Assallammualaikum,
Syukur Alhamdulillah, saya sudah bergelar seorang ibu.. Anak lelaki saya selamat dilahirkan secara normal di Hosp Sg Buloh pada tarikh dan masa yang tersebut di atas..
Subahanallah, saya tidak dapat dinyatakan dengan perkataan perasaan saya ketika melihat anak yang selama ini bergerak2 dalam perut saya, berada di atas dada sejurus selepas dilahirkan.. Matanya tepat memandang saya.. “Assallamualaikum anak mama” itu 3 perkataan pertama yang saya ucapkan kepadanya.. Dia seakan faham, dan ternampak sepasang lesung pipitnya memberi senyuman kepada saya.. Kesakitan yang saya tanggung selama lebih 12 jam, hilang serta merta melihat wajah anak yang kelihatan seperti ayahnya yang hensem tu.. heheheh..
Insya-Allah, bila ada kelapangan nanti, saya akan kongsi bersama2 pengalaman saya bersalin.. Doakan anak saya menjadi anak yang soleh, dan semoga kami berdua diberikan kesihatan.. Amin..
Ntah apa2 ja anak tersenyum konon, POYO!
Memang benar si kecil saya tersenyum, dan keindahan itu hanya dapat dirasai oleh seorang ibu..
Takpelah, saya anggap anda belum berkahwin & bersalin.. satu hari nanti, bila anda menceritakan pengalaman anda dan orang lain pula mengatakan anda POYO, baru anda akan tau perasaan saya ketika ini…
Kak Ayu,
tak payah layan si Imelda.. Imelda konon, silap2 nama Tipah jer.. hahhhaha
Jangan2 dia mandul kot kak, tu yang jeles baca post akak ni.. Masa saya lahirkan anak pertama saya, Muhamad Rizq pun, nampak baby cam senyum kat saya bila dr letak dia atas badan.. Tak tergambar perasaan saya kak.. Bak kata akak, hanya ibu2 yang paham…
Heheeheh..
Ratna, biarlah dia nak kata apa pun..
Hari ni kita kata orang, esok2 orang kata kita pulak.
Dunia ni kan bulat cam roda… hehe