15 September, 2009

Assallammualaikum semua..

Hari ini sudah 25 hari kita berpuasa.. Pastinya ramai yang tak sabar2 menunggu kedatangan Aidilfitri untuk bersama-sama dengan keluarga tersayang ketika ini.. Lagu raya yang berkumandang di corong2 radio juga menceriakan suasana..

Hari ini juga, hari ulangtahun saya yang ke 29.. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah yang masih memberikan saya peluang bernafas & menikmati rezeki & nikmatNya di atas muka bumi ini.. Semoga Allah panjangkan umur saya & memberikan saya kesihatan agar saya dapat terus beribadah & bertaubat kepadaNya, sebelum saya disusung ke liang lahad..

Pagi2 lagi, suami tercinta memberikan kucupan harijadi, dan mendoakan kebaikan untuk saya di dunia & akhirat.  Kemudian, ibu, ayah & adik2 mengucapkan salam harijadi melalui talian telefon.. Agak sayu rasanya ketika bercakap dengan mama saya, insan yang telah melahirkan dan memberikan saya kasih sayang dan pendidikan sehingga saya dapat mengecap kejayaan pada hari ini.. Terima kasih mamaku, Faudziah binti Hamzah, kerana bersusah payah mengandungkan, melahirkan dan menjaga saya hinggalah hari ini, budi baik mama tak dapat along balas, moga Allah memberikan keampunan dan syurgaNya atas segala pengorbanan mama..

Buat ayah, terima kasih atas segala2nya, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa2 baik ayah.

Untuk adik2ku, Fatahanani & Nuriffah, terima kasih atas ingatan, along sayang kamu berdua hingga akhir hayat.. Moga Allah memberkati dan merahmati kita semua..

Kepada suami tercinta, Shuhaizan Shuib, terima kasih atas cinta, pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan selama ini.. Moga Allah memberkati rumahtangga kita & moga kita dikurniakan cahaya mata secepat yang mungkin.. Aminnnn…

Tak dilupakan semua rakan2 saya, yang menghantar sms & menelefon untuk mengucapkan salam harijadi, moga Allah memberkati ukhwah kita ini, saya hargai ingatan anda..

Semoga umur yang bertambah ini, meningkatkan ingatan saya pada Allah, mendekatkan saya kepada Allah, dan membuatkan saya tidak menj

3 thoughts on “15 September, 2009

  1. Ayu Post author

    Waalaikumsalam..

    Terima kasih, aminnn, semoga umur yang dianugerahkan Allah dapat saya gunakan sebaik2nya untuk beribadah & bertaubat kepada Allah sebelum saya pergi buat selama2nya..

    Bagi pihak mama, saya ucapkan terima kasih kerana masih ingat pada beliau..
    Amin, semoga Allah melimpahi keberkatan & rahmatNya ke atas mama saya, atas segala ilmu yang pernah dicurahkan.. Amin..

  2. R. Omar

    Salam. Selamat hari lahir. Semoga panjang umur. Kirim salam kat Cikgu Faudziah. Jasanya tak dapt saya bayar di dunia ini…moga Allah jualah yg mengganjari beliau atas ilmu yg telah dicurahkan kpd bekas anak muridnya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge