapkan “Terima kasih sayang, sebab memilih B untuk jadi isteri sayang.. Terima kasih untuk segala-galanya, semoga perkahwinan kita bahagia dan berkekalan dunia & akhirat.. I love you so much!!”….

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes