Archive for July 6th, 2009

Salam,

Alhamdulillah, jualan ebook Panduan Cinta Lelaki setakat ini boleh dikatakan bagus… Saya rasa teruja bila ramai yang ada rasa ingin tahu dan berminat membeli panduan ini..

Namun, ada satu masalah yang saya hadapi.. Ada antara pembeli yang tidak memberikan nama penuh atau memberikan nama samaran, yang mengakibatkan saya tidak dapat menjejajki atau menjumpai nama mereka dia m2u atau CIMB Cliks. 

Jadi, saya mohon kepada saudara/saudari, JANGAN LUPA untuk memberikan saya butir2 diri anda selepas anda membuat pembelian.  Isi borang pembelian dengan tepat, kerana saya tidak mahu anda lewat atau tidak menerima ebook itu sedangkan pembelian sudah dibuat.

Kepada saudara/saudari yang membuat bayaran melalui cash deposit machine, sila sms @ email kepada saya tentang waktu dan tempat pembayaran di buat. Buat masa ini, ada satu transaksi dari cash deposit machine, tapi saya tidak tahu siapa yang membuat bayaran tersebut.

Semoga post ini menjelaskan mengapa ada di antara anda yang belum lagi mendapat ebook tersebut..  :)

 

Terima kasih atas kesudian anda membeli ebook Panduan Cinta Lelaki ini.. Kepada yang belum memilikinya, ayuh, buat pembelian sekarang, saya bakal menutup jualan ini pada bila2 masa sahaja! Jangan ketinggalan ya!!

Salam semua..

Selamat Pagi, harap anda semua telah puas berehat di rumah dan kembali ke pejabat dengan badan yang sihat & otak yang tenang! Heheheh…

Hari ini, saya cuma ingin berkongsi tentang tiga Asmaul Husna dan fadhilat membacanya.

 

Kita mulakan dengan Ya Allah.  Antara fadhilat membaca Asmaul Husna ini ialah:-

1)  Baca sebanyak 66kali setiap kali selepas selesai mengerjakan solat fardhu, Inysa-Allah namanya diharumkan dan si pembaca tadi mendapat kebaikan yang banyak. 

2)  Sesiapa yang membaca Ya Allah Ya Hayyu sebanyak 100kali pada setiap hari Jumaat, iaitu sebelum mengerjakan solat Jumaat dalam keadaan dirinya suci dari hadas besar & hadas kecil, Insya Allah Allah mudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.

 

Yang kedua ialah Ar Rahman, yang bermaksud Maha Pemurah.  Bagi anda yang pelupa, disyorkan mengamalkan membaca Ya Rahman sebanyak 100 kali setiap kali selesai mengerjakan solat fardhu, Insya-Allah, sifat lalai dan lupa itu akan dihilangkan oleh Allah.

 

Ar Rahim, atau yang bermaksud Maha Penyayang pula, elok diamalkan sebanyak 100x setiap hari kerna dengan izin Allah, hati si pembaca itu akan lembut dan wujud perasaan kasih sayang sesama makhluk.  Dikatakan juga bahawa sesiapa yang membaca Ya Rahim sebanyak 100kali setiap kali selepas mengerjakan solat subuh, Insya-Allah semua orang akan menyayangi dan menyukainya.

 

Demikianlah saudara/saudari, 3 Asmaul Husna yang sangat bermanfaat untuk di amalkan setiap hari.. Tidak ada kerugian langsung menjadikan Asmaul Husna ini wirid seharian, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, amalan sekecil inipun mendapat ganjaran yang besar dariNya. 

 

Saudara/saudari, kalau kita boleh menonton Transformers selama 2 jam, menyaksikan pertandingan bola atau badminton lebih dari satu jam, takkanlah tak boleh berwirid hanya untuk 15 – 30 minit.. Tidak ada modal yang perlu dikeluarkan, hanya lidah, hati dan minda anda sendiri.. Sesunggunya Allah tidak akan melupakan hamba2 yang sentiasa ingat padaNya.

 

Jadi, marilah kita berzikir sambil bekerja, moga Allah memberkati hidup kita dunia & akhirat! :)

p/s:  Insya Allah saya akan berkongsi lagi Asmaul Husna yang lain pada post2 yang akan datang.  Jika anda ada mengetahui fadhilat2 yang boleh diperolehi dengan membaca Ya Allah, Ya Rahman & Ya Rahim ini, marilah kita berkongsi bersama-sama di blog ini!

Incoming search terms:

Get Adobe Flash playerPlugin by wpburn.com wordpress themes